Kuala Lumpur, 26 Sept. - Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid
(IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran
mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih
sayang di sekolah.
Menurut Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan
Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab.
Rahim Othman, peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah
di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak
Februari lalu.
Beliau berkata, kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru di
sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka.
Ia sesuatu yang positif terhadap pengukuhan dan menambah baik
Program Guru Penyayang yang sedang dilaksanakan ketika ini," katanya
ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat
Kebangsaan di sini hari ini.
Tambah Ab. Rahim, peratusan tersebut bukanlah bermakna bilangan guru
selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya budaya
tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.
Kami berharap peratusan itu akan meningkat dengan kesemua guru di
negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana ia merupakan aset dan
sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru," jelasnya.
Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Ab. Rahim berkata, program
selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan mendapat maklum balas dan
pandangan di peringkat sekolah yang melaksanakan program berkenaan bagi
mencari kaedah penambahbaikan.
Ia melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar,
guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin Jabatan
Pelajaran Negeri serta wakil persatuan guru," ujarnya.
sumber : Utusan Malaysia
________________________________________________________________________________
Adakah keputusan kajian ini belum melibatkan soal selidik yang dijalankan setiap bulan oleh guru kelas?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi