Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Selasa, 19 Mac 2013

SPPBS sudah boleh diakses | Guru kelas boleh masukkan markah SEGAK

19 MAC 2013,

Hehe, hari pertama sistem SPPBS sudah boleh diakses oleh guru matapelajaran tetapi masih belum ada fungsi AKADEMIK. Hanya ada fungsi NON AKADEMIK. 

Laju bukan main sebab tak ramai lagi yang berjalan-jalan ke SPPBS. Jadi Shaz terus daftarkan pelajar kelas Shaz untuk menu NON AKADEMIK. Sekali je pendaftaran untuk semua aktiviti kokurikulum- penambaikan yang telah diwar-warkan sebelum ini. 




 Ta daaa, dah siap daftar pun

Sekarang tak sabar nak tengok macamana rupaya kemasukan prestasi pelajar sebab dengar kata dalam bentuk senarai semak lak tahun ni.


p/s : rasa nak tukar jer borang senarai semak individu pelajar sebab nak follow macam dalam SPPBS. Jadi, mudah untuk tick band nanti. Cuma, adakah rakan-rakan lain setuju?


  
refleksi diri hari ini

Isnin, 18 Mac 2013

Link Keputusan STPM 2012


KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN STPM 2012

Definisi dan ciri evidens PBS | Format penulisan evidens PBS

Sebelum bercerita tentang format penulisan evidens, terlebih dahulu Shaz kongsikan definisi evidens PBS yang sebenarnya dan contoh-contoh evidens yang dimaksudkan
 
 
 

Melihat kepada definisi dan contoh evidens yang diberikan di atas, maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa format penulisan evidens PBS adalah tidak tetap dan boleh berubah mengikut situasi pelaksanaan PBS yang dijalankan oleh guru. 

Perhatikan contoh penulisan format PBS Matematik di bawah ini.

Di dapati format yang biasa ditemui mengandungi 
nama dan kelas pelajar, kod evidens, penerangan evidens dan juga tarikh pentaksiran.

Perhatikan pula contoh penulisan format evidens PBS PJPK di bawah 
Selain ada nama dan kelas pelajar, PBS PJPK turut melampirkan 
tarikh, band deskriptor, kod evidens dan penerangan 


JIKA TIADA PENERANGAN KOD EVIDENS BOLEH KE? 
PENDAPAT SHAZ, BOLEH tetapi kod evidens dan tarikh mesti ada untuk memudahkan rujukan guru selain yang asas iaitu nama dan kelas pelajar. Lagipun, kita kena faham yang kita juga perlu berjimat ruang dan kertas. Oleh itu tanpa penulisan penerangan kod evidens maka sekurang-kurangnya kertas dijimatkan.

Apa yang penting? 
Evidens yang kita perolehi dari pelajar mestilah memenuhi ciri-ciri evidens yang dikehendaki oleh Lembaga Peperiksaan iaitu tekal, autentik,sah, kecukupan dan semasa.
 

Ahad, 17 Mac 2013

Penggunaan kalkulator dalam PBS Matematik

Ramai yang bertanya mengenai penggunaan kalkulator dalam PBS Matematik. Boleh ke?
Sudah tentulah boleh tetapi tidak untuk beberapa evidens yang memerlukan pelajar menunjukkan kebolehan mengira tambah, tolak, darab, bahagi nombor bulat, perpuluhan, pecahan, nombor negatif dan positif (bab 6 tingkatan 1)-dan beberapa topik lain.

Bagi evidens lain contohnya memerlukan pelajar mengira luas, perimeter ataupun isipadu, penggunaan kalkulator adalah dibenarkan.

Cerita Pengarah JPWPKL mengenai PBS 2012

Pentadbir sekolah Shaz ada dipanggil untuk mesyuarat PBS. Di dalam mesyuarat tu ada dipaparkan band-band pelajar bagi tahun 2012 untuk semua sekolah di KL. 

Apabila bercerita mengenai band PBS Matematik, pengarah memberitahu dia pening dan pelik kerana ada sekolah yang memberikan hanya band 5 dan band 6 kepada semua pelajarnya, ada sekolah yang hanya memberikan band 1, band 2 dan band 3 kepada pelajar. Kemudian, band pelajar dibandingkan pula dengan markah peperiksaan pelajar. Dari situ boleh dilihat perbezaan band dan markah pelajar. Memang ada yang tidak selaras. Namun, pengarah tidak nafikan ada sekolah yang dilihat berada di landasan PBS yang betul.

Apa yang boleh dikatakan oleh pengarah, samalah seperti yang Shaz ikuti kursus tahun lepas "band 6 matematik hanya untuk pelajar genius. Untuk pelajar yang boleh mengeluarkan rumus dan formula sendiri, bukan dari sumber guru seperti Adi Putra"

Terus terang Shaz katakan, sekolah Shaz tiada seorang pun pelajar yang dapat band 6 matematik tahun lepas dan ada pelajar yang dapat band 1 tahun lepas kerana pelajar-pelajar tersebut memang lemah ataupun sebab kes ketidakhadiran yang sangat teruk.

Subjek lain yang mendapat perhatian adalah PBS PJPK 2012 yang menyaksikan rata-rata pelajar di KL mendapat band 1 hingga 3 sahaja. TETAPI, di sekolah Shaz, ada pelajar yang dapat hingga band 5.

TIPS memberikan band pelajar : 
Bandingkan keputusan peperiksaan pelajar dengan band. Jika semasa peperiksaan atau ujian, markah yang diperolehi oleh pelajar tersebut E, maka tidak logik pelajar itu boleh diberi band 6 mahupun band 5, kan? 

Kenapa perlu banding? 
Kerana kita sediamaklum, perjalanan PBS dalam kelas bukanlah seperti perjalanan peperiksaan yang tidak memberikan peluang kepada pelajar meniru dan berbincang. Sedangkan PBS, pelajar bebas untuk berbincang, boleh buat kerja di rumah dan guru boleh menggunakan kerjarumahnya untuk band. Sedangkan di rumah mungkin ada orang lain yang tolong buatkan. Apabila pelajar salah, guru mesti beri peluang kepada pelajar untuk betulkan setelah guru ajar semula topik yang pelajar salah. 

Jika sekolah sudah tidak menjalankan peperiksaan atau ujian? 
Guru  gunakanlah inisiatif sendiri untuk jalankan ujian. Apa-apapun, cikgu kenal pelajar cikgu. Cikgu mesti tahu tahap pencapaian sebenar pelajar cikgu.

Nasib baik sekolah Shaz tetap jalankan peperiksaan.

Sabtu, 16 Mac 2013

Budak penjual kuih

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Selasa, 12 Mac 2013

E-operasi 2013 | Kemaskini data guru

Salam semua kawan-kawan.

Shaz nak kongsikan cerita mengenai e-operasi. Dengar kata e-operasi sudah boleh dikemaskini dan tarikh akhir kemaskini adalah pada 20 Mac 2013. 

 klik di sini http://apps.moe.gov.my/eoperasi/untuk ke laman e-operasi


surat siaran eoperasi klik sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen