Tinggalkan pesanan anda di sini!

Selasa, 20 November 2012

Kereta guru kemalangan





                                                             
Kemalangan. Mungkin perkara biasa. Tiada apa yang istimewa dengan tajuk "kereta guru kemalangan" ini.

Kemalangan ini berlaku pada 13 November 2012 di Sarawak. Guru yang terbabit adalah seorang guru wanita dan semasa kemalangan dia dan bayinya yang berusia 9 bulan berada di dalam kereta tersebut.Alhamdullillah. Kedua-dua mereka selamat.

Kejadian berlaku sewaktu guru wanita  tersebut perlu ke sekolah untuk bertugas bergilir-gilir menjaga sekolah pada waktu cuti persekolahan. Beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah lori kontena.

Kenapa bersama bayi? Mana suami?

Untuk pengetahuan pembaca, suami guru tersebut bekerja di Semenanjung. Sejak habis pantang, guru wanita itu membawa bersama bayinya yang ketika itu berusia 3 bulan ke Sarawak kerana tiada sedara mara yang boleh menjaga bayinya.

Di Sarawak pula, guru tersebut mengajar di penempatan tiada orang Islam dan menyukarkan beliau mencari pengasuh anaknya. Akhirnya beliau terpaksa membawa bersama anaknya setiap kali ke sekolah. Mengajar bersama anak di sekolah. Bayangkan kesusahan guru yang juga bergelar ibu ini. Bagaimana seorang bayi yang berusia 3 bulan berada di sekolah 7 hingga 8 jam setiap hari?

Pertukaran? Egtukar? ... sedih kerana guru itu gagal dalam pertukaran sesi Januari 2013 dan juga pertukaran-pertukaran yang dimohon bertahun-tahun dahulu.

Masih ingat tak kisah seorang guru wanita di Perak  yang meninggal di sisi bayinya yang baru berusia 9 bulan tanpa suami di sisi? Itulah yang bermain di fikiran guru wanita ini. Sendirian di bumi Sarawak yang jauh dari suami dan keluarga. Hanya kapal terbang yang menjadi penghubung. Bayangkan jika berlaku kecemasan.

Duhai KPM, majikan kami : tunduklah tengoklah mereka yang berjauhan dengan suami dan anak-anak. Fahamilah penderitaan mereka. Berilah peluang untuk mereka tinggal bersama keluarga.


Tarikh akhir SPPBS dilanjutkan ke 30 November 2012


Jika dibaca pada pengumunan sebelum ini, SPPBS memberi amaran bahawa tiada pelanjutan tarikh akan diberikan dan tarikh akhir adalah 20 November 2012 memandangkan pihak SPPBS perlu melakukan lagi operasi naik kelas. 

Namun, tiba tarikh 20 November 2012, SPPBS membuat pengumuman tarikh dilanjutkan sehingga ke 30 November 2012. 

Antara pendapat penting guru tentang pelanjutan tarikh ini adalah :

"mereka prihatin dengan masalah guru-guru yang masih tak dapat tick band, jadi mereka lanjutkan tarikh"

"mereka tiada pendirian" 

Apa yang Shaz perhatikan terlalu banyak kali SPPBS memberi pelanjutan tarikh untuk urusan keyin SEGAK, PAJSK dan juga tick band. 

Kenapa ye? 
Mungkin juga kerana kekhilafan di pihak SPPBS sendiri dengan sistem error dan juga masalah server. TETAPI, bukan sepanjang tahun server bermasalah. Ada masa, sistem SPPBS laju sangat-sangat.

Apabila ada guru yang buat alasan LANGSUNG tak boleh tick band sebab server problem dan sppbs unavailable, Shaz jadi pelik pula. Sebab sistem ini satu Malaysia yang pakai. Takkanlah dia seorang je yang unavailable dan ada masalah server sejak SPPBS dibuka beberapa bulan lepas. Beberapa bulan lepas. Bukan beberapa hari lepas. Sepanjang masa bulan itu, mustahil tak pernah boleh tick band. Betul tak?

Lagi satu pula, budaya sesetengah cikgu-cikgu kita sendiri. Tarikh akhir adalah tarikh pertama. Itulah masalahnya. Sedangkan pada tarikh 9 November lepas (tarikh akhir persekolahan), masih ada guru yang baru nak cari dan nak isi borang transit dan senarai semak individu pelajar dan senarai semak kelas. Itu pun kerana pihak pentadbir minta borang-borang tersebut untuk dimasukkan dalam fail showcase. Isk. Isk. Jika dikatakan buat kerja last minute, pemalas dan tidak bertanggungjawab tentu ramai yang marah. Cikgu-cikgu kita ni sensitif. Nak tegur pun kena berlapik-lapik. Silap tegur merajuk dan memberontak. Pentadbir sendiri pun pening kepala nak hadapi guru-guru yang jenis berbudaya kerja macam ni.

Apa-apa pun cikgu. Tahniah kepada mereka yang sudah siapkan SPBBS sebelum tarikh 20 November dan semasa tarikh 20 November. 

Kepada mereka yang belum siapkan :  
Buatlah cikgu. Itu markah budak-budak kita. Itu juga penyumbang masa depan mereka. Itu amanah yang majikan telah turunkan kepada kita. Itu jugalah penentu halal haram gaji kita. Jangan ambil mudah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen