Ahad, 8 Februari 2015

Jauhi dengki

Sifat dengki ini sangat mudah bertapak dan menular dalam hati insan yang tidak mahu menerima istilah 'rezeki masing-masing'. Bila hati sudah busuk, sekecil-kecil kelebihan seseorang itu tetap dipertikaikan. Jika bukan dengan lidah, pertikai dengan hati.
Dalam bidang pendidikan ini sendiri, banyak yang tidak puas hati dan dengki berkenaan perkara remeh -:
1. Bilangan waktu mengajar rakan sekerja
2. Tugas rakan sekerja yang dianggap ringan
3.  Relief yang tidak diterima rakan sekerja
4.  Tugas yang tiada pada rakan sekerja
5.  Mata pelajaran rakan sekerja yang dianggap mudah terutamanya sewaktu menanda kertas
6. Membandingkan bilangan pelajar rakan sekerja
7. Masa menanda kertas peperiksaan mata pelajaran rakan sekerja yang lebih singkat
8. Kelas yang diajar rakan sekerja kelas pandai
9. Kemudahan cuti yang diberikan kepada rakan sekerja
10. Keceriaan kelas rakan sekerja

Ikhlaskan hati. Bekerja kerana ALLAH. Bekerjalah dengan ikhlas tanpa ada rasa busuk hati sesama kawan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi