Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 18 Mei 2014

Apa hukum pengampu? | Gaji tidak berkat


 Soalan :

Apa hukumnya di sisi Islam orang-orang yang suka mengampu bos-bos dan suka mengadakan cerita supaya dia mendapat kelebihan dari orang lain dan dipandang bagus oleh bosnya padahal kerjanya tak seberapa berbanding dengan kami yang bertungkus lumus lebih darinya.

Saya x lah nak kata yang saya & kawan2 ni bagus dari segala segi tapi ada di antara kami yang berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi atas penat lelah yang mereka telah lakukan selama ini.Semua yang saya & kawan2 buat semua x kena.

Bos selalu memuji beliau kerana berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan cepat sedangkan kami semua tahu yang melakukan tugasan tersebut adalah orang lain (tp takut nak bersuara) Golongan macam ni suka memburukkan perihal kawan-kawan lain di depan bosnya...sdgkan dia selalu bercakap hal hal yang berkaitan Agama depan saya atau kawan-kawan yang lain bila keluar atau bila makan bersama2 tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?
Terima kasih harap dapat penjelasan dari ustaz.

Jawapan:
Waalaikumusalam pada yang bertanya.

Wow ini Isu sensitif yang selalu terjadi di mana-mana pejabat sekali pun atau lebih popular & dikenali sebagai Politik Pejabat. Perangai suka mengampu adalah perangai yang di keji oleh syarak dan Nabi saw selalu berpesan jangan suka mengampu-ampu dan orang yang suka mengampu itu adalah sebesar2 pendusta. 
Sebab itu penting bagi seorang bos untuk mengetahui peranan antara seorang  pekerja berdedikasi & juga peranan seorang pengampu (kaki bodek) dalamsesebuah jabatan yang dipimpinnya.....yang mana pada zaman sekarang ianya lebih dikenali sebagai Politik Pejabat dan telah pun wujud sejak sekian lama. Inilah perkara-perkara yang perlu di titik beratkan oleh seorang bos (baik lelaki atau wanita) walau pun beliau memimpin dalam kelompok kecil sekalipun.

Buatlah pertimbangan dengan sewajarnya & lakukanlah Solat istikharah pada setiap masa & mengadulah kepada Allah (kalau bos ituMuslim) sebelum membuat keputusan yang besar seperti melibatkan masa depan& hala tuju seorang pekerja yang dipimpinnya & jangan sampai ada yang teranaiya disebabkan kesilapan & keputusan yang telah dibuat oleh seorang bos kerana terlalu percaya kepada apa yang disampaikan oleh orang lain kepada beliau tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.

Setiap perkara mestilah diselidiki terlebih dahulu kerana dikhuatiri ianya adalah fitnah bagi menjatuhkan atau mengelapkan masa depan seseorang pekerja itu. Jika dalam masa yang sama dia (pengampu) memburukkan pula orang lain maka terlebih lah lagi kejinya disisi syara'. Hasil gaji yang diperolehinya pada setiap bulan tidak ada keberkatannya dan terkadang ada ulamak2 yang menghukumkanya jatuh kepada haram kerana telah menabur fitnah & mengada2kancerita yang tidak betul tentang seseorang pekerja
 
Saya x nak mengulas panjang berkenaan perkara ni kerana telah diperbahaskan dulu (sila rujuk pada artikel saya yang menguraikan berkenaan Isu ini dalam tajuk PEMIMPIN - Adakah kita telah memimpin mengikut Ajaran & TuntutanIslam ???????
Ni satu lagi, orang yang selalu bercakap atau pandai cakap dalam bidang agama bukanlah lesen untuk dihalalkan perbuatan mereka yang haram. Perbuatan Haram tetap haram samada pandai bercakap agama atau sebaliknya. Bahkan yang pandai bercakap perkara agamalah yang sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan bukannya suka mengampu-ampu.

Pada sahabat yang bertanya, jangan kerana Nila setitik habis rosak Susu sebelanga  maksudnya..jangan hanya disebabkan segelintir mereka2 yang sukamempermainkan Agama & bertindak sebaliknya, maka golongan Ustaz2, TuanGuru2 atau pun ulamak2 diheret sama dalam permasalahan iniyang batil tetapbatil& yang hak tetap hak.

Wallahu Taala Alam




Bahayanya sikap suka mengampu..


Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata

” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.”

Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita. Kata-kata tersebut saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.

Isnin, 12 Mei 2014

Jangan kritik

Kita perlu faham dan tahu sesuatu isu sebelum kita sibuk mengkritik. Jika tidak faham tetapi masih sibuk mengkritik jadilah membuta tuli. Jika kita seorang guru tak perlu menegur cara kerja seorang doktor kerana itu bukan bidang kita. Kita tidak tahu dan tidak belajar cara doktor bekerja.

Begitu juga jika kita cuma seorang guru biasa, kita tidak tahu dan tidak faham kaedah untuk mengurus mentadbir sesebuah sekolah dari segi kewangan, disiplin, susunan jadual, prestasi , ABM dan macam2 lagi.

Jika tetap ingin kritik...jadilah seperti anjing yang menyalak. Bila diberi penjelasan mengapa begitu begini terdiam malu ibarat anjing diberi tulang.

Sudahnya, kita buat kerja kita. Orang lain buat kerja mereka. Masing-masing buat kerja sendiri. Tanpa sibuk nak jaga tepi kain orang lain. Tak tahu diam. Biar orang yang tahu selesaikan. Jangan sibuk berpura-pura seperti tahu semua perkara. Itu jijik!

Ahad, 11 Mei 2014

Apa hukum mc tipu?


artikel penuh
http://drzubaidi.com/blog/mc-sijil-perakuan-sakit-hak-pekerja-atau-hak-majikan-atau-hak-doktor/


Benar! Siapa kita untuk tentukan halal haram gaji seseorang. Kita bukan Tuhan. Kalau begitu JAKIM tidak perlu wujud untuk tentu halal haram makanan di Malaysia ini. Salahkah kita sesama Islam mengingatkan sesuatu? Namun, disebabkan benda haram ini telah menjadi kebiasaan, maka semua orang membisu dan menidakkan.

          Jangan hanya makanan sahaja yang kita beria-ia jaga kesucianya dan halal haramnya. Jangan hanya nampak mencuri itu haram, merompak itu haram, berzina itu haram. Kadang-kadang kita terlupa bahawa kerja yang halal juga boleh menyebabkan gaji jadi haram jika tak kena caranya.

Seperti kata Dr Zubaidi sendiri dalam blognya
Saya tidak mempertikaikan pekerja yang benar-benar sakit. Tetapi saya cuba lontarkan pendapat sebagai seorang doktor yang memegang amanah untuk menilai tahap kesihatan pekerja.

Bagi mereka yang berniat menipu, kesalahan  dan dosa haruslah dipikul oleh mereka. Bukan doktor. Saya tidak bersubahat atas dosa itu.
 Begitu juga Shaz. Shaz tidak mempertikaikan mereka yang benar-benar sakit!

Doktor saran tidak perlu kemuka MC jika sakit


KUALA LUMPUR: Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit?

Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.


 "Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.


"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus.

"Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit.

Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.
Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil.

“Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini.

"Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya.

Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.
sumber : 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DoktorsarantidakperlukemukaMCjikasakit/Article/


 Jual sijil sakit : SPRM sedia bantu KKM


 KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membantu Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa segelintir pengamal perubatan menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, “SPRM boleh menyiasat memandangkan ia melibatkan elemen pemalsuan dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan…terdapat unsur nilai kewangan”.
“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa.
“Pada masa yang sama integriti pengamal perubatan (dapat) dipertingkatkan,” katanya.
Pengeluaran sijil palsu satu kesalahan di pihak pengamal perubatan dan pekerja terlibat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, SPRM pernah mengambil tindakan ke atas doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan doktor menerima bayaran tertentu.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pengamal perubatan yang terbukti menjual sijil sakit kepada pekerja yang sihat.
Pengamal perubatan terbabit akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang mempunyai hak untuk membatalkan sijil amalan perubatan, katanya.

Dosa Harta Seorang Pekerja

Dosa Harta Seorang Pekerja
oleh Ustaz Zaharuddin
Berikut adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.

Contoh dosa harta seorang pekerja.
1.Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

2.Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.

3.Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja.
 Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.

4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan.
 Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.

5.Rasuah dalam membuat pemilihan.

Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat
Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.
Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam Islam.

6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan
oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.

7.Menaikkan harga. Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.

8.Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut Islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B.
Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam Islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan Islam.

9.Tuntutan Palsu. Kakitangan membeli barang keperluan syarikat ataumengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan
kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukumnya adalah HARAM menurut Islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

10.Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.

11.Ambil Untung Sendiri. Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjayamencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan hargaRM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan
penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.
Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja. Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah hadis berikut,

Nabi bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (Riwayat Abu Daud)

 http://amal4444.blogspot.com/2009/07/muhasabah-diri-gaji-biar-halal-berkat.html

matematik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen