Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Khamis, 5 Januari 2012

Hari pertama dan hari kedua persekolahan 2012

Hari pertama 4 Januari 2012
Pukul 1 tenghari, semua pelajar dan guru sesi petang berkumpul di dewan untuk mendengar amanat pertama pengetua bagi tahun 2012 hingga pukul 1.30 petang.

Waktu pertama dan waktu kedua, guru kelas diarahkan berada di kelas masing-masing untuk mengambil maklumat pelajar yang belum lengkap. Sepatutnya sudah lengkap pada 30 Disember 2011 tetapi disebabkan ada pelajar yang tidak membawa salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan keputusan UPSR dan lain-lain, jadi guru kelas perlu mendapatkan maklumat tersebut pada hari pertama. Pelajar juga diberi peluang untuk mengisi kembali borang maklumat diri yang mereka tidak dapat siapkan pada hari Jumaat lepas. Ketua AJK Keceriaan diarahkan untuk buat jadual bertugas kelas.

Kebetulan pula dua orang pengawai dari JPNWP datang untuk memantau kelas dan juga guru. Jadi guru-guru bersedia dengan buku rekod mengajar masing-masing.  Sayangnya, ada juga guru yang langsung tiada persediaan dan tidak tulis apa-apa dalam buku rekod mengajar.

Kemudian, pelajar tingkatan 1 ditempatkan di dewan untuk sesi orientasi manakala pelajar tingkatan 2 pula meneruskan sesi P&P seperti biasa walaupun belum mendapat buku teks.

Shaz sudah mula mengajar tingkatan 2Y dan tingkatan 2G Bab 1 Geografi mengenai longitud dan latitud. Ada pelajar 1N tahun lepas, senyum melihat Shaz masuk ke kelasnya. Mungkin sebab Shaz pernah mengajar mereka. 2G sudah ada buku teks dan semua pelajar ada buku tulis masing-masing.

Pelajar-pelajar di sini kurang ramah dengan guru mungkin kerana bahasa. Kebanyakkan mereka kaum Cina. Ada di antara mereka yang sukar berbahasa dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.




Hari kedua 5 Januari 2012

Seperti biasa, pukul 1 tengahari semua berkumpul di dewan untuk perhimpunan. Waktu pertama dan kedua, Shaz ke kelas 2W. Ada pelajar yang sudah ada buku teks dan ada yang belum dapat buku teks disebabkan ada hutang tertunggak dengan pihak sekolah. 100% pelajar sudah ada buku tulis masing-masing untuk menyalin nota.

Waktu ke 3, Shaz ke dewan untuk menyertai orientasi pelajar tingkatan 1. Ketika itu taklimat disiplin sedang dijalankan oleh pengawas sesi pagi. Disebabkan tiada waktu untuk guru kelas, jadi Shaz gunakan waktu ini untuk mengambil kehadiran pelajar kelas Shaz.

Waktu ke 4 tergesa-gesa ke surau untuk solat dan waktu ke 5 kembali ke dewan bagi sesi orientasi tingkatan 1.

Waktu 6 dan 7 pula tingkatan 1 kembali ke kelas untuk P&P seperti biasa. Shaz ke kelas 1W dan 1Y bagi subjek PJK. Memberi taklimat mengenai keselamatan dan peraturan PJK. Juga memberi pengenalan Bab 1 mengenai Daya Tahan Kardiovaskular. Semua pelajar diam je, kecuali bekas pelajar aliran peralihan. Yang lain, tanya faham ke tidak pun diam. Bila dekat-dekat habis waktu, baru ada seorang dua yang mahu berinteraksi dengan berani dan menawarkan diri untuk membantu Shaz sewaktu aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.

Waktu 8 dan 9 digunakan untuk solat asar dan juga mengemaskini buku rekod mengajar.

Malam ni, Shaz nak siap RPH untuk esok dan juga siapkan RPT Geografi Tingkatan 2 setakat yang termampu sebelum tidur.


"Apabila Rasulullah SAW ingin tidur, sedangkan Baginda SAW masih dalam keadaan berjunub, lalu Baginda berwuduk sebagaimana yang dilakukan ketika ingin mengerjakan solat sebelum tidur" (H.R Bukhari & Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen