Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
Telefon (hotline): 03-8321 7138
E-mel : ldp.bt[@]moe.gov.my
Telefon (hotline): 03-8884 3823/ 03-8884 3674
Bil | Tajuk | |
1 | Hebahan | Muat Turun |
2 | Pengenala Program | Muat Turun |
3 | Syarat-syarat Cuti Belajar | Muat Turun |
4 | Senarai bidang-bidang Peringkat Sarjana | Muat Turun |
5 | Senarai bidang-bidang Peringkat Kedoktoran | Muat Turun |
6 | Jenis-jenis Penyakit Kronik | Muat Turun |
7 | Tatacara dan Panduan Permohonan | Muat Turun |