Apa cerita cikgu mengenai PAJSK? Ada tak guru yang tidak terlibat dengan PAJSK? Mesti ada terutamanya guru-guru menengah atas.
Penolong Kanan Koko sekolah Shaz dah edarkan beberapa borang yang melibatkan PAJSK ni kepada guru-guru kelas. Beliau telah menugaskan guru kelas untuk mengedarkan borang-borang kepada pelajar dan mengisi markah pelajar dalam SPPBS.
Antara borang-borang yang terlibat adalah -:
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
Lampiran B : Borang Rekod Kehadiran / Penyertaan untuk Sukan / Kokurikulum/ Ekstra Kurikulum
Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
Lampiran D : Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum
Jika cikgu-cikgu masih tiada borang-borang di atas, cikgu boleh muat turun borang-borang ini di menu DOWNLOAD sebelah kanan -------------------------------------------------------->
Cadangan pergerakan borang-borang ini
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
- Guru PJPK yang bertanggungjawab mengisi borang ini.
- Apabila guru kelas diberi borang ini, guru kelas asing-asingkan borang pelajar lelaki dan borang pelajar perempuan. Serahkan kepada guru PJPK lelaki dan perempuan.
- Ambil semula borang yang telah siap diisi dari guru PJPK dan key in dalam SPPBS.
- Tarikh akhir isi untuk penggal 1 adalah 15 Ogos 2012
- Borang ini diisi oleh guru penasihat atau penganjur aktiviti.
- Guru kelas beri borang ini kepada pelajar yang terlibat. Pelajar tersebut mencari sendiri guru penasihat dan kemudian menyerahkan borang kepada guru kelas kembali.
- Borang ini diisi oleh guru Ketua Penasihat.
- Guru kelas mengedarkan borang ini kepada pelajar. Minimum satu pelajar 3 keping borang untuk rekod Kelab/ Persatuan, Unit Beruniform dan Rumah Sukan.
- Untuk memudahkan kerja guru kelas, minta pelajar menulis nama kelab, unit dan rumah sukan yang mereka terlibat. Kemudian guru kelas kutip semula borang-borang tersebut dan asing-asingkan dan kelas-kelaskan mengikut kategori. Contoh -: untuk Rumah Biru, staplekan semua pelajar rumah biru dan untuk persatuan bahasa Cina staplekan semua pelajar persatuan Bahasa Cina.
- Selepas siap diasing-asingkan, guru kelas menyerahkan borang-borang pelajar kepada Ketua Guru Penasihat yang terlibat.
- Dengan cara ini, keciciran borang pelajar kelas cikgu boleh diatasi.
- Borang diberi kepada pelajar yang terlibat sahaja.
- 1 borang untuk 1 aktiviti atau 1 penglibatan sahaja.
- Guru yang mengisi borang ini adalah guru yang terlibat dengan aktiviti ekstra kurikulum pelajar tersebut. Contoh Ketua Kelas diisi oleh guru kelas. Ketua Murid sekolah diisi oleh ketua guru disiplin/ PK HEM.
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
- Shaz pasti semua guru PJPK tahu cara permarkahan Segak ini. Jadi Shaz tidak mahu bercerita panjang mengenai ini
Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
- Ada 3 aspek permarkahan iaitu penglibatan (50 m), penyertaan (40m) dan prestasi (20)
- Dari setiap aspek tersebut pula dibahagikan kepada elemen-elemen yang pelajar capai.
- Elemen dalam penglibatan melibatkan jawatan (10m), peringkat (20m) komitmen (10) dan sumbangan (10)
- Elemen dalam penyertaan pula melibatkan kehadiran sebanyak 40m ditentukan dari bilangan pelajar hadir aktiviti.
- Elemen prestasi pula adalah pencapaian sebanyak 20m
- Elemen jawatan- guru mesti merujuk Slaid 17 Handout Taklimat PAJSK sebelum memberi markah kepada pelajar. Ada perubahan permarkahan. Tidak sama markah dengan sistem permarkahan sebelum ini.
- Elemen peringkat pula dibahagikan kepada 3 peringkat. Rujuk Slaid 18.
- Elemen komitmen melibatkan nilai murni. Rujuk Slaid 21
- Elemen khidmat sumbangan rujuk kategori pelajar samada teknikal, pengurusan atau sokongan pada Slaid 22.
- Elemen kehadiran tidak perlu dikira kerana dalam borang, guru penasihat hanya perlu tandakan bilangan kehadiran pelajar dan bilangan sepatutnya hadir sahaja.
- Bagi elemen pencapaian pula, guru perlu tandakan markah pelajar berdasarkan peraturan dalam Slaid 27.
Maaf, entri ini kurang lengkap sepenuhnya
kena buat ke ni? penin nak isi borang..
BalasPadam