Tinggalkan pesanan anda di sini!

Rabu, 17 April 2013

Cikgu nak berpolitik? Silakan


silakan, tetapi tugas dan amanah co bisnes cikgu tu janganlah cikgu abaikan. Betul seperti kata insan di atas tu. Memang wujud cikgu-cikgu demikian. Mungkin cikgu-cikgu dimaksudkan itu sedang berangan jadi menteri, jadi tak payah dah nak mengajar.

Apa-apapun, jika ada kes yang sudah tenat, KPM mengalukan aduan ke talian 03-77237070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Tawaran sebagai calon penulis buku teks 2015 sekolah rendah

 

 Syarat Permohonan 1. Calon penulis yang ingin menyertai program penulisan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.

2. Permohonan tawaran hendaklah dibuat secara individu.

3. Calon penulis yang sedang menulis buku teks dengan penerbit lain untuk kegunaan tahun yang sama (tahun 2015) tidak layak menyertai program penulisan ini.

4. Calon penulis sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan. Salinan sijil akademik yang disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu disertakan sebagai bukti kelulusan akademik.

5. Calon penulis mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran berkenaan.

6. Calon penulis sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku atau hasil penulisan atau bukti yang berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dan disertakan sebagai bukti hasil penulisan.

7. Calon penulis mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitannya dengan mata pelajaran berkenaan.

8. Calon penulis mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.

9. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup menulis buku teks dalam mata pelajaran yang ditetapkan.

10. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup serta berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan.

11. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup memberikan kerjasama bagi menjayakan penulisan dan penerbitan buku teks dan boleh bekerja sebagai satu pasukan.

12. Calon penulis yang dipilih tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penulis yang tidak hadir bengkel/mesyuarat boleh digugurkan daripada program penulisan ini.

13. Calon penulis yang dipilih mesti mengemukakan dokumen atau surat yang telah ditandatangani oleh majikan sebagai bukti memperoleh kebenaran daripada majikan.

14. Calon penulis yang dipilih akan tertakluk kepada peraturan, jadual serta arahan daripada pihak DBP dan BBT, KPM dari semasa ke semasa.

15. Calon penulis yang dipilih bagi mata pelajaran yang sama atau berlainan mata pelajaran bukanlah daripada pasangan suami isteri.

16. Segala urusan dan kos bagi penulisan buku teks ini seperti menyediakan bab contoh, menghadiri taklimat, mesyuarat atau bengkel yang berkaitan adalah atas tanggungan penulis sendiri melainkan diputuskan sebaliknya oleh DBP.

17. Pegawai DBP, serta Pegawai KPM dari BBT dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) tidak layak untuk memohon tawaran ini.

18. DBP berhak menggugurkan calon penulis yang dipilih sekiranya didapati melakukan sebarang bentuk penipuan yang berkaitan dengan permohonan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Hajah Zainah Mohd. Azahari, Ketua Bahagian Buku Sekolah, DBP, no. telefon 03-21481058 atau e-mel zainah@dbp.gov.my.

Kaedah tambah tolak nombor positif dan nombor negatif


Kaedah 1








Kaedah 2 :


Sabtu, 6 April 2013

Kes khas dalan PBS



 Dalam pelaksanaan PBS sepanjang tahun, kita akan jumpa pelbagai kes yang boleh dikategorikan bermasalah dalam PBS. Jadi, LPM telah mengeluarkan garis panduan untuk kita laksanakan andai kita terjumpa kes-kes tersebut.

Antara kes-kes khas yang disenaraikan adalah
  1. Kes disiplin iaitu ketidakhadiran kerana ponteng dan buang sekolah
  2. Ketidakhadiran akibat sakit yang berpanjangan
  3. Murid OKU
  4. Murid bertukar sekolah
  5. Murid yang berada di bawah pengawasan KPM atau Jabatan Kebajikan
  6. Murid yang kembali ke negara setelah bermastautin di luar negara 
 Di bawah ini, Shaz lampirkan print screen dari buku panduan PBS tentang kes-kes masalah di atas dan tugas Setiausaha PBS untuk menyediakan satu fail kes di sekolah sebagai persediaan hitam putih jika masalah lain timbul pada masa akan datang.







Biasanya, masalah yang paling kerap adalah masalah di a) iaitu masalah pelajar tidak hadir dan juga tidak hadir berpanjangan.

Jumaat, 5 April 2013

Stress oh!




Shaz akan jadi stress dan tension apabila kerja yang Shaz nak cepat siapkan 
tetapi jadi tertunda dek kerana kelewatan dari pihak orang lain!

Bertambah tension apabila semakin kita mendesak untuk disiapkan tetapi
 pihak tersebut buat selamba dan rileks seolah-olah 
KPM itu bapak mereka yang punya!

Apabila kerja yang tertunda itu bertimbun-timbun
hinggakan kritikal, otak Shaz jadi tak berhenti fikirkan satu perkara
"bila aku boleh siapkan benda nih, benda tu" 

Apabila fikiran itu dibawa masuk ke dalam kelas
menyebabkan Shaz hilang fokus dan banyak melakukan silap dalam pengiraan 

Apabila Shaz banyak buat silap, 
pelajar pula label Shaz sebagai cikgu yang tak pandai matematik

MAKA

STRESS pun berganda-ganda  !!! 

Doa agar dimudahkan urusan dan ucapan

 

doa ini amat sesuai diamalkan oleh guru di dalam kelas mahupun semasa apa-apa majlis yang memerlukan guru membuat ucapan atau pengumuman

Khamis, 4 April 2013

Oh APDM lagi!



Semalam, Shaz beria-ia bercerita panjang tentang APDM dan dengan yakin Shaz nyatakan sudah siap 95%

Hari ini, sekali lagi, guru kelas diedarkan dengan maklumat pendapatan ibubapa dan diminta menyiapkan pendapatan ibubapa. Kelas Shaz di dapati ada satu maklumat ibu yang Shaz perlu betulkan.

Rupanya mengenai 'tiada data pendapatan'

Shaz ada seorang pelajar yang ibubapanya bercerai. Dia dijaga oleh bapanya sahaja dan ibunya pula menghilangkan diri. Jadi, pada ruangan ibu/penjaga kedua Shaz tick pada tiada data pendapatan kerana tiada maklumat mengenai ibu pelajar tersebut.



Rupanya SALAH. Jika tick pada tiada data pendapatan, guru kelas dianggap belum menyiapkan APDM dan perlu taip RM 0 seperti gambar di bawah. Barulah dikira siap.


Samakah RM 0 dengan tiada data pendapatan? Tentulah tidak sama. Pendapatan ibu pelajar tersebut memang tidak diketahui dan bukannya diketahui RM0.

RM 0 sesuai untuk ibu yang tidak bekerja dan hanya sebagai surirumah tangga sahaja. 

Jika tick pada 'tiada data pendapatan' dikira sebagai tidak siapkan APDM, jadi apa gunanya pihak admin APDM mewujudkan ruang tersebut?

Pelikkan?

Bila sudah nyawa-nyawa ikan dengan tarikh akhir data pelajar diperlukan barulah SU nak bagitau guru-guru kelas tentang apa yang perlu ditanda dan apa yang tak boleh ditanda. Orang yang bijak IT pun akan tersalah tanda apatah lagi kami ni yang cuma menurut perintah.

sistem dah betul, tapi kita yang melaksanakan menjadikan sistem itu payah bebenor.

Harap-harap APDM ni tiada bermasalah lagi. Tunggu cuma untuk isi tarikh kemasukkan semasa yang asyik hilang. Sekarang, nak tanda band di SPPBS pula.

Masih belum lengkap APDM !!!

 

Guru sebenarnya diarahkan untuk menyiapkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ini bermula awal tahun 2013 lagi dengan tarikh akhir pertama (ibarat kata last warning pertama) adalah pada 15 Januari 2013. Shaz rujuk beberapa blog dan di dapati ada guru telah update mengenai APDM ini pada tarikh 1 Januari 2013.

Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) merupakan satu pangkalan data utama bagi data murid. Ia mengambil kira profil murid dan juga penjaga. 

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. 

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mungkin oleh kerana data murid sangat-sangat tidak lengkap di seluruh negara dan semua negeri di Malaysia ini, maka tarikh APDM kedua dikeluarkan pada 24 Januari 2013 (ibarat kata last warning kedua). Ada juga sekolah yang mempercepatkan tarikh last warning kedua kepada 23 Januari 2013. 

Bila Shaz dan rakan guru dimaklumkan untuk mengisi APDM? Kami dimaklumkan perlu mengisi APDM pada 22 Januari 2013 di kala orang lain dan sekolah lain mungkin sudah siap 80%. Kami pula baru nak bermula dari 0%. Jadi, Shaz dan rakan-rakan pulun habis-habis sampai ke pukul 3-4 pagi untuk melengkapkan APDM dan kami dapati tarikh akhir kemaskini (last warning ketiga) adalah pada 25 Januari sebenarnya.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid melalui laman http://sekolahmalaysia.com/.
Alhamdulillah, Shaz dapat siap kemaskini dan mengisi maklumat pelajar kelas Shaz pada 24 April 2013 tetapi dengan peratus siap dalam 95%, bukan 100%.

Kemudian, 1 April 2013 Shaz dan rakan-rakan lain diberi satu notis untuk melengkapkan maklumat ibubapa terutamanya bahagian tanggungan dan pendapatan sebelum 5 April 2013. Menurut pihak sekolah, hanya 2 kelas sahaja yang lengkap 100% APDM manakala kelas yang lain tidak!

Apabila Shaz masuk ke sistem APDM di dapati tarikh akhir (last warning ke empat) adalah pada 1 April 2013 tetapi hingga saat Shaz mengadap blog ini, data masih lagi boleh diisi.
 Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2013.http://sekolahmalaysia.com/.

Terus terang Shaz katakan, selepas mengisi data pada 24 Januari 2013, Shaz terus tutup cerita APDM kerana ingin menumpukan kepada tugasan yang lain dan apa yang Shaz ingat, pada tarikh tersebut, muka APDM adalah seperti di bawah ini dengan info murid, info bapa/ penjaga pertama dan info ibu/penjaga kedua



*gambar di atas diambil dari Manual APDM.

Baca manual di sini  

Malam 1 April, Shaz masuk ke sistem APDM dan di dapati ada perubahan menu seperti di bawah -: murid, bapa,ibu,bapa/penjagautama,ibu/penjagakedua. Penambaikbaikkan yang dilakukan oleh pihak APDM memang sangat bagus. Ini kerana semasa Shaz mengisi maklumat pada Januari, Shaz terfikir beberapa masalah jika ada kes ibubapa yang bercerai, yang meninggal dan juga yang menghilangkan diri.
 

 Menu tambahan iaitu Bapa dan Ibu (maklumat mengikut Rekod JPN)  memerlukan guru kelas mengemaskini status ibu dan bapa pelajar seperti gambar di bawah. Jadi, memang wajar menu ini diperkenalkan.



Namun, masalahnya guru kelas tidak diberitahu mengenai tambahan menu ini dari awal. Semua ibu dan bapa pelajar kelas Shaz belum dikemaskini status masing-masing pada 1 April lepas dan malam ini, barulah Shaz siapkan semua status ibubapa. Mungkin itulah yang dimaksudkan pentadbir bahawa Shaz belum lengkapkan APDM.

95% siap. Masih ada lagi yang belum siap. Kenapa? Shaz tidak dapat kemaskini maklumat murid pada tarikh kemasukan sekolah semasa. Klik tarikh dan klik kemaskini tetapi tidak dapat disimpan untuk beberapa orang pelajar. Jika berterusan begini, maknalah ruang di situ terus tidak lengkap sampai hujung tahun.



Tiada kredit untuk menelefon bertanyakan admin APDM. Admin tolong telefon Shaz  boleh ke?

Ops sebelum terlupa, penambaikan APDM yang lain adalah dengan menghantar makluman APDM melalui nombor telefon bimbit guru dan juga emel. Shaz mengisi kedua-dua ruang tersebut untuk mendapatkan makluman terbaru APDM dan juga bagi mengelakkan diri ini terasa seperti berada di sebuah sekolah di pendalaman Kinabatangan Sabah yang tiada apa-apa kemudahan komunikasi hinggakan sentiasa tertinggal info penting dan berguna mengenai APDM.

Rabu, 3 April 2013

Isu Kajian Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Guru telah diarahkan mengisi kajian TMK ini pada Januari 2013 seperti yang tercatat di dalam gambar di atas dan tarikh akhir adalah pada 30 januari 2013. Setelah hampir 4 bulan berlalu, hari ini kami sedikit terkejut apabila pentadbir menulis nama guru yang telah mengisi kajian TMK ini dan bilangan guru tersebut kurang dari 20 orang daripada 60 lebih guru di sekolah Shaz sesi petang.

Ramai yang terkejut dan terpinga-pinga kerana bagi kami kajian TMK ini telah lama kami tutup buku. Kami sudah jawab dan siapkan pada Januari. Jawapan dari pentadbir, mereka tidak tahu apa-apa. Nama guru yang telah siap mengisi kajian TMK ini diperolehi dari emel yang dihantar. 

Shaz sendiri terkejut kerana Shaz telahpun mengisi kajian TMK ini bersama rakan-rakan guru lain. Kami menjadi saksi sama lain bahawa kami telah sama-sama menyiapkan tugas yang diberikan ini. 

Akhirnya, malam ini, sekali lagi kami mengisi KAJIAN TMK. bermakna kali kedua isi. Jadi untuk keselamatan, Shaz telah print screen semua page yang Shaz isi termasuklah nama dan nombor kad pengenalan beserta satu page penting di bawah. 

   

Jika nanti, nama-nama kami sekali lagi dikaitkan dengan kisah 'kerja tidak siap' , kami ada bukti yang kami telah menyiapkan.


Download DSP Tingkatan 2 yang terkini

Hari ini, dua orang guru dari negeri yang berbeza meluahkan terkejut apabila ingin menanda band PBS dalam SPPBS di dapati bahawa kod band telah berubah. Rupanya mereka tidak tahu bahawa DSP telahpun dipindah dan ditambahbaik. 

Baca komen cikgu di bawah ini pun, sudah boleh rasa pelbagai perasaan 
di hati dan minda dia.
Shaz pernah keluarkan post mengenai DSP yang ditambaikbaik pada Februari lepas . KLIK DI SINI  

 


UNTUK DSP TINGKATAN DUA, SILA KLIK LINK INI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen