Tinggalkan pesanan anda di sini!

Khamis, 6 Mac 2014

Surat siaran pertukaran guru sesi Jun 2014 dibuka 1 April sehingga 30 April





Prosedur pertukaran guru Tukar Suka Sama Suka

Walaupun ramai di kalangan pengawai KPM yang menidakkan tiada istilah tukar suka sama suka namun di dapati masih ramai guru yang cuba menggunakan kaedah ini.

Mungkin untuk pertukaran antara negeri, tukar suka sama suka dilihat sedikit susah berbanding pertukaran dalam negeri.

Disebabkan ada juga guru yang berjaya tukar menggunakan kaedah ini, jadi Shaz kongsikan cara yang mereka lakukan. Berjaya lulus atau tidak semua tu bergantung kepada rezeki masing-masing.

Prosedur -:
  1. Tunggu Egtukar online dibuka samada pada April atau September.
  2. Isikan nama dan nombor kad pengenalan guru yang ingin bertukar suka sama suka dengan anda pada ruangan alasan borang egtukar online. 
  3. Ambil salinan borang egtukar guru yang ingin bertukar suka sama suka tu  untuk dilampirkan bersama ketika serahan borang kepada pentadbir sekolah. Beri juga salinan borang anda kepada guru terbabit. 
  4. Anda dan guru terbabit bersama-sama pergi ke Putrajaya untuk rayuan pertukaran sebelum keputusan egtukar diumumkan. 
  5. Jika pengawai kata akan dipertimbangkan... senang hati
  6. Jika pengawai kata, tiada istilah tukar suka sama suka...jangan sedih. Mana tahu ada rezeki tukar walaupun tanpa tukar suka sama suka    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen