Tinggalkan pesanan anda di sini!

Sabtu, 18 Februari 2012

Maklumat yang perlu diisi dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (PDM)

Sebenarnya, yang penat sedikit guru tingkatan 1 kerana PDM kosong dan guru perlu mengisi satu per satu maklumat murid, maklumat, bapa dan maklumat ibu.

Rumusan yang Shaz dapat adalah

A) Maklumat murid yang perlu diisi adalah -: 
  1. No. Sijil Lahir : sila isi tanpa jarak (contoh : A1231231) 
  2. No. Daftar : sila isi berdasarkan nombor pendaftaran di sekolah 
  3. Nama : sila isi mengikut MyKid / kad pengenalan atau sijil lahir 
  4. Tarikh lahir : sila taip tarikh lahir dalam format dd/MM/yyyy
  5. Jantina : sila pilih jantina murid
  6. Kaum : sila pilih kaum murid Agama : sila pilih agama murid 
  7. Warganegara : sila pilih warganegara murid 
  8.  Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi selain daripada warganegara
  9. Alamat : sila nyatakan alamat rumah 
  10.  Poskod : sila nyatakan poskod alamat rumah 
  11.  Negeri : sila pilih negeri alamat rumah
  12.  OKU : sila pilih Ya atau Tidak 
Tarikh akhir hantar adalah pada 24 Februari 2012

B) Maklumat Bapa adalah 
  1. Nama Bapa / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  3. Status Bapa / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
  4. Kaum : sila pilih kaum bapa / penjaga utama
  5. Agama : sila pilih agama bapa / penjaga utama
  6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara bapa / penjaga utama
  7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
  8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
  9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
  10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan bapa / penjaga utama
  11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
  12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
  13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
  14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
  15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji bapa / penjaga utama
  16. Tanggungan : sila nyatakan tanggungan isi rumah tidak termasuk anak yang telah bekerja
  • Hanya boleh mula isi  pada 26 Februari 2012 
  • Tarikh akhir hantar adalah pada 20 Mac 2012 

C) Maklumat ibu adalah 
  1. Nama Ibu / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  3. Status Ibu / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
  4. Kaum : sila pilih kaum ibu / penjaga kedua
  5. Agama : sila pilih agama ibu / penjaga kedua
  6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara ibu / penjaga kedua
  7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
  8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
  9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
  10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan ibu / penjaga kedua
  11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
  12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
  13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
  14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
  15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji ibu / penjaga kedua
  16. No. Telefon Pejabat : sila nyatakan nombor telefon pejabat
  • Hanya boleh mula isi  pada 26 Februari 2012 
  • Tarikh akhir hantar adalah pada 20 Mac 2012 

 Tugas mengisi ini adalah bagi guru kelas tingkatan 1 dan sekolah rendah (tak pasti) tetapi bagi guru kelas tingkatan 2 hingga 6, tugas mereka hanya mengemaskini maklumat sahaja kerana maklumat tersebut telah diisi.

Isu Aplikasi Pangkalan Data Murid (PDM)

Uiks, baru habis dengan Sistem Maklumat Murid, datang pula kerja baru iaitu Pangkalan Data Murid.
Pagi tadi, belum sempat guru data beri taklimat guru-guru di belakang dah bising dan marah-marah sebab kena buat kerja dua kali kononnya. Dah ada SMM buat apa lagi PDM? soal mereka la.

Di facebook pula, ada guru-guru menyalahkan guru data kerana malas nak mengisi PDM dan serahkan kepada guru  kelas. Ada ke patut macam?

Pendapat Shaz senang je -: Kalau cikgu rasa, cikgu tak mahu dan tak mampu menjalankan tugas sebagai guru yang banyak dan berat ini, jadi cepat-cepatlah letak jawatan. Jangan anggap tugas guru ini hanya ke sekolah dan mengajar sahaja. Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu kita pegang dan buat. Ini, mengapa pula disalahkan orang itu dan orang ini dengan pelbagai alasan sedangkan yang sebenarnya betapa malasnya cikgu nak menjalankan tanggungjawab.

Well, Shaz dah siapkan PDM. Hanya guna masa dalam 3 jam untuk update semua maklumat pelajar

Jumaat, 10 Februari 2012

Kerja minggu lepas dan minggu ini

Baru naik cuti sambutan Maulidurrasul dan juga perayaan Thaipusam. Cuti-cuti pun, Shaz sibuk menanda buku-buku latihan pelajar. Pengetua pula seminggu dua suka mengambil buku pelajar tanpa pengetahuan guru. Dia ambil, periksa buku dan sreahkan buku tersebut kepada guru-guru. Barulah guru bising dan kelamkabut.


Semalam dan hari ni pula, Shaz sibuk mengisi maklumat pelajar dalam buku kemasukan pelajar (buku besar macam kitab tu). Apa yang diisi tu sama je dengan apa yang diisi dalam BRK murid. Ambil masa dua hari nak siapkan, sebab bendanya banyak nak diisi.

esok pula sekolahh ganti untuk cuti tahun baru cina.  Malam ni tanda buku pelajar. Matematik memang sedikit susah nak ditanda.

Khamis, 2 Februari 2012

Pengiraan menutup Buku Rekod Kedatangan Pelajar setiap bulan

Shaz sertakan di sini contoh pengiraan hitung panjang kedatangan, peratus kedatangan, hitung panjang bilangan murid, jumlh murid dalam daftar dan jumlah murid yang masuk. 

Rabu, 1 Februari 2012

Buku Rekod Pengajaran dan pembelajaran

Contoh buku rekod P&P
Seperti BRK, buku rekod P&P juga perlu dihantar untuk semakan pada 3 Februari 2012. Namun, sebenarnya buku ini telah dihantar sejak minggu pertama persekolahan lagi untuk pemeriksaan rancangan pengajaran harian (RPH). 
Bagi tarikh 3 Februari ini, pihak pentadbir akan memeriksaan buku rekod P&P semua guru
  1. borang senarai semak yang ditampal di kulit dalam buku
  2. Butir diri guru. Ada 26 maklumat guru yang perlu diisi.
  3. Surat aku janji. Guru tandatangan di hadapan Ketua Jabatan.
  4. Cuti am dan penggal persekolahan. Guru perlu senaraikan tarikh-tarikh.
  5. Visi dan misi sekolah
  6. Jadual P&P guru dan juga kelas (jika GK)- juga perlu buat analisis waktu dan masa
  7. Senarai Buku rujukan guru dan nama buku pelajaran yang guru gunakan.
  8. Sukatan pelajaran
  9. rancangan pelajaran tahun
  10. rancangan pelajaran harian
  11. Borang headcount- isi nama pelajar, TOV, markah ujian dan peperiksaan.
Buku rekod P&P ini ibaratkan kembar siam guru-guru. Kalau masuk kelas, mesti sentiasa bawa buku ini. Tidak boleh ditinggalkan.

Buku Jadual Kedatangan (BJK) | Tugas guru kelas

Contoh BJK JPWPKL

Di sekolah Shaz, Jumaat ini, 3 Februari semua guru kelas dikehendaki menghantar BJK kelas masing-masing  
untuk disemak. Masa melengkapkan semua maklumat dalam BJK diberikan lebih kurang 1 bulan. Kalau ada guru kelas yang belum siap lagi tu alamatnya memang tak patutlah. Itu bukan sebab tak cukup masa tapi sebab MALAS! 

Apa maklumat yang perlu diisikan dalam BJK? Bukan sikit maklumat yang kena isi, naik lenguh juga tangan nak siapkan. Antaranya 
  1. Analisis kedatangan setahun - guru kelas kena isi setiap bulan dari Januari hingga November.  Dalam analisis ini guru kelas perlu mengira jumlah murid, hitung panjang kedatangan dan peratus kedatangan. 
  2. Penyata bulanan mengikut bangsa. Juga diisi setiap bulan. Guru perlu memastikan bangsa murid samaada melayu, cina, india, lain-lain atau warga asing mengikut jantina. Guru perlu turunkan tandatangan di akhir ruangan setiap bulan.
  3. Penyata bulanan mengikut agama diisi setiap bulan. GK perlu pastikan agama murid Islam, Budha, Hindu, Kristian atau agama lain mengikut jantina. GK juga perlu tandatangan.
  4. Rekod bayaran khas. Antaranya senarai nama pelajar dan rekod bayaran beserta nombor resit. Namun di sekolah Shaz, bayaran khas belum lagi dikutip. 
  5. Jadual kedatangan harian yang perlu ditulis nama pelajar, jantina beserta nombor pendaftaran. Di akhir bulan GK akan membuat statistik bilangan hari belajar bulan lepas, bilangan hari belajar bulan ini, jumlah hari belajar hujung bulan, hitung panjang kedatang, peratus kedatangan, hitung panjang bilangan murid, jumlah murid dalam daftar hujung bulan lepas, jumlah murid yang masuk, jumlah murid yang keluar, bdan jumlah murid murid dalam daftar hujung bulan lepas. Juga GK perlu turunkan tandatangan.
  6. Maklumat peribadi pelajar yang terdiri dari senarai nama pelajar, nombor pendaftaran pelajar, jantina pelajar, bangsa, tarikh lahir, nombor sijil lahir, negeri tempat lahir, umur pada 1 jan, tarikh masuk sekolah, nombor kad pengenalan, biasiswa, bilangan kuasa biasiswa, agama, dan nama sekolah akhir. Kerja ini sedikit makan masa terutamanya jika bilangan pelajar ramai.
  7. Maklumat peribadi ibubapa pelajar pula perlu diisi nama pelajar, nama ibubapa, pekerjaan ibubapa, nombor telefon pejabat, nombor telefon rumah dan alamat penuh rumah. Jika pelajar tukar sekolah atau berhenti GK perlu tulis tarikh pelajar tinggalkan kelas, sebab tinggalkan kelas dan nombor sijil berhenti sekolah. 
  8. Kegiatan Kokurikulum pelajar pula perlu diisi dengan nama pelajar, rumah sukan, permainan, kelab, persatuan dan badan beruniform. Jika pelajar ada jawatan, GK perlu menulis jawatan yang disandang oleh pelajar-pelajar tersebut. Juga jika pelajar ada tugas khas, GK perlu tulis di ruangan disediakan.
  9. Penyataan ketidakhadiran dan ponteng pula perlu diisi setiap bulan selepas GK menutup BJK. Yang perlu diisi adalah ramai murid dalam daftar hujung bulan, banyak hari belajar dalam bulan, jumlah murid tidak hadir, peratus murid tidak hadir, jumlah murid ponteng, peratus murid ponteng, jumlah hari murid tidak hadir, pertaus hari murid tidak hadir, jumlah hari murid ponteng dan peratus hari murid ponteng.  
 Sekian, itulah maklumat-maklumat yang perlu diisi oleh GK. Kepada GK selamat mengisi BJK.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen