PBS: Kenyataan Muhyiddin kelirukan rakyat
SHAH ALAM – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyifatkan kenyataan
Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kajian semula
terhadap pelaksanaan sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh itu sekadar cuba meredakan desakan guru.
Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, sistem itu memang sedang dalam proses dibaiki sehingga April.
“Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, beliau menjangkakan PBS dikaji sehingga April sedangkan memang PBS dalam proses dibaiki sehingga April. Jadi apakah mekanisme yang mahu dikaji lagi?
“Saya rasa beliau hanya mahu meredakan desakan guru dan mahu mengalihkan perhatian masyarakat seolah-olah kementerian mengambil serius masalah PBS ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kajian secara menyeluruh akan dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sistem tersebut.
Katanya, antara masalah itu ialah berhubung sambungan sistem capaian dan penggunaan alat merekodkan prestasi pencapaian yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
"Sama ada PBS akan ditangguhkan atau diteruskan, akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang bakal diadakan dalam masa terdekat," katanya.
Nor Izzat juga berpendapat, Muhyiddin cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat dikaji semula.
“Apa guna dikaji lagi jika PBS itu sendiri dibaiki setelah dilaksanakan tiga tahun? Saya rasakan TPM cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat 'dikaji semula'.
“Adakah mahu membuat makmal PBS? Jika itu yang mahu dibuat, di mana 'pilot project' PBS? Sekali gus membuktikan sekolah perintis tidak berfungsi. Malah menjadi persoalan besar, adakah ada hasil kajian sekolah perintis bagi PBS?,” katanya.
Tambahnya, “saya tegaskan bahawa Himpunan 222 Mansuh PBS tetap diteruskan sehingga PBS mansuh dan juga menjadi satu sejarah pendidikan negara kebangkitan suara guru bersama masyarakat.”

Lantang kritik PBS, guru dakwa diarah tukar
SHAH ALAM - Gara-gara lantang mengkritik sistem pendidikan negara, dua
orang guru mendakwa telah diarah bertukar sekolah serta-merta.
Menurut seorang daripada guru berkenaan, tindakan tersebut diambil jabatan pendidikan negeri ekoran penyertaannya dalam kempen Mansuh PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang akan berlangsung esok.
Namun, difahamkan surat arahan pertukaran itu masih belum diterima guru-guru terbabit.
“Surat ini adalah satu tindakan daripada kementerian (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk menggagalkan himpunan esok. Sekali gus membuktikan bahawa mereka menggunakan kuasa mereka untuk menutup atau menghalang apa jua usaha untuk membuka kelemahan mereka.
“Ini salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan kepada guru-guru yang cuba memberitahu kebenaran. Surat tersebut berkuat kuasa 17 Februari 2014 tapi saya masih belum menerima surat berkenaan secara rasmi,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau menolak bahawa tindakan itu akan menyekat penyertaannya dalam himpunan membantah PBS, esok.
“Tindakan ini adalah cubaan untuk menutup mulut saya. Apa jua tindakan yang akan dikenakan ke atas saya, saya terima dengan hati terbuka dan saya akan memberi laluan kepada pihak kementerian untuk membuat apa jua tindakan untuk menutup mulut saya.
“Semangat saya tak pernah luntur kerana saya tahu kalau nak menyatakan kebenaran, ini yang saya perlu terima,” katanya.
Sistem PBS menerima pelbagai desakan dan kritikan sejak tahun lalu ekoran bebanan guru yang semakin bertambah selain kesan sistem itu kepada pelajar-pelajar.
Sementara itu, sistem aplikasi PBS pula sedang ditambah baik dan dijangka siap April ini.

Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok
SHAH ALAM - Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM),
Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat
arahan pertukaran serta-merta secara rasmi, hari ini.
Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui beliau bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit.

"Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini.
"Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan
negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Minggu lalu, Sinar Harian Online melaporkan dua guru sebuah sekolah
mendakwa menerima surat pertukaran serta-merta ekoran menentang sistem
pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Hari ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut.
Katanya arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya.
Sementara, pelaksanaan PBS ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Batalkan tindakan terhadap guru kritik PBS
SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia digesa membatalkan
serta-merta semua tindakan tatatertib terhadap sekumpulan guru yang
mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebelum ini agar
ia selaras dengan keputusan kerajaan menggantung pelaksanaannya.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata tindakan tatatertib tersebut
adalah tidak wajar sambil menyifatkannya sebagai tindakan jahat dan
pengecut untuk menghalang guru-guru membuat kritikan yang munasabah
dalam perkhidmatan pendidikan.
“Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin
Yassin perlu memberi perhatian peribadi beliau untuk memastikan semua
tindakan tatatertib terhadap Nor Izzat dan guru-guru yang mengkritik PBS
dibatalkan serta-merta.
“Pelaksanaan PBS telah menyebabkan guru-guru menjadi seperti kerani
pencatat data, memaksa mereka bangun pada jam 2-3 pagi untuk memasukkan
markah pelajar berikutan masalah jaringan online,” katanya memetik
kenyataan medianya, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan guru-guru yang mengkritik PBS
sepatutnya diberi ruang oleh kementerian terbabit dalam penilaian
terhadap sistem tersebut sebagai usaha penambahbaikan mengubah sistem
pendidikan negara.
Sehubungan itu, Kit Siang mendesak Muhyiddin mengemukakan laporan
lengkap kepada Parlimen berkenaan permasalahan pelaksanaan PBS dalam
sidang Dewan Rakyat, Mac depan.
Minggu lalu, Ketua Jawatankuasa Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM),
Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuat
kuasa pada 17 Februari.
Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut dilaporkan
media telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Khamis lalu.
Katanya, pihak JPN tidak menyatakan sebab utama pertukaran sekolah tersebut berlaku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi