Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Memaparkan catatan dengan label guru kelas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru kelas. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Februari 2017

Hiasan kelas terbaikkk | Sumber Hanif Azahar

Teruja admin tengok perkongsian di group FB teacher collection kiriman Hanif Azahar.

Beliau merupakan seorang guru kelas di SK Tengku Mariam, Johor.

Jom nikmati pemandangan kelas beliau yang dihias dengan macam-macam bahan.

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.  Image may contain: indoor


No automatic alt text available.
siap ada twitter !


No automatic alt text available.
IG pun ada. Menurut Cikgu Hanif, beliau menunggu pelajar menampal gambar masing-masing minggu depan.


No automatic alt text available. Image may contain: food Image may contain: food  Image may contain: food
Kad traffic light yang sedang HOT digunakan dalam PdPc guru-guru kreatif.


No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person  No automatic alt text available.



No automatic alt text available.    Image may contain: indoor

Guru-guru yang inginkan bahan-bahan seperti dalam gambar di atas, bolehlah hubungi Cikgu Hanif. Beliau sedia untuk berkongsi dengan semua. Link FB telah disertakan di atas sana.

Ahad, 20 April 2014

Perdana Menteri Turki hadir sebagai penjaga pelajar yatim piatu

Seorang pelajar yang juga anak yatim meminta gurunya untuk menjemput Perdana Menteri Turki, Erdogan agar hadir dalam majlis pertemuan ibu bapa dan guru di sekolahnya sebagai wakil ibu bapanya ( yang telah meninggal)

Guru pelajar terbabit bertindak mengirimkan surat jemputan kepada Erdogan tetapi memberitahu pelajar itu agar tidak kecewa jika Erdogan tidak boleh hadir..
Apakah yang berlaku ketika majlis tersebut berlangsung?



Erdogan hadir dan mengatakan "Aku adalah penjaga pelajar ini dan aku datang untuk menhadiri majlis ini sebagaimana ibu bapa yang lain"

Ahad, 9 Februari 2014

Import data pelajar ke dalam SPS dari APDM

Dalam SPS terlalu banyak data pelajar yang perlu dimasukkan oleh guru kelas. Ada data tersebut sebenarnya telah pun diisi dalam SMM dan APDM.

Kaedah tersebut Shaz temui dalam satu blog guru yang sangat mahir SPS dan FROG


KLIK  link di bawah ini
http://www.teknologihijau.net/index.php/blog/manual-sps/38-import-data

Khamis, 4 April 2013

Oh APDM lagi!



Semalam, Shaz beria-ia bercerita panjang tentang APDM dan dengan yakin Shaz nyatakan sudah siap 95%

Hari ini, sekali lagi, guru kelas diedarkan dengan maklumat pendapatan ibubapa dan diminta menyiapkan pendapatan ibubapa. Kelas Shaz di dapati ada satu maklumat ibu yang Shaz perlu betulkan.

Rupanya mengenai 'tiada data pendapatan'

Shaz ada seorang pelajar yang ibubapanya bercerai. Dia dijaga oleh bapanya sahaja dan ibunya pula menghilangkan diri. Jadi, pada ruangan ibu/penjaga kedua Shaz tick pada tiada data pendapatan kerana tiada maklumat mengenai ibu pelajar tersebut.



Rupanya SALAH. Jika tick pada tiada data pendapatan, guru kelas dianggap belum menyiapkan APDM dan perlu taip RM 0 seperti gambar di bawah. Barulah dikira siap.


Samakah RM 0 dengan tiada data pendapatan? Tentulah tidak sama. Pendapatan ibu pelajar tersebut memang tidak diketahui dan bukannya diketahui RM0.

RM 0 sesuai untuk ibu yang tidak bekerja dan hanya sebagai surirumah tangga sahaja. 

Jika tick pada 'tiada data pendapatan' dikira sebagai tidak siapkan APDM, jadi apa gunanya pihak admin APDM mewujudkan ruang tersebut?

Pelikkan?

Bila sudah nyawa-nyawa ikan dengan tarikh akhir data pelajar diperlukan barulah SU nak bagitau guru-guru kelas tentang apa yang perlu ditanda dan apa yang tak boleh ditanda. Orang yang bijak IT pun akan tersalah tanda apatah lagi kami ni yang cuma menurut perintah.

sistem dah betul, tapi kita yang melaksanakan menjadikan sistem itu payah bebenor.

Harap-harap APDM ni tiada bermasalah lagi. Tunggu cuma untuk isi tarikh kemasukkan semasa yang asyik hilang. Sekarang, nak tanda band di SPPBS pula.

Masih belum lengkap APDM !!!

 

Guru sebenarnya diarahkan untuk menyiapkan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ini bermula awal tahun 2013 lagi dengan tarikh akhir pertama (ibarat kata last warning pertama) adalah pada 15 Januari 2013. Shaz rujuk beberapa blog dan di dapati ada guru telah update mengenai APDM ini pada tarikh 1 Januari 2013.

Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM) merupakan satu pangkalan data utama bagi data murid. Ia mengambil kira profil murid dan juga penjaga. 

Mulai 1 Januari 2013, Murid-murid tahun 1 dan tingkatan 1 yang telah mendaftar menggunakan edaftar rendah dan edaftar menengah APDM hanya perlu dikemaskini kelas oleh Administrator APDM sekolah. Guru kelas hanya perlu mendaftar murid baru yang tiada dalam senarai. 

Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 15 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid.
Mungkin oleh kerana data murid sangat-sangat tidak lengkap di seluruh negara dan semua negeri di Malaysia ini, maka tarikh APDM kedua dikeluarkan pada 24 Januari 2013 (ibarat kata last warning kedua). Ada juga sekolah yang mempercepatkan tarikh last warning kedua kepada 23 Januari 2013. 

Bila Shaz dan rakan guru dimaklumkan untuk mengisi APDM? Kami dimaklumkan perlu mengisi APDM pada 22 Januari 2013 di kala orang lain dan sekolah lain mungkin sudah siap 80%. Kami pula baru nak bermula dari 0%. Jadi, Shaz dan rakan-rakan pulun habis-habis sampai ke pukul 3-4 pagi untuk melengkapkan APDM dan kami dapati tarikh akhir kemaskini (last warning ketiga) adalah pada 25 Januari sebenarnya.
Enrolmen dan maklumat murid bagi sesi persekolahan 2013 perlu dikemaskini sebelum 25 Januari 2013 untuk keperluan pentaksiran (SAPS, SPPBS dan pendaftaran UPSR) dan bantuan murid melalui laman http://sekolahmalaysia.com/.
Alhamdulillah, Shaz dapat siap kemaskini dan mengisi maklumat pelajar kelas Shaz pada 24 April 2013 tetapi dengan peratus siap dalam 95%, bukan 100%.

Kemudian, 1 April 2013 Shaz dan rakan-rakan lain diberi satu notis untuk melengkapkan maklumat ibubapa terutamanya bahagian tanggungan dan pendapatan sebelum 5 April 2013. Menurut pihak sekolah, hanya 2 kelas sahaja yang lengkap 100% APDM manakala kelas yang lain tidak!

Apabila Shaz masuk ke sistem APDM di dapati tarikh akhir (last warning ke empat) adalah pada 1 April 2013 tetapi hingga saat Shaz mengadap blog ini, data masih lagi boleh diisi.
 Mohon pengemaskinian maklumat ibu/bapa/penjaga untuk permohonan Bantuan/Biasiswa (sila beri keutamaan kepada permohonan baru) sebelum 1 April 2013.http://sekolahmalaysia.com/.

Terus terang Shaz katakan, selepas mengisi data pada 24 Januari 2013, Shaz terus tutup cerita APDM kerana ingin menumpukan kepada tugasan yang lain dan apa yang Shaz ingat, pada tarikh tersebut, muka APDM adalah seperti di bawah ini dengan info murid, info bapa/ penjaga pertama dan info ibu/penjaga kedua



*gambar di atas diambil dari Manual APDM.

Baca manual di sini  

Malam 1 April, Shaz masuk ke sistem APDM dan di dapati ada perubahan menu seperti di bawah -: murid, bapa,ibu,bapa/penjagautama,ibu/penjagakedua. Penambaikbaikkan yang dilakukan oleh pihak APDM memang sangat bagus. Ini kerana semasa Shaz mengisi maklumat pada Januari, Shaz terfikir beberapa masalah jika ada kes ibubapa yang bercerai, yang meninggal dan juga yang menghilangkan diri.
 

 Menu tambahan iaitu Bapa dan Ibu (maklumat mengikut Rekod JPN)  memerlukan guru kelas mengemaskini status ibu dan bapa pelajar seperti gambar di bawah. Jadi, memang wajar menu ini diperkenalkan.



Namun, masalahnya guru kelas tidak diberitahu mengenai tambahan menu ini dari awal. Semua ibu dan bapa pelajar kelas Shaz belum dikemaskini status masing-masing pada 1 April lepas dan malam ini, barulah Shaz siapkan semua status ibubapa. Mungkin itulah yang dimaksudkan pentadbir bahawa Shaz belum lengkapkan APDM.

95% siap. Masih ada lagi yang belum siap. Kenapa? Shaz tidak dapat kemaskini maklumat murid pada tarikh kemasukan sekolah semasa. Klik tarikh dan klik kemaskini tetapi tidak dapat disimpan untuk beberapa orang pelajar. Jika berterusan begini, maknalah ruang di situ terus tidak lengkap sampai hujung tahun.



Tiada kredit untuk menelefon bertanyakan admin APDM. Admin tolong telefon Shaz  boleh ke?

Ops sebelum terlupa, penambaikan APDM yang lain adalah dengan menghantar makluman APDM melalui nombor telefon bimbit guru dan juga emel. Shaz mengisi kedua-dua ruang tersebut untuk mendapatkan makluman terbaru APDM dan juga bagi mengelakkan diri ini terasa seperti berada di sebuah sekolah di pendalaman Kinabatangan Sabah yang tiada apa-apa kemudahan komunikasi hinggakan sentiasa tertinggal info penting dan berguna mengenai APDM.

Isnin, 7 Januari 2013

SMM | Warganegara dan keturunan


Dulu, sepanjang Shaz mengajar di Sabah isu warganegara dan keturunan pelajar memang menjadi satu perkara yang sangat perlu difokuskan oleh guru-guru terutamanya guru kelas dan juga setiausaha peperiksaan PMR dan SPM. Apa yang perlu sebenarnya, kita sebagai guru mesti memberikan maklumat yang betul berdasarkan fakta dan bukti yang ada. Namun, tidak dinafikan terutamanya kepada setiausaha peperiksaan kadang-kadang menggunakan istilah 'kasihan' mendaftarkan pelajar jadi warganegara dan keturunan pelajar ditukarkan jadi MELAYU. Walhal Melayu itu adalah satu pilihan yang guru perlu buat berdasarkan maklumat ibubapa dan juga keturunan ibubapa. Jika pelajar keturunan Sungai, tidak mungkin pelajar akan jadi pelajar MELAYU walaupun mereka 100% seperti Melayu.

Di Kuala Lumpur pula, setelah 2 tahun jadi guru kelas aliran jenis Cina, bagi Shaz tiada masalah memilih kaum pelajar kerana terang-terangan mereka adalah keturunan Cina. Orang Indonesia tidak boleh mengaku mereka keturunan Cina. Betul tak? Tetapi yang menjadi masalah, orang Indonesia mengaku mereka keturunan Melayu. Itu adalah salah!

Untuk tingkatan 1, pelajar diedarkan dengan satu borang maklumat yang meminta pelajar mengisi maklumat diri dan ibubapa. Selain itu, pelajar juga perlu mengisi borang SMM. Beberapa kes yang Shaz jumpa (sebab tahun ni Shaz pegang aliran kebangsaan), pelajar TERSILAP menulis keturunan masing-masing. Shaz tak salahkan pelajar. Lahir di negara ini, membesar di negara ini, bergaul dengan orang Melayu, mungkin mereka pun fikir mereka Melayu. Memang, kita satu nusantara adalah Melayu tetapi Melayu Malaysia tidak sama dengan Melayu Indonesia. Kita, Melayu Malaysia adalah keistimewaan dan kelebihan di negara kita berbanding dengan mereka.

Kebanyakkan kes, pelajar menulis keturunan mereka sebagai Melayu, dia warganegara dan mempunyai kad pengenalan. Jika guru kelas terlepas pandang maka diikutilah satu-satu maklumat yang diberikan. Sedangkan kedua-dua ibubapanya mempunyai taraf penduduk tetap. Ada juga ibubapa yang bukan warganegara tetapi anaknya warganegara. Jadi, kita perlu sangat berhati-hati. Keturunan mereka adalah lain-lain dan bukan melayu. Mereka boleh mendapat status warganegara tetapi tidak status melayu.

Begitu juga dengan pelajar kaum India. Di sijil lahir tertulis keturunan ibubapa adalah Sinhalase, rupa seperti orang India dan warganegara. Tetapi, tidak seperti Punjabi yang boleh dikategorikan sebagai India, keturunan Sinhalase perlu dikategorikan sebagai lain-lain.

Shaz membuka cadangan dan pandangan dari guru-guru lain jika pendapat Shaz ini adalah ataupun ada guru yang ini membuat penambaikkan kerana banyak perkara juga yang Shaz kurang pasti. Kadang-kadang jika kita bertanya pada rakan-rakan, kebanyakkan tak berani memberi jawapan tepat. Masing-masing memberi jawapan selamat iaitu 'tak pasti'.

Bersama ini disertakan nombor Jabatan Pendaftaran Negara jika guru adalah masalah sangat kritikal mengenai status warganegara dan keturunan pelajar.

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my

Rabu, 28 Mac 2012

Tugasan bulan Mac

Tak sempat nak update blog sebelum cuti sekolah 10/3 - 18/3 yang lepas.

Gara-gara sakit gigi punya pasal, sampaikan kena MC selama 2 hari bermula 29 Februari dan 1 Mac.

Kemudian, 2 Mac (Jumaat)  mula sibuk dengan Ujian Selaras 1 sehingga 6 Mac ( Selasa).

Rabu dan Khamis pula, Shaz dan guru PJPK yang lain pula mula sibuk mengukur berat dan tinggi pelajar untuk program pengurusan berat badan pelajar. 

Bila ujian, macam biasa cikgu-cikgu sibuk menanda kertas ujian masing-masing. Alhamdulillah, Shaz sempat siapkan sebelum cuti sekolah.

Masuk sekolah kembali 19 Mac, sibuk pula mengisi markah ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS).
Shaz dapati TOV beberapa pelajar tiada dalam sistem tersebut, kena key in sendiri manakala untuk ETR sekolah menetapkan tambahan markah 15. Sedikit masalah timbul apabila, markah yang telah dimasukkan menjadi 'kacaubilau' apabila ada pertambahan nama pelajar dari Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Jadi, terpaksa key in semula markah yang sebenar.

Hari ini, SAPS sudah siap 100% tetapi APDM masih belum siap kerana dari semalam cuba buat tetapi keluar notis ini di web APDM.

Sehingga hari Selasa petang tetapi hari ini Rabu pagi masih belum boleh beroperasi. Sebelum ini, Shaz dapat memang terdapat ralat dalam sistem APDM. Apabila Shaz masukkan nombor kad pengenalan bapa pelajar hanya nama yang keluar iaitu Angkili Anak Budong, kaum Iban dan tinggal di Sarawak. Pada mulanya Shaz ingatkan Shaz yang silap nombor kad pengenalan tetapi apabila cuba nombor kad pengenalan bapa pelajar yang lain pun sama juga masalahnya. Jadi Shaz edit semula satu per satu maklumat bapa dan hingga hari ini masih belum siap.

Nasib baik dilanjutkan sehingga 15 Mei

Sabtu, 18 Februari 2012

Maklumat yang perlu diisi dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (PDM)

Sebenarnya, yang penat sedikit guru tingkatan 1 kerana PDM kosong dan guru perlu mengisi satu per satu maklumat murid, maklumat, bapa dan maklumat ibu.

Rumusan yang Shaz dapat adalah

A) Maklumat murid yang perlu diisi adalah -: 
  1. No. Sijil Lahir : sila isi tanpa jarak (contoh : A1231231) 
  2. No. Daftar : sila isi berdasarkan nombor pendaftaran di sekolah 
  3. Nama : sila isi mengikut MyKid / kad pengenalan atau sijil lahir 
  4. Tarikh lahir : sila taip tarikh lahir dalam format dd/MM/yyyy
  5. Jantina : sila pilih jantina murid
  6. Kaum : sila pilih kaum murid Agama : sila pilih agama murid 
  7. Warganegara : sila pilih warganegara murid 
  8.  Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi selain daripada warganegara
  9. Alamat : sila nyatakan alamat rumah 
  10.  Poskod : sila nyatakan poskod alamat rumah 
  11.  Negeri : sila pilih negeri alamat rumah
  12.  OKU : sila pilih Ya atau Tidak 
Tarikh akhir hantar adalah pada 24 Februari 2012

B) Maklumat Bapa adalah 
  1. Nama Bapa / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  3. Status Bapa / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
  4. Kaum : sila pilih kaum bapa / penjaga utama
  5. Agama : sila pilih agama bapa / penjaga utama
  6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara bapa / penjaga utama
  7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
  8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
  9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
  10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan bapa / penjaga utama
  11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
  12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
  13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
  14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
  15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji bapa / penjaga utama
  16. Tanggungan : sila nyatakan tanggungan isi rumah tidak termasuk anak yang telah bekerja
  • Hanya boleh mula isi  pada 26 Februari 2012 
  • Tarikh akhir hantar adalah pada 20 Mac 2012 

C) Maklumat ibu adalah 
  1. Nama Ibu / Penjaga : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  2. No. Kad Pengenalan : sila isi berdasarkan kad pengenalan
  3. Status Ibu / Penjaga : sila pilih hubungan dengan murid
  4. Kaum : sila pilih kaum ibu / penjaga kedua
  5. Agama : sila pilih agama ibu / penjaga kedua
  6. Status Kewarganegaraan : sila pilih warganegara ibu / penjaga kedua
  7. Negara Asal : sila nyatakan negara asal bagi status selain daripada warganegara
  8. No. Telefon (HP) : nombor telefon bimbit
  9. No. Telefon Rumah : sila nyatakan jika ada
  10. Pekerjaan : sila pilih pekerjaan ibu / penjaga kedua
  11. Nama Majikan : sila nyatakan nama majikan
  12. Alamat Majikan : sila nyatakan alamat tempat kerja
  13. Poskod : sila nyatakan poskod alamat tempat kerja
  14. Negeri : sila pilih negeri alamat tempat kerja
  15. Pendapatan Sebulan (RM) : sila nyatakan gaji ibu / penjaga kedua
  16. No. Telefon Pejabat : sila nyatakan nombor telefon pejabat
  • Hanya boleh mula isi  pada 26 Februari 2012 
  • Tarikh akhir hantar adalah pada 20 Mac 2012 

 Tugas mengisi ini adalah bagi guru kelas tingkatan 1 dan sekolah rendah (tak pasti) tetapi bagi guru kelas tingkatan 2 hingga 6, tugas mereka hanya mengemaskini maklumat sahaja kerana maklumat tersebut telah diisi.

Isu Aplikasi Pangkalan Data Murid (PDM)

Uiks, baru habis dengan Sistem Maklumat Murid, datang pula kerja baru iaitu Pangkalan Data Murid.
Pagi tadi, belum sempat guru data beri taklimat guru-guru di belakang dah bising dan marah-marah sebab kena buat kerja dua kali kononnya. Dah ada SMM buat apa lagi PDM? soal mereka la.

Di facebook pula, ada guru-guru menyalahkan guru data kerana malas nak mengisi PDM dan serahkan kepada guru  kelas. Ada ke patut macam?

Pendapat Shaz senang je -: Kalau cikgu rasa, cikgu tak mahu dan tak mampu menjalankan tugas sebagai guru yang banyak dan berat ini, jadi cepat-cepatlah letak jawatan. Jangan anggap tugas guru ini hanya ke sekolah dan mengajar sahaja. Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu kita pegang dan buat. Ini, mengapa pula disalahkan orang itu dan orang ini dengan pelbagai alasan sedangkan yang sebenarnya betapa malasnya cikgu nak menjalankan tanggungjawab.

Well, Shaz dah siapkan PDM. Hanya guna masa dalam 3 jam untuk update semua maklumat pelajar

Jumaat, 10 Februari 2012

Kerja minggu lepas dan minggu ini

Baru naik cuti sambutan Maulidurrasul dan juga perayaan Thaipusam. Cuti-cuti pun, Shaz sibuk menanda buku-buku latihan pelajar. Pengetua pula seminggu dua suka mengambil buku pelajar tanpa pengetahuan guru. Dia ambil, periksa buku dan sreahkan buku tersebut kepada guru-guru. Barulah guru bising dan kelamkabut.


Semalam dan hari ni pula, Shaz sibuk mengisi maklumat pelajar dalam buku kemasukan pelajar (buku besar macam kitab tu). Apa yang diisi tu sama je dengan apa yang diisi dalam BRK murid. Ambil masa dua hari nak siapkan, sebab bendanya banyak nak diisi.

esok pula sekolahh ganti untuk cuti tahun baru cina.  Malam ni tanda buku pelajar. Matematik memang sedikit susah nak ditanda.

Khamis, 2 Februari 2012

Pengiraan menutup Buku Rekod Kedatangan Pelajar setiap bulan

Shaz sertakan di sini contoh pengiraan hitung panjang kedatangan, peratus kedatangan, hitung panjang bilangan murid, jumlh murid dalam daftar dan jumlah murid yang masuk. 

Rabu, 1 Februari 2012

Buku Jadual Kedatangan (BJK) | Tugas guru kelas

Contoh BJK JPWPKL

Di sekolah Shaz, Jumaat ini, 3 Februari semua guru kelas dikehendaki menghantar BJK kelas masing-masing  
untuk disemak. Masa melengkapkan semua maklumat dalam BJK diberikan lebih kurang 1 bulan. Kalau ada guru kelas yang belum siap lagi tu alamatnya memang tak patutlah. Itu bukan sebab tak cukup masa tapi sebab MALAS! 

Apa maklumat yang perlu diisikan dalam BJK? Bukan sikit maklumat yang kena isi, naik lenguh juga tangan nak siapkan. Antaranya 
  1. Analisis kedatangan setahun - guru kelas kena isi setiap bulan dari Januari hingga November.  Dalam analisis ini guru kelas perlu mengira jumlah murid, hitung panjang kedatangan dan peratus kedatangan. 
  2. Penyata bulanan mengikut bangsa. Juga diisi setiap bulan. Guru perlu memastikan bangsa murid samaada melayu, cina, india, lain-lain atau warga asing mengikut jantina. Guru perlu turunkan tandatangan di akhir ruangan setiap bulan.
  3. Penyata bulanan mengikut agama diisi setiap bulan. GK perlu pastikan agama murid Islam, Budha, Hindu, Kristian atau agama lain mengikut jantina. GK juga perlu tandatangan.
  4. Rekod bayaran khas. Antaranya senarai nama pelajar dan rekod bayaran beserta nombor resit. Namun di sekolah Shaz, bayaran khas belum lagi dikutip. 
  5. Jadual kedatangan harian yang perlu ditulis nama pelajar, jantina beserta nombor pendaftaran. Di akhir bulan GK akan membuat statistik bilangan hari belajar bulan lepas, bilangan hari belajar bulan ini, jumlah hari belajar hujung bulan, hitung panjang kedatang, peratus kedatangan, hitung panjang bilangan murid, jumlah murid dalam daftar hujung bulan lepas, jumlah murid yang masuk, jumlah murid yang keluar, bdan jumlah murid murid dalam daftar hujung bulan lepas. Juga GK perlu turunkan tandatangan.
  6. Maklumat peribadi pelajar yang terdiri dari senarai nama pelajar, nombor pendaftaran pelajar, jantina pelajar, bangsa, tarikh lahir, nombor sijil lahir, negeri tempat lahir, umur pada 1 jan, tarikh masuk sekolah, nombor kad pengenalan, biasiswa, bilangan kuasa biasiswa, agama, dan nama sekolah akhir. Kerja ini sedikit makan masa terutamanya jika bilangan pelajar ramai.
  7. Maklumat peribadi ibubapa pelajar pula perlu diisi nama pelajar, nama ibubapa, pekerjaan ibubapa, nombor telefon pejabat, nombor telefon rumah dan alamat penuh rumah. Jika pelajar tukar sekolah atau berhenti GK perlu tulis tarikh pelajar tinggalkan kelas, sebab tinggalkan kelas dan nombor sijil berhenti sekolah. 
  8. Kegiatan Kokurikulum pelajar pula perlu diisi dengan nama pelajar, rumah sukan, permainan, kelab, persatuan dan badan beruniform. Jika pelajar ada jawatan, GK perlu menulis jawatan yang disandang oleh pelajar-pelajar tersebut. Juga jika pelajar ada tugas khas, GK perlu tulis di ruangan disediakan.
  9. Penyataan ketidakhadiran dan ponteng pula perlu diisi setiap bulan selepas GK menutup BJK. Yang perlu diisi adalah ramai murid dalam daftar hujung bulan, banyak hari belajar dalam bulan, jumlah murid tidak hadir, peratus murid tidak hadir, jumlah murid ponteng, peratus murid ponteng, jumlah hari murid tidak hadir, pertaus hari murid tidak hadir, jumlah hari murid ponteng dan peratus hari murid ponteng.  
 Sekian, itulah maklumat-maklumat yang perlu diisi oleh GK. Kepada GK selamat mengisi BJK.

Khamis, 5 Januari 2012

Hari pertama dan hari kedua persekolahan 2012

Hari pertama 4 Januari 2012
Pukul 1 tenghari, semua pelajar dan guru sesi petang berkumpul di dewan untuk mendengar amanat pertama pengetua bagi tahun 2012 hingga pukul 1.30 petang.

Waktu pertama dan waktu kedua, guru kelas diarahkan berada di kelas masing-masing untuk mengambil maklumat pelajar yang belum lengkap. Sepatutnya sudah lengkap pada 30 Disember 2011 tetapi disebabkan ada pelajar yang tidak membawa salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan keputusan UPSR dan lain-lain, jadi guru kelas perlu mendapatkan maklumat tersebut pada hari pertama. Pelajar juga diberi peluang untuk mengisi kembali borang maklumat diri yang mereka tidak dapat siapkan pada hari Jumaat lepas. Ketua AJK Keceriaan diarahkan untuk buat jadual bertugas kelas.

Kebetulan pula dua orang pengawai dari JPNWP datang untuk memantau kelas dan juga guru. Jadi guru-guru bersedia dengan buku rekod mengajar masing-masing.  Sayangnya, ada juga guru yang langsung tiada persediaan dan tidak tulis apa-apa dalam buku rekod mengajar.

Kemudian, pelajar tingkatan 1 ditempatkan di dewan untuk sesi orientasi manakala pelajar tingkatan 2 pula meneruskan sesi P&P seperti biasa walaupun belum mendapat buku teks.

Shaz sudah mula mengajar tingkatan 2Y dan tingkatan 2G Bab 1 Geografi mengenai longitud dan latitud. Ada pelajar 1N tahun lepas, senyum melihat Shaz masuk ke kelasnya. Mungkin sebab Shaz pernah mengajar mereka. 2G sudah ada buku teks dan semua pelajar ada buku tulis masing-masing.

Pelajar-pelajar di sini kurang ramah dengan guru mungkin kerana bahasa. Kebanyakkan mereka kaum Cina. Ada di antara mereka yang sukar berbahasa dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.




Hari kedua 5 Januari 2012

Seperti biasa, pukul 1 tengahari semua berkumpul di dewan untuk perhimpunan. Waktu pertama dan kedua, Shaz ke kelas 2W. Ada pelajar yang sudah ada buku teks dan ada yang belum dapat buku teks disebabkan ada hutang tertunggak dengan pihak sekolah. 100% pelajar sudah ada buku tulis masing-masing untuk menyalin nota.

Waktu ke 3, Shaz ke dewan untuk menyertai orientasi pelajar tingkatan 1. Ketika itu taklimat disiplin sedang dijalankan oleh pengawas sesi pagi. Disebabkan tiada waktu untuk guru kelas, jadi Shaz gunakan waktu ini untuk mengambil kehadiran pelajar kelas Shaz.

Waktu ke 4 tergesa-gesa ke surau untuk solat dan waktu ke 5 kembali ke dewan bagi sesi orientasi tingkatan 1.

Waktu 6 dan 7 pula tingkatan 1 kembali ke kelas untuk P&P seperti biasa. Shaz ke kelas 1W dan 1Y bagi subjek PJK. Memberi taklimat mengenai keselamatan dan peraturan PJK. Juga memberi pengenalan Bab 1 mengenai Daya Tahan Kardiovaskular. Semua pelajar diam je, kecuali bekas pelajar aliran peralihan. Yang lain, tanya faham ke tidak pun diam. Bila dekat-dekat habis waktu, baru ada seorang dua yang mahu berinteraksi dengan berani dan menawarkan diri untuk membantu Shaz sewaktu aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.

Waktu 8 dan 9 digunakan untuk solat asar dan juga mengemaskini buku rekod mengajar.

Malam ni, Shaz nak siap RPH untuk esok dan juga siapkan RPT Geografi Tingkatan 2 setakat yang termampu sebelum tidur.


"Apabila Rasulullah SAW ingin tidur, sedangkan Baginda SAW masih dalam keadaan berjunub, lalu Baginda berwuduk sebagaimana yang dilakukan ketika ingin mengerjakan solat sebelum tidur" (H.R Bukhari & Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen