Tinggalkan pesanan anda di sini!

Khamis, 21 Mac 2013

Tawaran pertukaran guru dalam negeri Perak sahaja

Semua Guru
negeri Perak

Tuan,

TAWARAN PERTUKARAN GURU TERLATIH NEGERI PERAK

Sukacita merujuk perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pelajaran Perak mempelawa guru-guru untuk bertugas di Sekolah Kebangsaan Behrang 2020 di Daerah Batang Padang bermula 1 April 2013.

3. Butiran tawaran adalah seperti berikut :
          3.1 - Tawaran hanya terbuka kepada guru-guru yang sedang bertugas di Perak 
                    kecuali di Daerah Batang Padang.
          3.2 - Tawaran adalah terbuka kepada semua opsyen.

4. Kepada yang berminat, sila email butiran berikut :
          TAWARAN BERTUGAS DI SK BEHRANG 2020,
          PPD BATANG PADANG

          1. Nama
          2. No. Kad Pengenalan
          3. Sekolah Semasa (Kod Sekolah)
          4. Opsyen

     kepada :
          EN. MD RASHID BIN MD YUSOF
          PENOLONG PENGARAH SEKOLAH RENDAH (PENGURUSAN GURU)
          UNIT SEKOLAH RENDAH, SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
          JABATAN PELAJARAN PERAK.
          Email : mdrashid_usr@yahoo.com
          Tel : 05-5015308 (pejabat) / 012-4988254 (tel. bimbit)
          05-5280184 (faks)

* Butiran permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di atas selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013

Pengurusan Guru
Unit Sekolah Rendah

Selasa, 19 Mac 2013

e-Gtukar dibuka 1 April 2013 Sesi Jun 2013 | Syarat dan kriteria pertukaran dalam daerah

 

KRITERIA PERTUKARAN DALAM NEGERI (ANTARA DAERAH)
 
BAGI GURU SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2013/2014

Perkara-perkara yang diberi perhatian dalam mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran adalah seperti berikut:-


1. Kes Sakit

1.1 Pemohon sendiri atau keluarga nukleus (anak/suami/isteri) pemohon mengalami sakit kronik. Perlu ada surat pengesahan daripada doktor kerajaan bahawa pesakit perlu mendapat rawatan pakar. Sijil sakit/laporan kesihatan yang dikemukakan hendaklah untuk tahun semasa.

1.2 Pemohon masih bujang dan mempunyai ibu/bapa yang mengalami sakit kronik. Perlu ada surat pengesahan daripada doktor kerajaan bahawa pesakit perlu mendapat rawatan pakar. Sijil sakit/laporan kesihatan yang dikemukakan hendaklah untuk tahun semasa.

2. Kes Ikut Pasangan

2.1 Pemohon perlu ditukarkan tempat bertugas kerana suami/isteri ditukarkan tempat bertugas atas kepentingan perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.2 Pemohon memohon pertukaran mengikut pasangan di Bahagian yang lain. Salinan surat pengesahan majikan suami/isteri pemohon wajib disertakan.

2.3 Bagi penempatan pertama, pemohon hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun di stesyen pertama sebelum layak dipertimbangkan permohonan untuk berpindah mengikut pasangan.

2.4 Salinan surat penempatan pertama dan lain-lain surat pertukaran perlu dikemukakan bersama permohonan.

3. Kes Ikut Tempoh

3.1 Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan opsyen dan jawatan di sekolah/daerah yang dipohon dan menepati keperluan perkhidmatan

3.1.1 Dapat mengisi kekosongan jawatan bagi opsyen guru yang bertukar keluar dan memenuhi keperluan kemahiran-kemahiran tertentu seperti pemulihan, pendidikan khas, kaunseling, penggunaan teknologi dan sebagainya.

3.1.2 Tanggungjawab mengajar opsyen mata pelajaran berkenaan dapat diganti oleh guru lain.

3.2 Salinan surat penempatan pertama dan lain-lain surat pertukaran perlu dikemukakan bersama permohonan.

3.3 Bagi penempatan pertama, pemohon hendaklah berkhidmat selama sekurang-kurangnya genap 4 tahun di stesen sekarang atau genap 3 tahun jika stesen adalah di kawasan pedalaman.

* Untuk melayakkan tuntutan bayaran perpindahan dan pertukaran seperti pada Arahan Pegawai Pengawal (APP) Tahun 2013 : Peruntukan Belanja Mengurus (B41), Kementerian Pelajaran Malaysia, Pekeliling JPA(S)63/163(30) bertarikh 23 Ogos 1994 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 1995.

4. Kes Lain-Lain

Permohonan yang tidak termasuk dalam kategori 1 – 3 akan dipertimbangkan berdasar merit kes tersebut.

5. Pertukaran Yang Dilarang
[Selaras Dengan Surat Pengarah, Bahagian Sekolah bil.KP(BS/PSR)8502/01/012/(21) bertarikh 15 Ogos 2005]

5.1 Pegawai berprestasi rendah atau yang mempunyai masalah tatatertib tidak boleh ditukar sehingga masalah tersebut diselesaikan, kecuali pertukaran itu merupakan sebahagian daripada langkah pemulihan atau proses tindakan tatatertib ke atas pegawai berkenaan. Tindakan menukarkan pegawai berprestasi rendah atau bermasalah tatatertib adalah tidak wajar dan tidak adil kerana tindakan itu dianggap sebagai memindahkan masalah pegawai kepada organisasi lain.

5.2 Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji/cuti belajar/berkursus/dalam latihan adalah tidak layak memohon.

5.3 Guru Lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) tidak dibenarkan memohon pertukaran sebelum genap tempoh perkhidmatan 3 tahun sebagai guru terlatih, mulai dari tarikh lantikan beliau sebagai guru terlatih.

SPPBS sudah boleh diakses | Guru kelas boleh masukkan markah SEGAK

19 MAC 2013,

Hehe, hari pertama sistem SPPBS sudah boleh diakses oleh guru matapelajaran tetapi masih belum ada fungsi AKADEMIK. Hanya ada fungsi NON AKADEMIK. 

Laju bukan main sebab tak ramai lagi yang berjalan-jalan ke SPPBS. Jadi Shaz terus daftarkan pelajar kelas Shaz untuk menu NON AKADEMIK. Sekali je pendaftaran untuk semua aktiviti kokurikulum- penambaikan yang telah diwar-warkan sebelum ini. 




 Ta daaa, dah siap daftar pun

Sekarang tak sabar nak tengok macamana rupaya kemasukan prestasi pelajar sebab dengar kata dalam bentuk senarai semak lak tahun ni.


p/s : rasa nak tukar jer borang senarai semak individu pelajar sebab nak follow macam dalam SPPBS. Jadi, mudah untuk tick band nanti. Cuma, adakah rakan-rakan lain setuju?


  
refleksi diri hari ini

Isnin, 18 Mac 2013

Link Keputusan STPM 2012


KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN STPM 2012

Definisi dan ciri evidens PBS | Format penulisan evidens PBS

Sebelum bercerita tentang format penulisan evidens, terlebih dahulu Shaz kongsikan definisi evidens PBS yang sebenarnya dan contoh-contoh evidens yang dimaksudkan
 
 
 

Melihat kepada definisi dan contoh evidens yang diberikan di atas, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa format penulisan evidens PBS adalah tidak tetap dan boleh berubah mengikut situasi pelaksanaan PBS yang dijalankan oleh guru. 

Perhatikan contoh penulisan format PBS Matematik di bawah ini.

Di dapati format yang biasa ditemui mengandungi 
nama dan kelas pelajar, kod evidens, penerangan evidens dan juga tarikh pentaksiran.

Perhatikan pula contoh penulisan format evidens PBS PJPK di bawah 
Selain ada nama dan kelas pelajar, PBS PJPK turut melampirkan 
tarikh, band deskriptor, kod evidens dan penerangan 


JIKA TIADA PENERANGAN KOD EVIDENS BOLEH KE? 
PENDAPAT SHAZ, BOLEH tetapi kod evidens dan tarikh mesti ada untuk memudahkan rujukan guru selain yang asas iaitu nama dan kelas pelajar. Lagipun, kita kena faham yang kita juga perlu berjimat ruang dan kertas. Oleh itu tanpa penulisan penerangan kod evidens maka sekurang-kurangnya kertas dijimatkan.

Apa yang penting? 
Evidens yang kita perolehi dari pelajar mestilah memenuhi ciri-ciri evidens yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan iaitu tekal, autentik,sah, kecukupan dan semasa.
 

Ahad, 17 Mac 2013

Penggunaan kalkulator dalam PBS Matematik

Ramai yang bertanya mengenai penggunaan kalkulator dalam PBS Matematik. Boleh ke?
Sudah tentulah boleh tetapi tidak untuk beberapa evidens yang memerlukan pelajar menunjukkan kebolehan mengira tambah, tolak, darab, bahagi nombor bulat, perpuluhan, pecahan, nombor negatif dan positif (bab 6 tingkatan 1)-dan beberapa topik lain.

Bagi evidens lain contohnya memerlukan pelajar mengira luas, perimeter ataupun isipadu, penggunaan kalkulator adalah dibenarkan.

Cerita Pengarah JPWPKL mengenai PBS 2012

Pentadbir sekolah Shaz ada dipanggil untuk mesyuarat PBS. Di dalam mesyuarat tu ada dipaparkan band-band pelajar bagi tahun 2012 untuk semua sekolah di KL. 

Apabila bercerita mengenai band PBS Matematik, pengarah memberitahu dia pening dan pelik kerana ada sekolah yang memberikan hanya band 5 dan band 6 kepada semua pelajarnya, ada sekolah yang hanya memberikan band 1, band 2 dan band 3 kepada pelajar. Kemudian, band pelajar dibandingkan pula dengan markah peperiksaan pelajar. Dari situ boleh dilihat perbezaan band dan markah pelajar. Memang ada yang tidak selaras. Namun, pengarah tidak nafikan ada sekolah yang dilihat berada di landasan PBS yang betul.

Apa yang boleh dikatakan oleh pengarah, samalah seperti yang Shaz ikuti kursus tahun lepas "band 6 matematik hanya untuk pelajar genius. Untuk pelajar yang boleh mengeluarkan rumus dan formula sendiri, bukan dari sumber guru seperti Adi Putra"

Terus terang Shaz katakan, sekolah Shaz tiada seorang pun pelajar yang dapat band 6 matematik tahun lepas dan ada pelajar yang dapat band 1 tahun lepas kerana pelajar-pelajar tersebut memang lemah ataupun sebab kes ketidakhadiran yang sangat teruk.

Subjek lain yang mendapat perhatian adalah PBS PJPK 2012 yang menyaksikan rata-rata pelajar di KL mendapat band 1 hingga 3 sahaja. TETAPI, di sekolah Shaz, ada pelajar yang dapat hingga band 5.

TIPS memberikan band pelajar : 
Bandingkan keputusan peperiksaan pelajar dengan band. Jika semasa peperiksaan atau ujian, markah yang diperolehi oleh pelajar tersebut E, maka tidak logik pelajar itu boleh diberi band 6 mahupun band 5, kan? 

Kenapa perlu banding? 
Kerana kita sediamaklum, perjalanan PBS dalam kelas bukanlah seperti perjalanan peperiksaan yang tidak memberikan peluang kepada pelajar meniru dan berbincang. Sedangkan PBS, pelajar bebas untuk berbincang, boleh buat kerja di rumah dan guru boleh menggunakan kerjarumahnya untuk band. Sedangkan di rumah mungkin ada orang lain yang tolong buatkan. Apabila pelajar salah, guru mesti beri peluang kepada pelajar untuk betulkan setelah guru ajar semula topik yang pelajar salah. 

Jika sekolah sudah tidak menjalankan peperiksaan atau ujian? 
Guru  gunakanlah inisiatif sendiri untuk jalankan ujian. Apa-apapun, cikgu kenal pelajar cikgu. Cikgu mesti tahu tahap pencapaian sebenar pelajar cikgu.

Nasib baik sekolah Shaz tetap jalankan peperiksaan.

Sabtu, 16 Mac 2013

Budak penjual kuih

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Selasa, 12 Mac 2013

E-operasi 2013 | Kemaskini data guru

Salam semua kawan-kawan.

Shaz nak kongsikan cerita mengenai e-operasi. Dengar kata e-operasi sudah boleh dikemaskini dan tarikh akhir kemaskini adalah pada 20 Mac 2013. 

 klik di sini http://apps.moe.gov.my/eoperasi/untuk ke laman e-operasi


surat siaran eoperasi klik sini

Ahad, 10 Mac 2013

Penambaikkan SPPBS 2013

Kita telah sedia maklum bahawa SPPBS sudah boleh akses oleh SU Peperiksaan awal bulan ini. Manakala, bagi menu guru matapelajaran, akan dibuka mulai 15 Mac 2013 seperti memo di bawah ini.

Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013

Sehubungan dengan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:
a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).
b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.
c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS. 

* Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai. 
 
-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-


 Dari laman, SPPBS, senarai-senarai penambaikkan sistem pada tahun ini adalah seperti berikut.

1. Paparan kemasukan prestasi murid Mengikut Eviden - Senarai semua murid dan kemasukan prestasi di dalam satu paparan sahaja (wujudkan marksheet).

2. Guru Tingkatan (sekolah menengah) yang berdaftar dengan APDM akan terus mendaftar murid sekali sahaja ke dalam menu Non Akademik.

3. Penggunaan warna yang kontra bagi tanda “√” sebelum guru memasukkan prestasi dengan warna selepas kemasukan prestasi dilaksanakan.

4. Mewujudkan butang KEMASKINI dan BATAL pada menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan bagi tujuan pengemaskinian atau pembatalan prestasi murid.

5. Data pada menu Statistik yang boleh dimuat turun dan dieksport ke dalam format Excel.

6. Fungsi Daftar Guru Kelas pada Menu SU sekolah rendah untuk urusan pemantauan dan cetakan pelaporan oleh Guru Kelas.


Komen 
Disebabkan kita semua belum lagi dapat menggunakan sistem baru ini, jadi kita tunggu 15 Mac nanti. Namun, dalam senarai penambaikkan tersebut, rasanya ada penambahbaikkan yang tidak patut diadakan iaitu nombor 4.  Band pelajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas guru matapelajaran. Namun, jika ada pihak lain yang boleh mengemaskini atau membatalkan band yang telah diisi oleh guru matapelajaran bermakna, tanggungjawab tersebut tidak lagi 100% di atas bahu guru jika berlaku apa-apa yang tidak diingini. 

Cara merekod band pelajar di borang transit individu dan kelas

Keliru.

Tahun lepas, semua JUS yang mengikuti kursus diberitahu  bahawa pada borang transit, mesti tanda tick jika pelajar sudah mencapai kod band tertentu.

Namun, tahun ini pula dimaklumkan tidak boleh tick, sebaliknya kena tulis tarikh. Maka, kami merombak semula borang-borang transit dan menjadikan ruang lebih besar untuk membolehkan kami menulis tarikh perlaksanaan.

Malam ini, Shaz telah muatturun buku panduan perlaksaan PBS di sekolah dan mendapati inilah contoh cara merekod band pelajar.

hanya tick* 

~ jadi?

Selamat berhujung minggu

     

Salam kepada semua pengunjung blog Shaz. 
Apa yang anda buat di hujung minggu ni?
Shaz yakin, walaupun namanya adalah cuti hujung minggu
Ramai di kalangan cikgu yang masih berhempas pulas
menyiapkan borang-borang transit PBS,
menyemak kertas PBS,
menyemak buku latihan pelajar
dan menyiapkan pelbagai kerja-kerja tambahan
 Bermakna, kita semua cikgu
juga bekerja pada hari cuti
bezanya, 
kita tidak punch card jer...

Hehe~~~

Di bawah Shaz kongsikan
kata-kata mereka yang sudah stress dan tension

Asyik kira x  tak dapat-dapat
akhirnya.....

Ahad, 3 Mac 2013

Laman Web Akademik UPSI digodam

 sumber link :
http://akademik.upsi.edu.my/v3/


IKLAN JAWATAN PENSYARAH PENSYARAH GRED DG44 - KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN DAN KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan jawatan kosong bagi pegawai - pegawai perkhidmatan pendidikan di Kolej Matrikulasi Kelantan dan Kolej Matrikulasi Sarawak.
Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut :
SYARAT-SYARAT:
1. PPPS (GURU DI BAWAH KPM ) GRED DG 44 SAHAJA
2. TELAH MENGAJAR SUBJEK 3 TAHUN BERTURUT
3. PRESTASI MELEBIHI 85 % 3 TAHUN BERTURUT-TURUT
4. BEBAS TINDAKAN TATATERTIB/SPRM/PINJAMAN TEGAR
5. DIPERAKUI OLEH KETUA JABATAN/SEKOLAH
SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN:

KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
MATEMATIK
B.INGGERIS
SAINS KOMPUTER
EKONOMI
PERAKAUNAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN
PENDIDIKAN ISLAM
KEMAHIRAN DINAMIKA
KOKURIKULUM

SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK:
KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
SAINS KOMPUTER
MATEMATIK
B.INGGERIS
KOKURIKULUM
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM
Borang permohonan  dan Lampiran boleh dimuatturun di sini.
Tarikh tutup permohonan : 22 MAC 2013
Untuk pertanyaan lanjut:
03-88844043/88844074/88844067/0388844008 -
Pn. Norshahida bt Md Nayan / Pn. Norasfazura bt Abd Samah / En. Mustafa Kamil b Sulaiman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen