Uiks, baru habis dengan Sistem Maklumat Murid, datang pula kerja baru iaitu Pangkalan Data Murid.
Pagi tadi, belum sempat guru data beri taklimat guru-guru di belakang dah bising dan marah-marah sebab kena buat kerja dua kali kononnya. Dah ada SMM buat apa lagi PDM? soal mereka la.
Di facebook pula, ada guru-guru menyalahkan guru data kerana malas nak mengisi PDM dan serahkan kepada guru kelas. Ada ke patut macam?
Pendapat Shaz senang je -: Kalau cikgu rasa, cikgu tak mahu dan tak mampu menjalankan tugas sebagai guru yang banyak dan berat ini, jadi cepat-cepatlah letak jawatan. Jangan anggap tugas guru ini hanya ke sekolah dan mengajar sahaja. Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu kita pegang dan buat. Ini, mengapa pula disalahkan orang itu dan orang ini dengan pelbagai alasan sedangkan yang sebenarnya betapa malasnya cikgu nak menjalankan tanggungjawab.
Well, Shaz dah siapkan PDM. Hanya guna masa dalam 3 jam untuk update semua maklumat pelajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi