Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 22 Oktober 2012

SBA - PBS : Usah bebankan guru dan pelajar

PEMANSUHAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2014 pasti memberi anjakan baru kepada sistem pendidikan dan peperiksaan negara yang kini merentasi era globalisasi.

Pemansuhan itu satu mekanisme baru bagi menyaingi proses pembelajaran peringkat global, sekali gus mencapai matlamat melahirkan pelajar berprofil tinggi.

Bagaimanapun, ada pihak beranggapan pemansuhan itu akan gagal jika pengenalan baru menerusi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) yang akan menggantikan PMR tidak mampu dilaksanakan dengan baik.

Persoalannya, mampukah SBA memberi impak lebih baik berbanding PMR?

Pengarah Makmal Penyelidikan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah berkata, pemansuhan atau pengenalan dua sistem penilaian tidak perlu dipertikaikan, namun kemampuan kedua-duanya memberi impak terbaik kepada sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, setiap sistem penilaian perlu mengambil kira pelbagai aspek dan wajar dilaksanakan apabila sudah bersedia kerana implikasinya besar kepada sekolah, pelajar, tenaga pelaksana, masyarakat dan masa depan.

“Persediaan penting kerana kita tidak mahu apabila sistem penilaian baru diperkenalkan, impaknya tersasar sehingga menjadi uji kaji semata-mata"

“Kita juga tidak mahu apabila sistem lama dimansuhkan, ada pihak tidak berpuas hati dan mula mempersoalkannya. Ini boleh menggugat proses dan keharmonian sistem pendidikan negara"

“Yang penting, sistem penilaian yang digunakan itu mampu memberi impak terbaik dan lebih baik daripada sistem sedia ada, barulah pemansuhan itu berbaloi,” katanya.

PMR yang diperkenalkan pada 1993 bagi menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) akan dimansuhkan pada 2014 bertujuan mengelak sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Menerusi SBA, pihak sekolah sebagai pengendali tetapi masih di bawah pengawasan Lembaga Peperiksaan untuk memastikan soalan yang disediakan berkualiti, setara dan mampu mengukur prestasi pelajar.

Katanya, tidak salah jika mahu memperkenalkan sistem penilaian baru, namun kajian mendalam perlu dilaksanakan bagi memastikan ia mencapai matlamat.

Selain itu, katanya, sistem diperkenalkan itu perlu telus dan tidak menambah beban fizikal dan mental guru sebagai mekanisme pelaksana.

“Sebab itu, sebelum melaksanakannya, kajian mendalam perlu dilakukan kerana tidak mahu timbul masalah yang akhirnya akan menjadikan pelajar, guru dan sekolah sebagai mangsa keadaan.

“Memang benar, banyak negara maju melaksanakannya, namun di negara kita masih banyak aspek perlu diambil kira. Contohnya, kesediaan guru sebagai mekanisme pelaksana juga penerangan jelas agar lebih memahami.

“Jika tidak, saya percaya pengenalan sistem penilaian baru itu pasti rumit, sekali gus menambah beban dan tekanan sedia ada. Yang menjadi mangsa ialah pelajar dan guru,” katanya mengakui tempoh kajian yang tinggal kira-kira dua tahun sebelum pelaksanaan sudah memadai.

“Panel yang bertanggungjawab dalam sistem ini perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak sama ada kementerian, sekolah, guru, pakar akademik atau badan bukan kerajaan.

“Pendapat mereka juga boleh membantu memberikan input terbaik selain penerangan kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang selama ini sudah serasi dengan sistem penilaian lama,” katanya.

Antara persoalan yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana mahu mengklasifikasikan kedudukan pelajar mengikut aliran ketika di tingkatan empat.

“Menerusi PMR, kita boleh mengklasifikasikan mereka berdasarkan keputusan.
Bagi yang cemerlang akan memasuki aliran sains, yang lain sastera atau vokasional.

“Apabila SBA diperkenalkan, apakah kriteria yang akan digunakan, bagaimanakah kita mampu menilai pelajar berkenaan?

“Semua ini memerlukan jawapan dan penyelesaian. Sebab itu penting perbincangan bersama untuk mengetahui persediaan dan tahap kemampuan kita memperkenalkan sistem penilaian baru,” katanya.

Mengakui pemansuhan PMR sebagai langkah berani melahirkan pelajar serba boleh dan kompeten selari kehendak semasa, selain mahu menyamai sistem penilaian diguna pakai di negara maju.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik dan perlu melalui frasa demi frasa supaya sistem penilaian itu selari dengan standard yang ingin dicapai.

“Kita tidak boleh menafikan, bidang pendidikan juga perlu melalui anjakan perubahan supaya selari dengan negara maju, namun biarlah ia dilaksanakan secara konsisten, bukan tergesa-gesa.

“Mencapai standard seperti negara maju memerlukan masa, komitmen, perancangan dan persediaan. Bagaimanapun, usaha ini wajar diberi pujian dan sokongan kerana kita berani berubah.

“Bagaimanapun, ia juga perlu diseimbangkan dengan perubahan pemikiran. Jika mahu lakukan perubahan sistem, cara berfikir, menerima dan membuat tindakan juga perlu berubah.

“Andai sistem saja yang berubah tetapi pemikiran tetap di takuk lama, sistem ini akan gagal,” katanya.

Beliau juga berharap masyarakat diberi penerangan jelas supaya mereka lebih memahami dan bersedia menerima perubahan sistem penilaian lama kepada baru.

“Penerangan jelas kepada masyarakat pasti memberi kelegaan dan membuatkan mereka faham. Kita tidak mahu, hanya sebelah pihak saja beria-ia melakukannya tetapi yang lain tidak menyokong.

“Gunakan medium seperti media massa dan elektronik untuk menerangkan mengapa perubahan mesti dibuat terutama kepada masyarakat kelas sederhana dan bawah.

“Perubahan ini bakal memberi impak kepada semua, justeru, penting bagi pihak terbabit mengetahuinya dengan jelas supaya tidak akan timbul kekeliruan,” katanya.

Diambil dari Harian Metro

Khamis, 18 Oktober 2012

Modul Cegah Hamil Luar Nikah Dalam Kokurikulum Tahun Enam, Tingkatan Tiga

KUALA LUMPUR: Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar nikah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan lepas, yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah 16 tahun.

Pelaksanaan itu merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu sosial yang mencatatkan lebih 6,000 kehamilan dan kelahiran yang melibatkan gadis di bawah usia 16 tahun sejak tahun 2000.

“Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejumlah 6,820 kehamilan dan kelahiran melibatkan gadis di bawah 16 tahun telah direkodkan antara 2000 dan 9 Oktober 2012,” kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) di Parlimen.

Projek perintis itu merupakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, mengajar murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga mengenai risiko dan bahaya seks menerusi program Kesihatan Reproduktif dan Sosial.

Program itu berdasarkan modul Kesihatan Reproduktif Remaja oleh Persatuan Kesihatan Reproduktif Persekutuan.

“Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kokurikulum untuk Tahun Enam dan Tingkatan Tiga selepas peperiksaan UPSR dan PMR, serta pelajar yang menjalani peperiksaan khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mulai September,” katanya.
Kementerian itu berkata, terdapat 67 guru diberi latihan untuk mengajar 1,360 pelajar mengenai bahaya dan risiko seks sebelum berkahwin semasa program itu diadakan antara 8 dan 10 September.

Khamis, 11 Oktober 2012

Dipaksa bogel dan dirakam oleh senior

Si ayah menunjukkan bukti video yang dirakam.
Selain itu, mangsa turut disepak.
Lokasi kejadian:sekolah berasrama di Kedah

Rabu, 10 Oktober 2012

Hanya dua gambar

 baru sekejab tadi nak tick band. dapat page macam ni.

gambar di bawah pula, tiada kaitan dengan di atas. tetapi, boleh dibaca untuk rujukan.



Ahad, 7 Oktober 2012

Jadual Peperiksaan SPM 2012

Ada 2 format :

Format PDF boleh dowload di sini
Boleh juga terus view dan dowload dari scribd. Klik di sini

Jadual Waktu SPM 2012

Download Perisian e-step untuk tuntutan pengawas peperiksaan



Petugas peperiksaan awam di Kuala Lumpur boleh memuat turun perisian STeP Ver 3.1 (JPNWPKL) yang akan digunakan untuk membuat tuntutan perjalanan dan pengawasan.


p/s: Shaz sendiri belum pernah guna perisian ni. Sekarang tengah download. 

Khamis, 4 Oktober 2012

Aik, marah cikgu jugak?

Shaz masih ingat belajar sifir 9 guna jari semasa darjah 4. Diajar oleh Guru Besar perempuan ketika beliau relief kelas. Semua kawan-kawan begitu teruja nak mahirkan sifir 9 guna jari ni.

Dari guna jari tu, Shaz nampak hubungkait nombor-nombor seperti di bawah ni.


 

Soalan PBS Matematik Tingkatan 1

Ramai rakan minta emelkan contoh soalan pbs math.

Disebabkan kesibukan yang amat sangat, jadi tak sempat nak emel.

Untuk memudahkan cikgu, Shaz dah kongsi file tersebut di 4shared.

Boleh download di sini.

Boleh juga  rujuk menu DOWNLOAD di sebelah kanan blog ni.

p/s :soalan tidak dimurnikan dan ada beberapa evidens yang tidak sesuai dan tidak kesah.
harap maklum.

Rabu, 3 Oktober 2012

80% guru amal budaya penyayang. 20% amal budaya apa?

Kuala Lumpur, 26 Sept. - Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.

Menurut Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman, peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak Februari lalu.

Beliau berkata, kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru di sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka.

“Ia sesuatu yang positif terhadap pengukuhan dan menambah baik Program Guru Penyayang yang sedang dilaksanakan ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahim, peratusan tersebut bukanlah bermakna bilangan guru selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya budaya tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.

“Kami berharap peratusan itu akan meningkat dengan kesemua guru di negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana ia merupakan aset dan sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru," jelasnya.
Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Ab. Rahim berkata, program selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan mendapat maklum balas dan pandangan di peringkat sekolah yang melaksanakan program berkenaan bagi mencari kaedah penambahbaikan.

“Ia melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin Jabatan Pelajaran Negeri serta wakil persatuan guru," ujarnya.

sumber : Utusan Malaysia

________________________________________________________________________________

Adakah keputusan kajian ini belum melibatkan soal selidik yang dijalankan setiap bulan oleh guru kelas?

Isnin, 1 Oktober 2012

Buku kerja instrumen PBS Matematik Tingkatan 1


Buku ini adalah terbitan Longman. Sampel telah diedarkan ke sekolah-sekolah yang bertuah. (sekolah shaz belum terima lagi, rasanya).

Kebaikan buku ini, siap dengan kod band setiap latihan yang diberikan. Boleh dijadikan rujukan untuk pembinaan instrumen eviden oleh guru atau juga boleh terus dijadikan evidens oleh pelajar.

Cuma cara perlaksaan mungkin berbeza,
1) pelajar tidak dibenarkan bawa pulang buku tersebut
ATAU
2) pelajar dibenarkan bawa pulang buku tersebut.

Bergantung kepada versi PBS yang telah anda fahami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen