Label
- Doa (3)
- download (32)
- E Prestasi (6)
- FROG VLE (1)
- guru kelas (14)
- guru mp (18)
- ISU (46)
- kerjakursus induksi (4)
- lawak (4)
- Lembar Bahasa (1)
- MAKLUMAN (4)
- Matematik (16)
- PAJSK (2)
- PBS (34)
- PBS Math (27)
- PELUANG KERJAYA (14)
- pertukaran guru (20)
- sepatah 2 kata (27)
- TIPS (1)
Tinggalkan pesanan anda di sini!
Ahad, 24 Februari 2013
Selasa, 19 Februari 2013
Muatturun Dokumen Standard Prestasi versi penambaikkan
Dimaklumkan bahawa guru-guru boleh memuat turun Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi Tahun 3 dan Tingkatan 2 untuk Tahun 2013.
Berikut adalah DSP bagi mata pelajaran yang telah ditambahbaik:
SENARAI MATA PELAJARAN KBSM TINGKATAN 1
1. Bahasa Cina
2. Bahasa Iban
3. Pendidikan Islam
4. Pendidikan Moral
5. Pendidikan Muzik
SENARAI MATA PELAJARAN KSSR TAHUN 1
1. Bahasa Iban
2. Pendidikan Moral
3. Dunia Seni Visual
4. Dunia Muzik
5. Pendidikan Kesihatan
SENARAI MATA PELAJARAN KSSR TAHUN 2
1. Pendidikan Moral
2. Dunia Seni Visual
3. Dunia Muzik
4. Pendidikan Kesihatan
Dowloand DSP di sini

Jumaat, 1 Februari 2013
Download | Senarai nama peminjam tegar KPM.
Terdapat 275 orang guru-guru yang telah disenaraikan. Cuba cek kut-kut ada nama kita lak. hehe.
Klik di sini untuk download
Klik di sini untuk download
Cara efektif menjalankan PBS Matematik
Salam kepada semua warga guru-guru.
Shaz ingin bertanya guru-guru yang sedang menjalankan PBS tentang cara yang tidak membebankan kita sebagai guru dan tidak membebankan pelajar.
Tahun ini, kami rakan-rakan guru tingkatan 1 telah menukar sedikit cara pelaksanaan PBS. Tahun 2012, 100% soalan PBS kami cetak dan diperbanyakkan. Kemudian soalan-soalan tersebut dikepil mengikut bab. Ada guru yang beri soalan setelah selesai mengajar keseluruhan bab, ada guru yang beri soalan setelah selesai mengajar setiap topik.
Macamana pun kaedah, akhir tahun lepas kami ibarat makan kertas PBS, tidur kertas PBS, mimpi pun kertas PBS kerana terlalu banyak kertas PBS yang perlu disemak dan difailkan. Lebih-lebih lagi, almari penyimpanan fail PBS TERLEWAT disediakan atas sebab-sebab tertentu.
Tahun 2013 pula, setelah rakan-rakan guru terlibat dengan kursus PBS tingkatan 2, kami dimaklumkan ada penambakbaikan dan kelonggaran berbanding PBS tingkatan 1. Jadi cara terbaru kami pula begini -:
Dalam istilah terkawal itu, penggunaan buku latihan ada juga kekangan iaitu -:
Evidens terbaik dan terkini yang dimaksudkan adalah yang terbaik bagi setiap deskriptor. Contohnya dalam bab 2 tingkatan 1
B2D2E1 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E2 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E3 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E4 (evidens terbaik dan terkini. kerana E4. Evidens ini dibuat selaras bagi semua kelas)
Kepada guru-guru yang ada cara yang lagi bagus atau apa-apa cadang sila tinggalkan komen yer. Harap perkongsian ini dapat meringankan tugas kita semua.

- Eviden terbaik dan terkini, kami siap-siap perbanyakkan mengikut bab. Semuanya hantar kedai kerana pihak sekolah tidak izinkan kami guna kertas dan mesin sekolah. Kos hantar kedai ditanggung sepenuhnya oleh setiap panitia. Bermakna soalan-soalan adalah selaras bagi semua kelas.
- Eviden lain, kami minta pelajar sediakan satu buku latihan khas untuk PBS yang dinamakan buku 3. Setiap kali menjalankan PBS, pelajar perlu salin KOD evidens, tulis tarikh dan juga salin soalan. Buku tersebut disimpan oleh pelajar sendiri. Soalan tidak selaras dan bergantung kepada 'citarasa' guru yang mengajar kelas terbabit.
Dalam istilah terkawal itu, penggunaan buku latihan ada juga kekangan iaitu -:
- pelajar tidak siapkan PBS -Apabila buku dikutip untuk diperiksa di dapati mereka buat sekadar ala kadar je. Soalan tidak salin ataupun hanya buat 1 @ 2 soalan je. Kesimpulannya memang tidak lengkap. Itu masalah yang dialami di kelas 1A iaitu kelas pertengahan.
- Pelajar tertukar buku- Matematik perlu ada 3 buku iaitu buku 1, 2 dan 3. Walaupun dah dinyatakan buku 3 untuk PBS tetapi ada juga yang tidak faham @ buat-buat tidak faham. Mereka campuraduk latihan-latihan. Jika tertukar buku 1 dan 2 boleh lagi, tapi buku 3. Kononnya kami guru-guru inginkan sistem yang sistematik... tapi bila pelajar buat campuraduk, hilang sudah sistematik tu.
- Buku hilang- Belum terjadi lagi tetapi itulah yang tak mahu berlaku sebab kes buku hilang bukan je kelas hujung yang buat, kelas pandai pun ada yang hilang buku. Walaupun dikatakan evidens yang siap ditanda boleh dipulangkan kepada pelajar selepas ditandakan online tetapi evidens dalam buku itu la saja bukti yang ada. Jika buku hilang, mungkin Shaz terpaksa meminta pelajar salin semula semua PBS yang telah dibuat.
- Lupa bawa buku- Sudah berlaku di kelas 1A pelajar lupa bawa buku 3 pada hari PBS dijalankan. Minta dia salin di kertas dengan syarat balik salin di rumah. TAPI hampeh, kertas hilang. Dalam buku tak ada salin pun.
Evidens terbaik dan terkini yang dimaksudkan adalah yang terbaik bagi setiap deskriptor. Contohnya dalam bab 2 tingkatan 1
B2D2E1 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E2 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E3 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E4 (evidens terbaik dan terkini. kerana E4. Evidens ini dibuat selaras bagi semua kelas)
Kepada guru-guru yang ada cara yang lagi bagus atau apa-apa cadang sila tinggalkan komen yer. Harap perkongsian ini dapat meringankan tugas kita semua.
Guru maut selepas keretanya bertembung pacuan empat roda Read more: http://www.theborneopost.com/2013/01/12/guru-maut-selepas-keretanya-bertembung-pacuan-empat-roda
SARIKEI: Seorang guru wanita yang mengajar di
Sekolah Kebangsaan (SK) Jawa, Kerubong Selalang maut dalam satu
kemalangan apabila kereta Kancil yang dipandu olehnya bertembung dengan
sebuah kereta pacuan empat roda.
Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi semalam, di Jalan Pan Borneo iaitu kira-kira 19 kilometer dari pusat bandar Sarikei.
Sewaktu kejadian, guru terbabit, Norrozyana Nordin, 34, dalam perjalanan dari arah Sarikei menuju ke sekolah tempatnya berkhidmat manakala kereta pacuan empat roda terbabit pula dari arah Saratok menuju ke Sibu.
Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Poniman Margiman ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.
“Berdasarkan laporan awal yang diterima daripada pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit, kejadian itu berlaku akibat kenderaan yang dipandunya bersama seorang penumpang hilang kawalan.
“Menurut laporan mereka, kenderaan mereka telah hilang kawalan disebabkan salah satu tayarnya pancit.
“Akibat kemalangan tersebut, guru terbabit yang mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian penting badan telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta pacuan empat roda itu pula hanya mengalami cedera ringan,” jelas Poniman.
Sementara itu, jurucakap Pejabat Pelajaran Daerah Sarikei yang dihubungi semalam mengesahkan bahawa Norrozyana adalah seorang guru yang bertugas di SK Jawa.
“Cikgu Norrozyana adalah seorang guru yang berasal dari Perak dan telah bertugas di negeri ini sejak 2009,” katanya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Harun Jenai yang ditemui di lokasi kejadian berkata pihak bomba menerima panggilan tentang kemalangan tersebut pada jam 7.11 pagi.
“Kesan rempuhan akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa tersepit teruk dalam kenderaan yang dipandunya dan keadaan itu memaksa pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei yang terdiri daripada 10 orang anggota mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa,” kata Harun.

notakaki : itu adalah kisah sedih yang cuma diberitakan dalam Borneo post dan cerita yang disampaikan juga tidak lengkap. kemalangan tersebut berlaku pada 19Januari 2013 dan guru tersebut sebenarnya sedang mengandung. Suami dan anak arwah berada di semenanjung dan permohonan pertukaran guru tersebut sejak 2009 tidak diluluskan.
Doktor Didakwa Keluar Kata-Kata Kesat Terhadap Pengetua Sekolah
PETALING JAYA: Seorang doktor mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengeluarkan
kata-kata kesat terhadap seorang pengetua sekolah di Subang Jaya.
Raymond Abd Rahman Abdullah, 44, didakwa melakukan perbuatan itu dengan tujuan mengaibkan Lee Huat, 56, di bilik pejabat mangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, SS14, Jalan SS14/6, Subang Jaya, pada 2.15 petang, 4 Julai tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah sama, Raymond dan isterinya, Marinah Hashim, 39, didakwa mengeluarkan kata-kata tidak senonoh di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Subang Jaya pada 8 pagi, 16 Januari lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM500, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Nazri Omran membenarkan Raymond diikat jamin RM4,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan RM2,000 bagi Marinah sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin yang sama, serta menetapkan 13 Mac untuk tarikh sebutan. BERNAMA
notakaki : mungkin inilah kes yang pernah diceritakan oleh kawan Shaz. Ibubapa serang sekolah kerana anaknya turun kelas awal tahun ni. Tapi last-last ibubapa yang didapati bersalah kerana menyerang. Gamaknyalah.

Langgan:
Catatan (Atom)