Selasa, 24 April 2012

Tugas Shaz di bulan April

\
  1. 2April-4April = mengikuti kursus PBS Matematik
  2. 5April-6April= menyiapkan slaid powerpoint untuk PBS dan memperbanyakkan handout berkaitan
  3. 7April-9April =membina senarai semak individu dan kelas yang sesuai dan menjimatkan.
  4. 10April  = menjalankan PSP Matematik dan mengadakan in house training PBS untuk guru petang
  5. 12April-13April = guru bertugas mingguan. Senarai nama atlet rumah yang terlibat siap 100%
  6. 12April = Math Magic untuk minggu sains matematik.Mengutip RM 2 dari pelajar kelas untuk fail. Mengutip duit kupon dari pelajar. Dapat RM 840.00
  7. 16April= membebel di tapak perhimpuan untuk laporan guru bertugas
  8. 16April-19April =  bertugas dari 7.30 pagi untuk acara saringan dan akhir balapan sekolah.Petang pula bergerak dari kelas ke kelas untuk memaklumkan atlet rumah yang terlibat.
  9. 17April = menjalankan PSP Matematik dan mengadakan in house training PBS untuk guru pagi
  10. 16April-20April=PBS Math Chapter 1 diadakan bagi band 1 hingga band 3.
  11. 20April= membuat evidens Chapter 1 untuk band 4 dan band 5 siap diperbanyakkan.
  12. 20April =mengedarkan jadual penyelarasan eviden
  13. 21April = semua info ibubapa pelajar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid siap 100%
  14. 21April = Hari Anugerah Cemerlang Sekolah (AJK Jamuan)
  15. 23April = evidens Chapter 2 PBS Math siap diperbanyakkan dan diedar.
  16. 23April-26April= mengutip buku latihan pelajar, menyemak untuk diserahkan kepada KP pagi.
  17. 24April = evidens Chapter 1 untuk band 4 dan band 5 siap diperbanyakkan. Mengadakan soal selidik program guru penyayang. Bertemu mentee buat kali pertama. Adusss...hebat cabaran dapat anak baru ni. 
  18. 25April= program mencari harta karun. minggu geografi. guru bertugas. Taklimat PBS PAJSK.
  19. 28April = Hari Karnival dan Rentas Desa Sekolah (AJK Hadiah dan Cenderamata. Menutup buku rekod kedatangan pelajar dan membuat statistik.

Band 6 PBS Matematik | Apa yang Shaz faham.

Ramai kawan-kawan Shaz yang pening dengan band 6. Kebetulan pula mereka telah diberi dengan eviden-eviden yang ada band 6 jadi mereka berpendapat eviden tersebut tidak layak untuk band 6 kerana terlalu mudah.

Menurut kefahaman Shaz, sebenarnya guru matematik tidak perlu mengadakan evidens untuk band 6 kerana band 6 boleh berada di mana-mana band sebelumnya.

Dokumen Standard Prestasi Matematik Tingkatan 1 menyebut -:
Band 6 ialah tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali dengan tafsirannya adalah -: 

murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh yang tekal.
Dalam istilah mudah, band 6 adalah untuk pelajar yang boleh menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan kaedahnya sendiri tanpa berpandukan pengajaran guru di sekolah atau guru tuisyennya dan jawapan yang diberikannya adalah tepat dan betul.

Jadi, bagaimana guru nak mengenalpasti pelajar yang layak band 6?

Kita guru, tentunya kita kenal pelajar-pelajar kita.  Jika kita mendapati ada pelajar kita yang ada potensi mendapat band 6, berikan pelajar tersebut beberapa  evidens untuk diselesaikannya. Jika dia menggunakan kaedah biasa yang sudah kita ketahui, maka pelajar tersebut tidak layak band6.

TETAPI, jika pelajar menggunakan kaedah baru yang kita sendiri tidak tahu dan jawapannya betul, kita berkumpul dengan beberapa orang matematik lain dan bincangkan kaedah pelajar tersebut. Jika guru matematik lain pun baru tahu kaedah tersebut maka pelajar itu boleh diberi band 6. Selain itu, tidak semestinya eviden yang dijawab pelajar itu dijadikan bukti bahawa dia layak band 6. Pelajar itu sendiri boleh dijadikan bukti bahawa dia layak band 6. Andaikata ada pemantauan dibuat dan pihak pemantauan ingin memastikan pelajar tersebut layak band 6, maka kita boleh membawa pelajar itu bertemu dengan pemantau dan biarlah pemantau menyoal pelajar tersebut dengan beberapa kemahiran matematik.


Adi Putra adalah contoh pelajar yang layak mendapat band 6.  (ERK! ataupun band 6 yang tidak layak dengan Adi Putra. HEHE)

Okay ye cikgu-cikgu. Jadi, marilah kita mengali anak-anak didik kita untuk mencari Adi Putra yang lain. InsyaALLAH.