Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri
laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa
mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan
itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih
kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?"
katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang
menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang
20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan
lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak
beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi
bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan
kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak
nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang
yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya
lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu,
membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan
enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah
senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang
dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik
abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum.
Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang
penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.
Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan
menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak
itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus
berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.
Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula
RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan
pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya
berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya
hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan
ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu
penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Label
- Doa (3)
- download (32)
- E Prestasi (6)
- FROG VLE (1)
- guru kelas (14)
- guru mp (18)
- ISU (46)
- kerjakursus induksi (4)
- lawak (4)
- Lembar Bahasa (1)
- MAKLUMAN (4)
- Matematik (16)
- PAJSK (2)
- PBS (34)
- PBS Math (27)
- PELUANG KERJAYA (14)
- pertukaran guru (20)
- sepatah 2 kata (27)
- TIPS (1)
Tinggalkan pesanan anda di sini!
Sabtu, 16 Mac 2013
Selasa, 12 Mac 2013
E-operasi 2013 | Kemaskini data guru
Salam semua kawan-kawan.
Shaz nak kongsikan cerita mengenai e-operasi. Dengar kata e-operasi sudah boleh dikemaskini dan tarikh akhir kemaskini adalah pada 20 Mac 2013.
klik di sini http://apps.moe.gov.my/eoperasi/untuk ke laman e-operasi
Shaz nak kongsikan cerita mengenai e-operasi. Dengar kata e-operasi sudah boleh dikemaskini dan tarikh akhir kemaskini adalah pada 20 Mac 2013.
klik di sini http://apps.moe.gov.my/eoperasi/untuk ke laman e-operasi
surat siaran eoperasi klik sini
Ahad, 10 Mac 2013
Penambaikkan SPPBS 2013
Kita telah sedia maklum bahawa SPPBS sudah boleh akses oleh SU Peperiksaan awal bulan ini. Manakala, bagi menu guru matapelajaran, akan dibuka mulai 15 Mac 2013 seperti memo di bawah ini.
Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013.Sehubungan dengan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:
a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).
b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.
c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS.
* Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai.
-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-
Dari laman, SPPBS, senarai-senarai penambaikkan sistem pada tahun ini adalah seperti berikut.
1. Paparan kemasukan prestasi murid Mengikut Eviden - Senarai semua murid dan
kemasukan prestasi di dalam satu paparan sahaja (wujudkan marksheet).
2. Guru Tingkatan (sekolah menengah) yang berdaftar dengan APDM akan terus mendaftar murid sekali sahaja ke dalam menu Non Akademik.
3. Penggunaan warna yang kontra bagi tanda “√” sebelum guru memasukkan prestasi dengan warna selepas kemasukan prestasi dilaksanakan.
4. Mewujudkan butang KEMASKINI dan BATAL pada menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan bagi tujuan pengemaskinian atau pembatalan prestasi murid.
5. Data pada menu Statistik yang boleh dimuat turun dan dieksport ke dalam format Excel.
6. Fungsi Daftar Guru Kelas pada Menu SU sekolah rendah untuk urusan pemantauan dan cetakan pelaporan oleh Guru Kelas.
Komen
Disebabkan kita semua belum lagi dapat menggunakan sistem baru ini, jadi kita tunggu 15 Mac nanti. Namun, dalam senarai penambaikkan tersebut, rasanya ada penambahbaikkan yang tidak patut diadakan iaitu nombor 4. Band pelajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas guru matapelajaran. Namun, jika ada pihak lain yang boleh mengemaskini atau membatalkan band yang telah diisi oleh guru matapelajaran bermakna, tanggungjawab tersebut tidak lagi 100% di atas bahu guru jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Cara merekod band pelajar di borang transit individu dan kelas
Keliru.
Tahun lepas, semua JUS yang mengikuti kursus diberitahu bahawa pada borang transit, mesti tanda tick jika pelajar sudah mencapai kod band tertentu.
Namun, tahun ini pula dimaklumkan tidak boleh tick, sebaliknya kena tulis tarikh. Maka, kami merombak semula borang-borang transit dan menjadikan ruang lebih besar untuk membolehkan kami menulis tarikh perlaksanaan.
Malam ini, Shaz telah muatturun buku panduan perlaksaan PBS di sekolah dan mendapati inilah contoh cara merekod band pelajar.
Tahun lepas, semua JUS yang mengikuti kursus diberitahu bahawa pada borang transit, mesti tanda tick jika pelajar sudah mencapai kod band tertentu.
Namun, tahun ini pula dimaklumkan tidak boleh tick, sebaliknya kena tulis tarikh. Maka, kami merombak semula borang-borang transit dan menjadikan ruang lebih besar untuk membolehkan kami menulis tarikh perlaksanaan.
Malam ini, Shaz telah muatturun buku panduan perlaksaan PBS di sekolah dan mendapati inilah contoh cara merekod band pelajar.
hanya tick*
~ jadi?
Selamat berhujung minggu
Salam kepada semua pengunjung blog Shaz.
Apa yang anda buat di hujung minggu ni?
Shaz yakin, walaupun namanya adalah cuti hujung minggu
Ramai di kalangan cikgu yang masih berhempas pulas
menyiapkan borang-borang transit PBS,
menyemak kertas PBS,
dan menyiapkan pelbagai kerja-kerja tambahan
Bermakna, kita semua cikgu
juga bekerja pada hari cuti
bezanya,
kita tidak punch card jer...
Hehe~~~
Di bawah Shaz kongsikan
kata-kata mereka yang sudah stress dan tension
Asyik kira x tak dapat-dapat
akhirnya.....
Ahad, 3 Mac 2013
IKLAN JAWATAN PENSYARAH PENSYARAH GRED DG44 - KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN DAN KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK
Bahagian
Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan jawatan kosong
bagi pegawai - pegawai perkhidmatan pendidikan di Kolej Matrikulasi
Kelantan dan Kolej Matrikulasi Sarawak.
SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK:
Syarat-syarat umum permohonan adalah seperti berikut :
SYARAT-SYARAT:
1. PPPS (GURU DI BAWAH KPM ) GRED DG 44 SAHAJA
2. TELAH MENGAJAR SUBJEK 3 TAHUN BERTURUT
3. PRESTASI MELEBIHI 85 % 3 TAHUN BERTURUT-TURUT
4. BEBAS TINDAKAN TATATERTIB/SPRM/PINJAMAN TEGAR
5. DIPERAKUI OLEH KETUA JABATAN/SEKOLAH
1. PPPS (GURU DI BAWAH KPM ) GRED DG 44 SAHAJA
2. TELAH MENGAJAR SUBJEK 3 TAHUN BERTURUT
3. PRESTASI MELEBIHI 85 % 3 TAHUN BERTURUT-TURUT
4. BEBAS TINDAKAN TATATERTIB/SPRM/PINJAMAN TEGAR
5. DIPERAKUI OLEH KETUA JABATAN/SEKOLAH
SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN:
KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
MATEMATIK
B.INGGERIS
SAINS KOMPUTER
EKONOMI
PERAKAUNAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN
PENDIDIKAN ISLAM
KEMAHIRAN DINAMIKA
KOKURIKULUM
KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
MATEMATIK
B.INGGERIS
SAINS KOMPUTER
EKONOMI
PERAKAUNAN
PENGURUSAN PERNIAGAAN
PENDIDIKAN ISLAM
KEMAHIRAN DINAMIKA
KOKURIKULUM
SUBJEK PENGKHUSUSAN BAGI KOLEJ MATRIKULASI SARAWAK:
KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
SAINS KOMPUTER
MATEMATIK
B.INGGERIS
KOKURIKULUM
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM
FIZIK
BIOLOGI
SAINS KOMPUTER
MATEMATIK
B.INGGERIS
KOKURIKULUM
KEMAHIRAN DINAMIKA
PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh tutup permohonan : 22 MAC 2013
Untuk pertanyaan lanjut:
03-88844043/88844074/88844067/0388844008 -
Pn. Norshahida bt Md Nayan / Pn. Norasfazura bt Abd Samah / En. Mustafa Kamil b Sulaiman
Langgan:
Catatan (Atom)

