Ahad, 5 Ogos 2012

Cabaran guru melaksanakan PBS

Salam pagi.

PBS cikgu-cikgu macamana sekarang? 
Cerita online, Shaz cuba tick band pelajar tetapi nampaknya hanya siap dalam 20% sahaja. Satu kelas dah cuba buat, 2 kelas belum buat. Yang satu kelas tu pun, banyak yang belum siap. Pagi ni, Shaz cuba lagi masuk sistem untuk siapkan kelas tersebut tetapi masih lagi skrip error. Apabila masukkan ic dan password terus jadi error. Hampir seminggu dah tak boleh buat apa-apa. Kalau bukan skrip error, loadingnya pula memanjang. 

Alhamdulillah, cerita hardcopy pula...semua pelajar Shaz sudah buat PBS sehingga Bab 11 :Perimeter dan luas. InsyaALLAH minggu depan Shaz akan mengajar Bab 12 kemudian minggu lagi satu menjalankan PBS Bab 12. Tetapi masalahnya, Shaz agak soalan-soalan tersebut masih belum siap. Itulah masalahnya apabila kerjasama antara guru-guru tidak dapat diberikan 100%. Ketuk-ketuk minta buatkan soalan berkali-kali barulah boleh siap tapi lewatnya sampai berbulan-bulan. Mungkin untuk Bab 12 ini Shaz akan buat soalan sendiri tanpa menunggu soalan yang sepatutnya disediakan oleh guru lain. Maaf Shaz katakan, bukan semua orang guru itu rajin. Memang ada yang malas dan tidak mampu memberikan komitmen. 

Itu kes guru yang lambat sediakan soalan, kes guru yang sudah sediakan soalan pula. Contoh soalan sudah diberi, tugas cikgu cuma edit soalan, periksa deskriptor dengan DSP kerana dikhuatiri ada salah, sediakan ruang untuk pelajar menulis jalan kira  dan buatkan page number agar lebih sistematik dalam penyimpanan. Malangnya, ada yang membuta tuli terus mencetak soalan dan memperbanyakkan soalan tanpa sebarang edit dan semakan. Akhirnya, itu silap ini silap. Ruang untuk pelajar buat jalan kira tiada, rajah salah, page number tunggang terbalik, tiada skema, bilangan soalan tidak mencukupi, tahap soalan yang terlalu mudah dan macam-macam lagi. Buat sekadar beri nama buat. Shaz memang sangat tidak berpuas hati.

Apa yang Shaz nampak, PBS ini akan berjaya jika ada komitmen dari guru-guru. Tetapi berjayakah PBS ini dengan telus jika sikap guru masih tidak boleh diubah. Sedangkan pengisian markah SAPS online-yang remeh dan senang, ada guru yang tidak mampu melaksanakannya sehingga menyusahkan guru lain dan menyusahkan setiausaha peperiksaan yang terpaksa tolong mengisi (kes tidak isi) dan tolong edit markah (kes salah key in markah). SPPBS pula bukan kategori remeh. Kalau guru tidak boleh beri komitmen dan jenis buat kerja last minute, nampak gaya memang tahun depan pun takkan siap. Kecuali guru tersebut main tick band 'suka-suka hatinya' pada hujung tahun nanti. We see!

3 ulasan:

  1. samelaa shaz..
    kadang ade yg buat soalan xtest dulu pun.. jawapan kadang2 siap ade point, yg mana pelajar akan surrender nak jawab kalau xpakai calculator.. (cikgunye pun same.. hehehe)
    sy kena buat bab 9 - bab 12.. kalau nak soft copy, nak usha2 soalan, boleh la bg email add.. :)

    shaz bace x band 5 pnye tafsiran: Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah..
    JU bagi penerangan pelajar kena jawab 1 soalan dgn menggunakan 2 jalan kerja.. so shaz buat camtu gak ke? atau buat 1 jalan kerja pun dah terima.. sbb asiah tgk pelajar dr puchong yg pindah ke sek asiah, cikgu die tick je..

    BalasPadam
  2. apa yg Shaz faham band 5 tak apa kalau 1 kaedah je. janji betul dan sistematik. JU KL mcm tak cakap apa2 pasal band5 ni.

    sek shaz dah beres soalan sampai bab 11. yg bab 12 ni shaz tengah buatkan. (tolong buatkan keje org) sebab nampak gaya deskriptor bab 12 ni ada yg kena buat model cube cuboid dan ada yg cikgu kena tunjukkan objek minta pelajar anggarkan isipadu. shaz takut cikgu2 main print je contoh soalan yg diberi sebab contoh soalan tu ada salah.

    BalasPadam
  3. Menyusahkan je semua benda ni bagus lagi ikut style pembelajaran yang lama budak2 sekarang mana reti nak hormat guru dah tu la masalah kalau budak2 dimanjakan

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi