Isnin, 1 Julai 2013

Kementerian Sedia Kaji Isu Penempatan Guru Berkahwin - Benarkah atau hanya tanam tebu tepi bibir?

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baharu berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

"Ini atas dasar kemanusiaan...tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Yap berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.

Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.

Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Yap.

Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana.

-- BERNAMA 

 Di bawah adalah cerita tahun lepas
KOTA BHARU – Permohonan yang terlalu banyak untuk berpindah daripada guru-guru menghalang Kementerian Pelajaran menyelesaikan perkara itu dalam masa singkat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perhatian sewajarnya sentiasa memberikan terhadap permohonan dikemukakan guru-guru yang datang dari seluruh negara itu.

“Tahun ini sahaja, sebanyak 20,000 permohonan untuk berpindah diterima daripada guru- guru di seluruh negara, namun tidak semuanya dapat dipenuhi. “Masalah paling ketara kita hadapi adalah pemahaman mengenai pertukaran guru, daripada jumlah permohonan diterima, yang mahu balik ke Kelantan sahaja seramai 2,898 orang,” katanya ketika berucap pada impunan Guru Muda 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini, semalam.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, salah satu cadangan dipertimbangkan oleh kementerian itu adalah menghantar guru-guru yang baru menamatkan latihan kembali ke negeri asal masing-masing.

“Tolong nasihatkan saya, apa yang harus dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini, kerana setiap tahun antara 10,000 sehingga 20,000 permohonan berpindah diterima, dan ia bukan sahaja untuk balik ke Kelantan, malah orang Johor hendak ke Johor, orang Sabah dan Sarawak bertanya kenapa mereka dihantar ke Semenanjung,” katanya.

Guru yang memohon bertukar sudah sedia maklum, tarikh keputusan 25 Jun 2013  lepas menyaksikan ramai guru yang sudah berkahwin masih lagi gagal dalam permohonan mereka. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi