Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 30 Julai 2012

Guru : Tak kena cara boleh masuk neraka

apabila pekerjaan guru hanya menjadi sandaran untuk  mendapatkan gaji bulanan, maka kerja pun ibarat pahat dan penukul sahaja. sekadar rileks rileks enjoy-enjoy, fikir bisnes itu, fikir bisnes ini, cukup bulan cucuk duit. 

 ingatlah, kerja guru ini mulia tetapi tidak kena cara, boleh juga myebabkan guru masuk neraka. ikhlaskan hati jadi guru, berikan komitmen jadi guru, bekerjalah jangan sampai mnyusahkan pelajar, rakan guru lain, pentadbir, ibu bapa dan masyarakat. 

Sabtu, 28 Julai 2012

DSP VS SPPBS

Lagi satu perkara yang mengelirukan Shaz dalam SPPBS ini, 
perhatikan B3D7,
terdapat E1, E2 dan E3



Sedangkan dalam DSP Matematik Tingkatan 1, B3D7 terdapat E1, E2 dan E4. Tiada E3.


Pelajar Shaz buat B3D7E4, jadi di mana nak tanda kod band tersebut? Mungkin ada kesilapan samaada kesilapan pada DSP atau pun kesilapan dalam SPPBS.

Shaz rasa akan dibetulkan semula. Tunggu cerita dari SU masing-masing.

Isu Sistem Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Shaz baru mula menanda kod band pelajar dalam sistem SPPBS. Sedikit kelemahan sistem ini yang Shaz dapati adalah tiada capaian cepat untuk guru memilih nama-nama pelajar tertentu bagi proses menanda kod band.

Contohnya, petang tadi Shaz telah menanda kod band pelajar dari rekod 1 hingga rekod 15, kemudian apabila Shaz ingin menyambung ke rekod 16, Shaz perlu klik "rekod selepas" secara berterusan sehingga ke rekod 16. Jika klik dan terus keluar rekod seterusnya dengan laju tidak mengapa, tetapi perlu menunggu untuk paparan seterusnya.


Memang ada cara lain yang boleh digunakan untuk jump ke rekod 16 iaitu dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik 'cari' tetapi sebagai guru matapelajaran sahaja...Shaz tiada nombor kad pengenalan pelajar Shaz yang disimpan sebagai hardcopy. Hanya ada dalam 'daftar murid'



Jadi, sebagai guru yang ada lebih kurang 120 orang pelajar bawah jagaan Shaz, adalah SEDIKIT menyulitkan bahkan akan bertambah sulit apabila line broadband meragam.

Sebagai guru yang menggunakan SPPBS, Shaz bukan ingin mencanang kelemahan sistem ini tetapi berharap pihak yang membangunkan sistem ini menyediakan kemudahan untuk guru menanda kod evidens pelajar dengan lebih cepat dan mudah.

Kepada guru yang masih belum menanda kod evidens pelajar, malah masih belum lagi daftar pelajar, Shaz nasihatkan agar cepat-cepat berbuat demikian agar tidak 'jem' di kala trafik berat pada waktu kemuncak :)

Alhamdulillah, setakat ini SPPBS boleh digunakan tanpa sebarang script error. Yang Shaz tak puas hati, line broadband Shaz ni yang perlahan sangat.

Khamis, 26 Julai 2012

Kenapa lain? Sudah tukar ke?

Salam...

Shaz sedikit keliru mengenai pelaksanaan PBS ni.
sewaktu kursus, JUN memberitahu bahawa
1) evidens sebolehnya dalam kertas A4
2) satu kod evidens satu keping kertas.tidak boleh beberapa kod evidens dalam satu keping kertas
3) boleh guna buku latihan, tetapi buku itu perlu disimpan oleh guru dan tidak boleh dibawa pulang oleh pelajar. buku tu adalah buku khas PBS. jika dimasukkan dalam fail showcase guru mesti fotostat
4) tidak boleh guna buku kerja kerana dalam buku kerja sudah ada soalan menyebabkan soalan bocor.
5) mesti mengulang kembali PBS utk bab 1 hingga bab yang lain. (kerana sewaktu kursus rata-rata guru telah mengajar hingga bab 5.
6) bilangan soalan sekurang-kurangnya 3 soalan. jika ada pelajar salah, mesti mengulangi sehingga 3 kali sebelum disahkan pelajar itu gagal.

Sekarang, daripada JUN dan guru-guru negeri lain.
1) menggunakan buku latihan pelajar. mencampur adukkan dengan nota dan latihan yang lain. pelajar bawa pulang ke rumah. guru pula boleh mencatat di fail pkembangan individu pelajar bahawa 'evidens berada dalam buku latihan pelajar'
2) menggunakan buku kerja untuk melaksanakan PBS.
3) tidak perlu fotostat evidens utk dimasukkan dlm fail showcase, sekadar buat catatan sahaja di mana evidens pelajar berada.
4) utk bab 1 dan bab yang tertinggal, guru hanya perlu menanda band pada latihan dalam buku latihan yang telah dibuat oleh pelajar pada awal tahun. Bermakna tidak perlu mengulanginya.
5) satu soalan sudah memandai. Jika pelajar salah dalam band 1-band 3 boleh dikira betul dan diterima tanpa perlu pengulangan.

Bagaimana dengan cara di sekolah cikgu? Di sekolah Shaz, semua subjek menggunakan helaian A4 untuk PBS. Tiada guru menggunakan buku latihan. Bermakna juga, guru menyediakan soalan sendiri dan tidak menggunakan buku kerja.

Rabu, 20 Jun 2012

PBS : Contoh borang senarai semak individu pelajar

*sila klik pada gambar untuk pembesaran. 

 Versi 1 : 
Borang ini hanya atas sekeping sahaja. Dibuat oleh seorang guru semasa kami sama-sama mengikuti taklimat PBS. jimat tetapi nampak terlalu padat. Guru tersebut siapkan dalam masa 1 malam je.


Versi 2 : 
Borang ini dalam 3 keping kertas depan belakang.Bermakna 6 mukasurat. Borang ini disediakan oleh JU semasa taklimat PBS KL. Jika sekolah cikgu ada banyak peruntukkan kertas, jadi borang ini sangat sesuai.

Versi 3 :
Ini versi yang Shaz sendiri buat. Borang ini cuma sekeping kertas sahaja tetapi tidak cukup ruang sangat untuk catatan. Borang ini yang sekolah Shaz pakai. Tempoh nak buat versi hanya dalam 1 jam, jika cikgu tak mahir MS Excel, mungkin ambil masa 2 jam

Apa itu senarai semak individu?
Ialah borang untuk cikgu tanda band pelajar. Jika pelajar buat berulang kali, jadi di ruang catatan cikgu tulis la tarikh2 ulangan tersebut. Jika pelajar masih gagal, tulislah sudah diberi peluang 3x(etc) tetapi masih gagal. Jika evidens pelajar itu cikgu masukkan dalam fail showcase, cikgu tulis di ruang catatan, evidens berada dalam fail showcase.

* ini bermakna jika cikgu ada 40 orang pelajar, jadi cikgu perlu ada 40 keping borang senarai semak individu.

p/s : borang-borang di atas dipamerkan sebagai idea cikgu buat senarai semak yang sesuai untuk sekolah masing-masing. Softcopy tidak akan diberikan. Walaubagaimanapun, diizinkan untuk menggunakan contoh-contoh borang di atas. Cikgu kena usaha sendiri juga, Jangan tunggu disuap dan disuap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen