Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 8 Februari 2015

Ibu tunggal maut ditanduk kerbau




Mayat mangsa dibawa oleh polis ke Hospital Segamat.

SEGAMAT - Seorang ibu tunggal yang sedang menoreh getah di Kampung Mensudut Pindah, Batu Anam, di sini, maut apabila dia ditanduk seekor kerbau betina dalam kejadian kira-kira 11 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Rosnani Wahid, 46, dikatakan cuba menghalau haiwan tersebut daripada kebun getahnya kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

Seorang saksi berkata, apabila mangsa menghampiri haiwan tersebut, kerbau berkenaan bertindak liar dengan menanduknya di perut sehingga jatuh ke tanah.

"Kerbau tersebut kemudiannua terus menanduk mangsa yang terjatuh sehingga menyebabkan dia mendapat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia dengan keadaan berlumuran darah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Peta Minda Sudut dan Polygons





sumber di sini

Urusan Kenaikan Pangkat PPPS Time Based 2014 - 2015

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA TIME BASED BERASASKAN KEGEMERLANGAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54 BAGI URUSAN JULAI 2014 SEHINGGA JUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT)


Semua Ketua Sektor,
Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.
Tuan,
URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SECARA TIME BASED BERASASKAN KEGEMERLANGAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54 BAGI URUSAN JULAI 2014 SEHINGGA JUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MENGGUNAKAN  SISTEM  EPANGKAT)
Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran beserta dokumen berkaitan boleh dimuat turun di ruangan attachmentdi atas.
Sekian, terima kasih.
b.p. Unit Naik Pangkat,
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Kaedah hafal sifit 6, 7, 8 dan 9

Jauhi dengki

Sifat dengki ini sangat mudah bertapak dan menular dalam hati insan yang tidak mahu menerima istilah 'rezeki masing-masing'. Bila hati sudah busuk, sekecil-kecil kelebihan seseorang itu tetap dipertikaikan. Jika bukan dengan lidah, pertikai dengan hati.
Dalam bidang pendidikan ini sendiri, banyak yang tidak puas hati dan dengki berkenaan perkara remeh -:
1. Bilangan waktu mengajar rakan sekerja
2. Tugas rakan sekerja yang dianggap ringan
3.  Relief yang tidak diterima rakan sekerja
4.  Tugas yang tiada pada rakan sekerja
5.  Mata pelajaran rakan sekerja yang dianggap mudah terutamanya sewaktu menanda kertas
6. Membandingkan bilangan pelajar rakan sekerja
7. Masa menanda kertas peperiksaan mata pelajaran rakan sekerja yang lebih singkat
8. Kelas yang diajar rakan sekerja kelas pandai
9. Kemudahan cuti yang diberikan kepada rakan sekerja
10. Keceriaan kelas rakan sekerja

Ikhlaskan hati. Bekerja kerana ALLAH. Bekerjalah dengan ikhlas tanpa ada rasa busuk hati sesama kawan. 

13 wasiat untuk insan bergelar guru

TIGA BELAS WASIAT  untuk para guru مربى
WASIAT PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.
WASIAT KEDUA terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.
WASIAT KETIGA tunjukkanlah pengharga anmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
WASIAT KEEMPAT ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang besar.
WASIAT KELIMA baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.
WASIAT KEENAM setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
WASIAT KETUJUH setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.
WASIAT KELAPAN berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
Yaa Allah..!, tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah.
WASIAT KESEMBLAN dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
WASIAT KESEBELAS
ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerjabuatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.
WASIAT KEDUA BELAS
pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.
WASIAT KETIGA BELAS
sesungguhnya Allah perentah kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.
TERIMA KASEH para guru, kerana respon baik yang diberikan.
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها...


nota kaki : terkilan dengan isu mc tipu sedangkan dah terang lagi bersuluh menipu dengan mc gaji memang haram. Tapi ada orang tuduh Shaz ini Tuhan kah menentukan gaji orang itu haram ke halal?
Apa guna jadi guru jika tak boleh bersifat menyampaikan walaupun yang disampaikan itu memang benar tapi pahit. 

Ahad, 18 Januari 2015

SURAT PENYERAHAN DAN AKUAN TERIMA NOTA SERAH TUGAS



 



a)    Adalah saya  xxxxxxxxxxxxxxx  yang memegang jawatan PEGAWAI

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (DG 41)  di Kementerian/Jabatan/Sekolah
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx   dari tarikh 15  JANUARI 2007 hingga 16 JANUARI 2015  bersama-sama ini menyertakan Nota Serah Tugas seperti yang diarahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui surat Bil. JPA. 193/3-4(20) bertarikh   19 Julai  1985.  Disertakan juga bersama-sama ini Fail Meja/Manual Prosedur Kerja *



Diserahkan oleh,                                                                Disemak oleh,

Tandatangan: ___________________                              Tandatangan :  ___________________

Nama :                                                                                     Nama :  
(Pegawai yang akan bertukar)                                  (Ketua Bahagian/Unit/Guru Besar/Pengetua)*



b)     Adalah saya …………………………………………………….. yang mengambil alih tugas

jawatan …………………………………….  di Kementerian/Jabatan/Sekolah*  mulai tarikh

…………………………. mengaku telah menerima satu (1)  salinan Nota Serah Tugas  dan
Fail Meja/Manual Prosedur Kerja*.



Diterima oleh,                                                                 Disemak oleh,

Tandatangan :  _______________________                 Tandatangan :  ____________________

Nama  :                                                                           Nama  :
(Pegawai yang mengambil alih)                           (Pegawai Tadbir Kementerian/Jabatan/Sekolah)




Catatan  :

II.    SENARAI TUGAS JAWATAN

Jawatan
Cadangan Penganti
Alasan
Guru Mata Pelajaran Matematik dan Fizik


Penyelaras Kelab dan Persatuan


Penolong Setiusaha PMR


Setiausaha PBS PMR


Penolong  Guru Kesihatan


Ahli Lembaga Koperasi


Guru penasihat sepak takraw


Guru penasihat koperasi


Guru penasihat Puteri Islam


Guru penasihat rumah Laksamana



III.   SENARAI HARTA BENDA/PERALATAN PEJABAT

Bil.
Item
Kuantiti
Nama dan Tandatangan
Pegawai yang
Menerima/ Mengambil alih
01
Fail Setiausaha PBS PMR


02
Fail Penyelaras Kelab dan Persatuan


03
Fail Peka Fizik 4A


04
Buku teks Fizik Tingkatan 4

05
Buku teks praktikal Fizik Tingkatan 4

06
Buku teks  matematik Tingkatan 4

07
Buku teks matematik Tingkatan 5

08
CD PPSMI Fizik Form 4

09
CD PPSMI Matematik Form 2




IV.   Kedudukan Kewangan/Akaun dan lain-lain
        (Hanya perlu disediakan oleh pegawai-pegawai yang berkaitan sahaja)

-  Tidak berkenaan  -

V.    Manual Prosedur Kerja

                                              -  Tidak berkenaan  -

VI.   Fail Meja
 
-          Tiada  -


VII.   Kedudukan Terakhir Tugas-tugas yang Belum Selesai

            Semua tugas telah selesai dijalankan.



*** boleh terus copy paste ke ms word

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen