Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Rabu, 1 Februari 2012

Buku Jadual Kedatangan (BJK) | Tugas guru kelas

Contoh BJK JPWPKL

Di sekolah Shaz, Jumaat ini, 3 Februari semua guru kelas dikehendaki menghantar BJK kelas masing-masing  
untuk disemak. Masa melengkapkan semua maklumat dalam BJK diberikan lebih kurang 1 bulan. Kalau ada guru kelas yang belum siap lagi tu alamatnya memang tak patutlah. Itu bukan sebab tak cukup masa tapi sebab MALAS! 

Apa maklumat yang perlu diisikan dalam BJK? Bukan sikit maklumat yang kena isi, naik lenguh juga tangan nak siapkan. Antaranya 
  1. Analisis kedatangan setahun - guru kelas kena isi setiap bulan dari Januari hingga November.  Dalam analisis ini guru kelas perlu mengira jumlah murid, hitung panjang kedatangan dan peratus kedatangan. 
  2. Penyata bulanan mengikut bangsa. Juga diisi setiap bulan. Guru perlu memastikan bangsa murid samaada melayu, cina, india, lain-lain atau warga asing mengikut jantina. Guru perlu turunkan tandatangan di akhir ruangan setiap bulan.
  3. Penyata bulanan mengikut agama diisi setiap bulan. GK perlu pastikan agama murid Islam, Budha, Hindu, Kristian atau agama lain mengikut jantina. GK juga perlu tandatangan.
  4. Rekod bayaran khas. Antaranya senarai nama pelajar dan rekod bayaran beserta nombor resit. Namun di sekolah Shaz, bayaran khas belum lagi dikutip. 
  5. Jadual kedatangan harian yang perlu ditulis nama pelajar, jantina beserta nombor pendaftaran. Di akhir bulan GK akan membuat statistik bilangan hari belajar bulan lepas, bilangan hari belajar bulan ini, jumlah hari belajar hujung bulan, hitung panjang kedatang, peratus kedatangan, hitung panjang bilangan murid, jumlah murid dalam daftar hujung bulan lepas, jumlah murid yang masuk, jumlah murid yang keluar, bdan jumlah murid murid dalam daftar hujung bulan lepas. Juga GK perlu turunkan tandatangan.
  6. Maklumat peribadi pelajar yang terdiri dari senarai nama pelajar, nombor pendaftaran pelajar, jantina pelajar, bangsa, tarikh lahir, nombor sijil lahir, negeri tempat lahir, umur pada 1 jan, tarikh masuk sekolah, nombor kad pengenalan, biasiswa, bilangan kuasa biasiswa, agama, dan nama sekolah akhir. Kerja ini sedikit makan masa terutamanya jika bilangan pelajar ramai.
  7. Maklumat peribadi ibubapa pelajar pula perlu diisi nama pelajar, nama ibubapa, pekerjaan ibubapa, nombor telefon pejabat, nombor telefon rumah dan alamat penuh rumah. Jika pelajar tukar sekolah atau berhenti GK perlu tulis tarikh pelajar tinggalkan kelas, sebab tinggalkan kelas dan nombor sijil berhenti sekolah. 
  8. Kegiatan Kokurikulum pelajar pula perlu diisi dengan nama pelajar, rumah sukan, permainan, kelab, persatuan dan badan beruniform. Jika pelajar ada jawatan, GK perlu menulis jawatan yang disandang oleh pelajar-pelajar tersebut. Juga jika pelajar ada tugas khas, GK perlu tulis di ruangan disediakan.
  9. Penyataan ketidakhadiran dan ponteng pula perlu diisi setiap bulan selepas GK menutup BJK. Yang perlu diisi adalah ramai murid dalam daftar hujung bulan, banyak hari belajar dalam bulan, jumlah murid tidak hadir, peratus murid tidak hadir, jumlah murid ponteng, peratus murid ponteng, jumlah hari murid tidak hadir, pertaus hari murid tidak hadir, jumlah hari murid ponteng dan peratus hari murid ponteng.  
 Sekian, itulah maklumat-maklumat yang perlu diisi oleh GK. Kepada GK selamat mengisi BJK.

1 ulasan:

  1. boleh tak dapatkan surat pekeliling yang menyatakan benta ini? kami memerlukan untuk assignmet. sila tolong kami. tqvm
    vijaen1919@gmail.com

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen