Tinggalkan pesanan anda di sini!

Khamis, 16 Ogos 2012

Salah isi markah Segak pelajar?

Salam Ramadhan ke 27 sekalian cikgu-cikgu ...

Ada lagi ke cikgu-cikgu yang belum siap isi markah Segak pelajar?
Ada masalah tak?

Shaz nak kongsi cara untuk cikgu-cikgu yang tersalah taip berat,tinggi, atau dapatan Segak pelajar masing-masing.

Caranya -:
1. Non Akademik : Cikgu klik pada Murid, Batal dan cari nama pelajar yang telah tersilap tu.
2. Klik icon Batal pada hujung nama pelajar tersebut.
3. Satu pop up windows akan keluar dan tanya sure atau tidak.
4. Klik Ya.
5. Tunggu loading.
6. Sekali lagi, cikgu klik pada Murid.
7. Ambil daftar dan daftarkan semula pelajar yang telah cikgu batal tadi.
8. Ambil menu Segak, cari nama pelajar tersebut dan cikgu boleh key in semula maklumat yang baru.


Sekian,
Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Dicedok dari SPPBS PERHATIAN : Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan Pelaporan SEGAK bagi Penggal 1 telah dilanjutkan dari 15 Ogos ke 31 Ogos 2012 manakala untuk Penggal 2 ialah pada 30 September 2012.
Sekian. Terima kasih. - LP

Isnin, 6 Ogos 2012

PAJSK :Borang-borang yang berkaitan | Cara mengisi Borang PAJSK

Salam...
Apa cerita cikgu mengenai PAJSK? Ada tak guru yang tidak terlibat dengan PAJSK? Mesti ada terutamanya guru-guru menengah atas.

Penolong Kanan Koko sekolah Shaz dah edarkan beberapa borang yang melibatkan PAJSK ni kepada guru-guru kelas. Beliau telah menugaskan guru kelas untuk mengedarkan borang-borang kepada pelajar dan mengisi markah pelajar dalam SPPBS.

Antara borang-borang yang terlibat adalah -:
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
Lampiran B : Borang Rekod Kehadiran / Penyertaan untuk Sukan / Kokurikulum/ Ekstra Kurikulum
Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
Lampiran D : Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum

Jika cikgu-cikgu masih tiada borang-borang di atas, cikgu boleh muat turun borang-borang ini di menu DOWNLOAD sebelah kanan --------------------------------------------------------> 

Cadangan pergerakan borang-borang ini

Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
  1.  Guru PJPK yang bertanggungjawab mengisi borang ini. 
  2. Apabila guru kelas diberi borang ini, guru kelas asing-asingkan borang pelajar lelaki dan borang pelajar perempuan. Serahkan kepada guru PJPK lelaki dan perempuan. 
  3. Ambil semula borang yang telah siap diisi dari guru PJPK dan key in dalam SPPBS.
  4. Tarikh akhir isi untuk penggal 1 adalah 15 Ogos 2012
Lampiran B : Borang Rekod Kehadiran / Penyertaan untuk Sukan / Kokurikulum/ Ekstra Kurikulum
  1. Borang ini diisi oleh guru penasihat atau penganjur aktiviti. 
  2. Guru kelas beri borang ini kepada pelajar yang terlibat. Pelajar tersebut mencari sendiri guru penasihat dan kemudian menyerahkan borang kepada guru kelas kembali.
Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
  1. Borang ini diisi oleh guru Ketua Penasihat. 
  2. Guru kelas mengedarkan borang ini kepada pelajar. Minimum satu pelajar 3 keping borang untuk rekod Kelab/ Persatuan, Unit Beruniform dan Rumah Sukan. 
  3. Untuk memudahkan kerja guru kelas, minta pelajar menulis nama kelab, unit dan rumah sukan yang mereka terlibat. Kemudian guru kelas kutip semula borang-borang tersebut dan asing-asingkan dan kelas-kelaskan mengikut kategori. Contoh -: untuk Rumah Biru, staplekan semua pelajar rumah biru dan untuk persatuan bahasa Cina staplekan semua pelajar persatuan Bahasa Cina. 
  4. Selepas siap diasing-asingkan, guru kelas menyerahkan borang-borang pelajar kepada Ketua Guru Penasihat yang terlibat. 
  5. Dengan cara ini, keciciran borang pelajar kelas cikgu boleh diatasi.
Lampiran D : Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum
  1. Borang diberi kepada pelajar yang terlibat sahaja.
  2. 1 borang untuk 1 aktiviti atau 1 penglibatan sahaja. 
  3. Guru yang mengisi borang ini adalah guru yang terlibat dengan aktiviti ekstra kurikulum pelajar tersebut. Contoh Ketua Kelas diisi oleh guru kelas. Ketua Murid sekolah diisi oleh ketua guru disiplin/ PK HEM. 
 Permarkahan dan cara mengisi borang 
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
  1. Shaz pasti semua guru PJPK tahu cara permarkahan Segak ini. Jadi Shaz tidak mahu bercerita panjang mengenai ini


Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
  1. Ada 3 aspek permarkahan iaitu penglibatan (50 m), penyertaan (40m) dan prestasi (20) 
  2. Dari setiap aspek tersebut pula dibahagikan kepada elemen-elemen yang pelajar capai. 
  3. Elemen dalam penglibatan melibatkan jawatan (10m), peringkat (20m) komitmen (10) dan sumbangan (10)
  4. Elemen dalam penyertaan pula melibatkan kehadiran sebanyak 40m ditentukan dari bilangan pelajar hadir aktiviti.
  5. Elemen prestasi pula adalah pencapaian sebanyak 20m
  6. Elemen jawatan- guru mesti merujuk Slaid 17 Handout Taklimat PAJSK sebelum memberi markah kepada pelajar. Ada perubahan permarkahan. Tidak sama markah dengan sistem permarkahan sebelum ini.
  7. Elemen peringkat pula dibahagikan kepada 3 peringkat. Rujuk Slaid 18. 
  8. Elemen komitmen melibatkan nilai murni. Rujuk Slaid 21
  9. Elemen khidmat sumbangan rujuk kategori pelajar samada teknikal, pengurusan atau sokongan pada Slaid 22.
  10. Elemen kehadiran tidak perlu dikira kerana dalam borang, guru penasihat hanya perlu tandakan bilangan kehadiran pelajar dan bilangan sepatutnya hadir sahaja.
  11. Bagi elemen pencapaian pula, guru perlu tandakan markah pelajar berdasarkan peraturan dalam Slaid 27. 

Maaf, entri ini kurang lengkap sepenuhnya

Ahad, 5 Ogos 2012

Cabaran guru melaksanakan PBS

Salam pagi.

PBS cikgu-cikgu macamana sekarang? 
Cerita online, Shaz cuba tick band pelajar tetapi nampaknya hanya siap dalam 20% sahaja. Satu kelas dah cuba buat, 2 kelas belum buat. Yang satu kelas tu pun, banyak yang belum siap. Pagi ni, Shaz cuba lagi masuk sistem untuk siapkan kelas tersebut tetapi masih lagi skrip error. Apabila masukkan ic dan password terus jadi error. Hampir seminggu dah tak boleh buat apa-apa. Kalau bukan skrip error, loadingnya pula memanjang. 

Alhamdulillah, cerita hardcopy pula...semua pelajar Shaz sudah buat PBS sehingga Bab 11 :Perimeter dan luas. InsyaALLAH minggu depan Shaz akan mengajar Bab 12 kemudian minggu lagi satu menjalankan PBS Bab 12. Tetapi masalahnya, Shaz agak soalan-soalan tersebut masih belum siap. Itulah masalahnya apabila kerjasama antara guru-guru tidak dapat diberikan 100%. Ketuk-ketuk minta buatkan soalan berkali-kali barulah boleh siap tapi lewatnya sampai berbulan-bulan. Mungkin untuk Bab 12 ini Shaz akan buat soalan sendiri tanpa menunggu soalan yang sepatutnya disediakan oleh guru lain. Maaf Shaz katakan, bukan semua orang guru itu rajin. Memang ada yang malas dan tidak mampu memberikan komitmen. 

Itu kes guru yang lambat sediakan soalan, kes guru yang sudah sediakan soalan pula. Contoh soalan sudah diberi, tugas cikgu cuma edit soalan, periksa deskriptor dengan DSP kerana dikhuatiri ada salah, sediakan ruang untuk pelajar menulis jalan kira  dan buatkan page number agar lebih sistematik dalam penyimpanan. Malangnya, ada yang membuta tuli terus mencetak soalan dan memperbanyakkan soalan tanpa sebarang edit dan semakan. Akhirnya, itu silap ini silap. Ruang untuk pelajar buat jalan kira tiada, rajah salah, page number tunggang terbalik, tiada skema, bilangan soalan tidak mencukupi, tahap soalan yang terlalu mudah dan macam-macam lagi. Buat sekadar beri nama buat. Shaz memang sangat tidak berpuas hati.

Apa yang Shaz nampak, PBS ini akan berjaya jika ada komitmen dari guru-guru. Tetapi berjayakah PBS ini dengan telus jika sikap guru masih tidak boleh diubah. Sedangkan pengisian markah SAPS online-yang remeh dan senang, ada guru yang tidak mampu melaksanakannya sehingga menyusahkan guru lain dan menyusahkan setiausaha peperiksaan yang terpaksa tolong mengisi (kes tidak isi) dan tolong edit markah (kes salah key in markah). SPPBS pula bukan kategori remeh. Kalau guru tidak boleh beri komitmen dan jenis buat kerja last minute, nampak gaya memang tahun depan pun takkan siap. Kecuali guru tersebut main tick band 'suka-suka hatinya' pada hujung tahun nanti. We see!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen