A) PK 1 meminta guru
- Tandatangan semula borang opsyen bersara kerana borang lama tersalah menggunakan rujukan pekeliling.
- Guru perlu hantar buku rekod mengajar setiap minggu dan perlu buat rekod mengajar setiap hari
- Buku latihan pelajar mesti ada indeks. Guru mp perlu arahkan pelajar buat.
- Sekolah kurang guru. Jadi guru mungkin akan mengajar lebih waktu. Well, Shaz mengajar 28 waktu.
- Guru perlu lihat buku relief setiap hari sebelum P&P mula.
- Guru perlu serahkan salinan surat panggilan meeting dan beritahu PK1 jika pergi meeting.
- Guru kelas kutip duit RM 9 dari pelajar untuk ambil gambar ukuran passport di sekolah.
- Guru perlu hebahkan kepada pelajar mengenai bayaran RM 100 kerana ada pelajar yang belum tuntut duit tersebut.
- Guru bertugas mesti ke kantin waktu rehat dan tandatangan buku tugas dengan pengawas.
- Guru mp wajib laporkan kerosakan dalam bilik darjah. Jika berlaku kemalangan akibat kerosakan, guru mp perlu bertanggungjawab.
- Waktu akhir, guru mp perlu arahkan pelajar bersihkan kelas dan angkat kerusi ke atas meja.
- Guru kelas perlu mengedarkan borang keahlian kelab, persatuan dan badan beruniform kepada pelajar. Ikut pilihan pelajar. Kemudian GK kutip borang tersebut, gunting dan asingkan kelab, persatuan dan badan beruniform masukkan ke dalam kotak di pejabat berasingan.
- Mesyuarat agong rumah sukan esok. Shaz guru ketua.
- Setiap kali mesyuarat agong, semua guru penasihat wajib hadir dan kenalkan diri agar pelajar kenal.
- Guru bertugas Sabtu mesti hadir dan buat laporan di buku di pondok pengawal.
- Guru mp, jangan suka denda pelajar. Belajar kawal pelajar sendiri.
- Jika pelajar bergaduh, guru mesti masuk campur dan leraikan.
- Setiap kali masuk kelas, guru wajib isi buku kawalan...kira pelajar yang ada dalam kelas, tulis pelajar ponteng dan lain-lain.
- Kad kesihatan pergigian, guru kelas kena edar kepada pelajar dan kutip sebelum minggu ini. Borang nama pelajar yang besar, guru kelas kena isi dan hantar hari ini juga. Guru kelas juga kena jadi saksi tandatangan setiap kad pergigian pelajar.
- Guru kelas perlu edarkan borang insurans AMAssurance RM 20 kepada pelajar. Tidak wajib. Jika pelajar nak boleh bagi.
ps : hanya tugas yang perlu dilakukan Shaz catit, sebenarnya banyak lagi taklimat-taklimat mengenai hal-hal lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi