Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 5 Januari 2014

Guru dan Ucup

***GURU OH GURU****

Guru : Ucup, kenapa rambut awak kusut masai je?
Ucup : Saye takde sikat , cikgu..
Guru: pinjamlah sikat ibu awak.
Ucup : ibu sudah meninggal
Guru : pinjam sikat kakak?
Ucup : saye takde kakak, Ucup anak tunggal.
Guru : jadi,kamu tinggal dgn siapa?
Ucup : ayah..
Guru : kalau mcm tuh,,pinjam la sikat ayah kamu.
Ucup : ayah botak, cikgu.
Guru : @?!%&#()

Rancangan Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5

Kawan-kawan semua, hari ni Shaz upload Rancangan Pengajaran Tahunan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Silalah download jika berkenan

DOWNLOAD RPT PJPK SEK MEN 

Sebelum ini Shaz ada kongsikan HSP dan Sukatan PJPK untuk sekolah menengah dan juga sekolah rendah dalam satu folder. Sekali download je.

DOWNLOAD HSP DAN SUKATAN PJPK SEK MEN DAN SEK REN 

Dipersilakan.

Sabtu, 4 Januari 2014

Jangan sombong


Cerita mengenai guru 4 Januari 2014

Guru sekolah swasta miliki tujuh pistol tiruan ditahan


KOTA BHARU - Polis semalam menahan seorang guru sekolah swasta bersama tujuh pistol tiruan yang dibelinya dari negara jiran dan dipercayai mahu dijual menerusi laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt. Idris Abd Rafar berkata, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor kira-kira pukul 1.30 petang.

"Kita menemui tujuh buah kotak yang bertulis G.29 AIRSOFT GUN. Setiap satunya mengandungi sepucuk pistol bersama kelopak, yang disembunyikan di dalam bonet kereta,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata, pistol tersebut dibeli dengan harga RM60 setiap satu dan suspek dipercayai mahu menjualnya di laman sosial Facebook.

"Kami mendapati pistol itu dibeli di Sungai Golok, Thailand dan suspek menggunakan orang tengah yang dipercayai warga negara Thailand untuk mendapatkannya pistol tersebut,” tambahnya.
Idris berkata suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh di penjara selama setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Pensyarah dijel, denda RM25,000

IPOH – Seorang bekas pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas lima kesalahan menerima rasuah daripada dua pelajarnya, tiga tahun lalu.

















Pada prosiding semalam, Wong Chee Wai, 41, pensyarah di Jabatan Matematik dan Statistik di institut itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Tertuduh dari Taman Indah Jaya di sini didakwa menerima suapan wang tunai RM1,130 menerusi lima transaksi antara 14 September 2011 dan 8 Februari 2012 di institut berkenaan.


Pelajar berang cederakan guru dengan kerambit

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis dekat sini telah ditahan polis gara-gara tindakannya mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan rambut ala punk pada hari pertama persekolahan Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi kelmarin di rumahnya di Kuala Perlis.

"Turut dirampas bersama suspek ialah gunting kecil yang diubah suai menjadi senjata kerambit untuk mencederakan guru terbabit," katanya pada sidang akhbar semalam.

sumber berita : KOSMO

Jumaat, 3 Januari 2014

Musim tersepit kerusi

Warna warni sesi persekolahan 2014 dengan gambar-gambar pelajar kecil tersepit kerusi.

 Apabila dah ramai sangat kes tersepit, ada pula individu yang rajin buatkan kartun di bawah ni


Di bawah ini bukan tersepit tetapi merempit  menulis
  

Alamak, ada jugak yang nak tumpang glamour  menyepitkan kepala di kerusi



sumber oh media dan google

Rabu, 1 Januari 2014

Scheme of Work Mathematics Form 3 2014

Ini adalah RPT versi Bahasa Inggeris. Telah siap dengan kod eviden PBS.



Klik Download di sini.

Tips belajar | Rahsia tidak lupa apa yang guru ajar


Gaji kakitangan awam 2014


Rancangan Tahunan Matematik Tingkatan 3 2014

Fail ini adalah bukan kepunyaan Shaz.
Fail adalah dalam Microsoft Excel boleh diedit.
RPT adalah dalam versi Bahasa Melayu

Klik DI SINI untuk download

p/s : tajuk fail dalam 4shared adalah salah. Tiada DSP disertakan.

Rancangan Pelajaran Tahunan dan Pemetaan PBS 2013

Diulang taip tahun 2013 bukan 2014.

Semua RPT ini adalah dalam Microsoft Word dan Microsoft Excel jadi cikgu-cikgu boleh edit mengikut takwim sekolah masing-masing.

Antara subjek-subjek -:

  1. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Bahasa Melayu
  2. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2  Bahasa Inggeris
  3. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Matematik
  4. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Sains
  5. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Sejarah
    Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2  Geografi
  6. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Bahasa Arab
  7. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Bahasa Cina
  8. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Bahasa Tamil
  9. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Kemahiran Hidup ERT
  10. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Kemahiran Hidup KT
  11. Rancangan Tahunan Matapelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Kemahiran Hidup PK

Selain itu, setiap matapelajaran di atas juga disertakan dengan pemetaan PBS untuk memudahkan kerja cikgu-cikgu. Harap berguna lah ye!

Sharing is caring...jangan kedekut kongsi dengan rakan-rakan sekolah yang lain.

Semua ini adalah dalam satu folder yang telah 'dizipkan'
Download dan kemudian extract.


KLIK DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan di atas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen