Rabu, 17 April 2013

Tawaran sebagai calon penulis buku teks 2015 sekolah rendah

 

 Syarat Permohonan 1. Calon penulis yang ingin menyertai program penulisan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.

2. Permohonan tawaran hendaklah dibuat secara individu.

3. Calon penulis yang sedang menulis buku teks dengan penerbit lain untuk kegunaan tahun yang sama (tahun 2015) tidak layak menyertai program penulisan ini.

4. Calon penulis sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan. Salinan sijil akademik yang disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu disertakan sebagai bukti kelulusan akademik.

5. Calon penulis mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran berkenaan.

6. Calon penulis sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku atau hasil penulisan atau bukti yang berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dan disertakan sebagai bukti hasil penulisan.

7. Calon penulis mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitannya dengan mata pelajaran berkenaan.

8. Calon penulis mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.

9. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup menulis buku teks dalam mata pelajaran yang ditetapkan.

10. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup serta berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan.

11. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup memberikan kerjasama bagi menjayakan penulisan dan penerbitan buku teks dan boleh bekerja sebagai satu pasukan.

12. Calon penulis yang dipilih tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penulis yang tidak hadir bengkel/mesyuarat boleh digugurkan daripada program penulisan ini.

13. Calon penulis yang dipilih mesti mengemukakan dokumen atau surat yang telah ditandatangani oleh majikan sebagai bukti memperoleh kebenaran daripada majikan.

14. Calon penulis yang dipilih akan tertakluk kepada peraturan, jadual serta arahan daripada pihak DBP dan BBT, KPM dari semasa ke semasa.

15. Calon penulis yang dipilih bagi mata pelajaran yang sama atau berlainan mata pelajaran bukanlah daripada pasangan suami isteri.

16. Segala urusan dan kos bagi penulisan buku teks ini seperti menyediakan bab contoh, menghadiri taklimat, mesyuarat atau bengkel yang berkaitan adalah atas tanggungan penulis sendiri melainkan diputuskan sebaliknya oleh DBP.

17. Pegawai DBP, serta Pegawai KPM dari BBT dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) tidak layak untuk memohon tawaran ini.

18. DBP berhak menggugurkan calon penulis yang dipilih sekiranya didapati melakukan sebarang bentuk penipuan yang berkaitan dengan permohonan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Hajah Zainah Mohd. Azahari, Ketua Bahagian Buku Sekolah, DBP, no. telefon 03-21481058 atau e-mel zainah@dbp.gov.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi