Ahad, 18 Januari 2015

Contoh surat penangguhan lapor diri ke sekolah baru

                                                                                                                                Ruj. Kami              : CBA …….
                                                                                                                                Tarikh                    : 1 Julai 2013

( nama guru )
( alamat rumah )

Melalui dan salinan :

( nama guru besar dan alamat sekolah lama )

( nama guru besar dan alamat sekolah baru )

Tuan,

MEMOHON PENANGGUHAN BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DI ( nama sekolah baru )

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Dengan segala hormatnya, merujuk kepada surat daripada JPN ( negeri baru ) yang bertarikh ………. Dengan No. Rujukan …………… , saya telah diarahkan untuk lapor diri pada 1 Julai 2013.  Walaubagaimanapun, saya tidak dapat lapor diri pada tarikh yang ditetapkan kerana terdapat beberapa hal perpindahan dan tugas yang perlu diselesaikan di sini dahulu sebelum ke sekolah baru.

3.             Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan dan jasa baik pihak tuan untuk memohon penangguhan melapor diri di ( nama sekolah baru ) bagi menyiapkan tugasan sekarang supaya tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.

4.             Untuk makluman pihak tuan, saya akan melapor diri di sekolah tuan pada ( tarikh lapor diri )  setelah urusan di sini selesai.

5.             Bersama dengan surat ini, saya lampirkan surat penempatan pertukaran saya.

6.             Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,



…………………………………….
( nama guru )

3 ulasan:

  1. Rujukan kami : CBA..... nk tanya, CBA tu apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. CBA tu kod sekolah untuk negeri pahang, contoh Sekolah Kebangsaan Paya Luas (CBA7028)

      Padam

Tinggalkan komen jika sudi