Ahad, 8 Februari 2015

PROGRAM LATIHAN & PENTERJEMAHAN TEKNIKAL UNTUK GURU KPM 2015

Program Latihan & Penterjemahan Teknikal untuk Guru KPM 2015 akan dijalankan dalam empat sesi. Sesi latihan akan berlangsung pada hujung minggu  (Khamis hingga Ahad). Tarikh tutup permohonan pada 27 FEBRUARI 2015.
Guru akan mempelajari:
·         ASAS DAN TEORI PENTERJEMAHAN
·         SINTAKSIS DAN SEMANTIK DALAM TERJEMAHAN
·         KAEDAH DAN PROSEDUR TERJEMAHAN
·         LARAS DAN PERISTILAHAN
·         BAHASA MELAYU DALAM TERJEMAHAN
·         PENTERJEMAHAN SAINS & TEKNOLOGI
·         PENYUNTINGAN TERJEMAHAN

Yuran kursus, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan ITBM. Guru hanya perlu membiayai sendiri kos perjalanan ke tempat kursus di Kuala Lumpur pada tarikh-tarikh berikut:
02, 03, 04 dan 05 April 2015 (Kursus Penterjemahan Siri I)
09, 10, 11 dan 12 April 2015 (Kursus Penterjemahan Siri II)
07, 08, 09 dan 10 Mei 2015 (Bengkel Terjemahan)
10, 11, 12 dan 13 September 2015 (Bengkel Penyuntingan Terjemahan)

Muat turun dahulu borang permohonan dan hantarkan borang yang lengkap dan bahan penilaian Program Latihan & Penterjemahan Teknikal untuk Guru KPM 2015 (pilih satu sahaja) ke mbkmmoe@gmail.com sebelum 27 Februari 2015.

Kriteria Pemilihan Peserta:
·         Fasih bahasa Melayu dan Inggeris.
·         Latar belakang pendidikan (sains tulen, sains gunaan, seni visual & grafik, teknikal, vokasional, atau bidang berkaitan sains & teknologi).
·         Guru yang mempunyai pengalaman menterjemah teks atau karya sains dan teknikal digalakkan memohon.

Peserta yang terpilih akan dihubungi melalui e-mel selepas 13 MAC 2015.
Terima kasih.

Muat Turun
AQA Textiles Technologies 1
AQA Textiles Technologies 2
Automatives Air Conditioning 1
Automatives Air Conditioning 2
Electrical Principles 1
Electrical Principles 2
Food Technology 1
Food Technology 2
Graphic Product 1
Graphic Product 2
Introducing Technology 1
Introducing Technology 2
Plastering 1
Plastering 2
Product and Design 1
Product and Design 2
Resistant Material 1
Resistant Material 2
Textiles Technologies 1
Textiles Technologies 2
Visual Communications Design 1
Visual Communications Design 2
Borang Permohonan Penterjemah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi