Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Selasa, 20 November 2012

Kereta guru kemalangan





                                                             
Kemalangan. Mungkin perkara biasa. Tiada apa yang istimewa dengan tajuk "kereta guru kemalangan" ini.

Kemalangan ini berlaku pada 13 November 2012 di Sarawak. Guru yang terbabit adalah seorang guru wanita dan semasa kemalangan dia dan bayinya yang berusia 9 bulan berada di dalam kereta tersebut.Alhamdullillah. Kedua-dua mereka selamat.

Kejadian berlaku sewaktu guru wanita  tersebut perlu ke sekolah untuk bertugas bergilir-gilir menjaga sekolah pada waktu cuti persekolahan. Beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah lori kontena.

Kenapa bersama bayi? Mana suami?

Untuk pengetahuan pembaca, suami guru tersebut bekerja di Semenanjung. Sejak habis pantang, guru wanita itu membawa bersama bayinya yang ketika itu berusia 3 bulan ke Sarawak kerana tiada sedara mara yang boleh menjaga bayinya.

Di Sarawak pula, guru tersebut mengajar di penempatan tiada orang Islam dan menyukarkan beliau mencari pengasuh anaknya. Akhirnya beliau terpaksa membawa bersama anaknya setiap kali ke sekolah. Mengajar bersama anak di sekolah. Bayangkan kesusahan guru yang juga bergelar ibu ini. Bagaimana seorang bayi yang berusia 3 bulan berada di sekolah 7 hingga 8 jam setiap hari?

Pertukaran? Egtukar? ... sedih kerana guru itu gagal dalam pertukaran sesi Januari 2013 dan juga pertukaran-pertukaran yang dimohon bertahun-tahun dahulu.

Masih ingat tak kisah seorang guru wanita di Perak  yang meninggal di sisi bayinya yang baru berusia 9 bulan tanpa suami di sisi? Itulah yang bermain di fikiran guru wanita ini. Sendirian di bumi Sarawak yang jauh dari suami dan keluarga. Hanya kapal terbang yang menjadi penghubung. Bayangkan jika berlaku kecemasan.

Duhai KPM, majikan kami : tunduklah tengoklah mereka yang berjauhan dengan suami dan anak-anak. Fahamilah penderitaan mereka. Berilah peluang untuk mereka tinggal bersama keluarga.


Tarikh akhir SPPBS dilanjutkan ke 30 November 2012


Jika dibaca pada pengumunan sebelum ini, SPPBS memberi amaran bahawa tiada pelanjutan tarikh akan diberikan dan tarikh akhir adalah 20 November 2012 memandangkan pihak SPPBS perlu melakukan lagi operasi naik kelas. 

Namun, tiba tarikh 20 November 2012, SPPBS membuat pengumuman tarikh dilanjutkan sehingga ke 30 November 2012. 

Antara pendapat penting guru tentang pelanjutan tarikh ini adalah :

"mereka prihatin dengan masalah guru-guru yang masih tak dapat tick band, jadi mereka lanjutkan tarikh"

"mereka tiada pendirian" 

Apa yang Shaz perhatikan terlalu banyak kali SPPBS memberi pelanjutan tarikh untuk urusan keyin SEGAK, PAJSK dan juga tick band. 

Kenapa ye? 
Mungkin juga kerana kekhilafan di pihak SPPBS sendiri dengan sistem error dan juga masalah server. TETAPI, bukan sepanjang tahun server bermasalah. Ada masa, sistem SPPBS laju sangat-sangat.

Apabila ada guru yang buat alasan LANGSUNG tak boleh tick band sebab server problem dan sppbs unavailable, Shaz jadi pelik pula. Sebab sistem ini satu Malaysia yang pakai. Takkanlah dia seorang je yang unavailable dan ada masalah server sejak SPPBS dibuka beberapa bulan lepas. Beberapa bulan lepas. Bukan beberapa hari lepas. Sepanjang masa bulan itu, mustahil tak pernah boleh tick band. Betul tak?

Lagi satu pula, budaya sesetengah cikgu-cikgu kita sendiri. Tarikh akhir adalah tarikh pertama. Itulah masalahnya. Sedangkan pada tarikh 9 November lepas (tarikh akhir persekolahan), masih ada guru yang baru nak cari dan nak isi borang transit dan senarai semak individu pelajar dan senarai semak kelas. Itu pun kerana pihak pentadbir minta borang-borang tersebut untuk dimasukkan dalam fail showcase. Isk. Isk. Jika dikatakan buat kerja last minute, pemalas dan tidak bertanggungjawab tentu ramai yang marah. Cikgu-cikgu kita ni sensitif. Nak tegur pun kena berlapik-lapik. Silap tegur merajuk dan memberontak. Pentadbir sendiri pun pening kepala nak hadapi guru-guru yang jenis berbudaya kerja macam ni.

Apa-apa pun cikgu. Tahniah kepada mereka yang sudah siapkan SPBBS sebelum tarikh 20 November dan semasa tarikh 20 November. 

Kepada mereka yang belum siapkan :  
Buatlah cikgu. Itu markah budak-budak kita. Itu juga penyumbang masa depan mereka. Itu amanah yang majikan telah turunkan kepada kita. Itu jugalah penentu halal haram gaji kita. Jangan ambil mudah.

Isnin, 22 Oktober 2012

SBA - PBS : Usah bebankan guru dan pelajar

PEMANSUHAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2014 pasti memberi anjakan baru kepada sistem pendidikan dan peperiksaan negara yang kini merentasi era globalisasi.

Pemansuhan itu satu mekanisme baru bagi menyaingi proses pembelajaran peringkat global, sekali gus mencapai matlamat melahirkan pelajar berprofil tinggi.

Bagaimanapun, ada pihak beranggapan pemansuhan itu akan gagal jika pengenalan baru menerusi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) yang akan menggantikan PMR tidak mampu dilaksanakan dengan baik.

Persoalannya, mampukah SBA memberi impak lebih baik berbanding PMR?

Pengarah Makmal Penyelidikan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah berkata, pemansuhan atau pengenalan dua sistem penilaian tidak perlu dipertikaikan, namun kemampuan kedua-duanya memberi impak terbaik kepada sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, setiap sistem penilaian perlu mengambil kira pelbagai aspek dan wajar dilaksanakan apabila sudah bersedia kerana implikasinya besar kepada sekolah, pelajar, tenaga pelaksana, masyarakat dan masa depan.

“Persediaan penting kerana kita tidak mahu apabila sistem penilaian baru diperkenalkan, impaknya tersasar sehingga menjadi uji kaji semata-mata"

“Kita juga tidak mahu apabila sistem lama dimansuhkan, ada pihak tidak berpuas hati dan mula mempersoalkannya. Ini boleh menggugat proses dan keharmonian sistem pendidikan negara"

“Yang penting, sistem penilaian yang digunakan itu mampu memberi impak terbaik dan lebih baik daripada sistem sedia ada, barulah pemansuhan itu berbaloi,” katanya.

PMR yang diperkenalkan pada 1993 bagi menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) akan dimansuhkan pada 2014 bertujuan mengelak sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Menerusi SBA, pihak sekolah sebagai pengendali tetapi masih di bawah pengawasan Lembaga Peperiksaan untuk memastikan soalan yang disediakan berkualiti, setara dan mampu mengukur prestasi pelajar.

Katanya, tidak salah jika mahu memperkenalkan sistem penilaian baru, namun kajian mendalam perlu dilaksanakan bagi memastikan ia mencapai matlamat.

Selain itu, katanya, sistem diperkenalkan itu perlu telus dan tidak menambah beban fizikal dan mental guru sebagai mekanisme pelaksana.

“Sebab itu, sebelum melaksanakannya, kajian mendalam perlu dilakukan kerana tidak mahu timbul masalah yang akhirnya akan menjadikan pelajar, guru dan sekolah sebagai mangsa keadaan.

“Memang benar, banyak negara maju melaksanakannya, namun di negara kita masih banyak aspek perlu diambil kira. Contohnya, kesediaan guru sebagai mekanisme pelaksana juga penerangan jelas agar lebih memahami.

“Jika tidak, saya percaya pengenalan sistem penilaian baru itu pasti rumit, sekali gus menambah beban dan tekanan sedia ada. Yang menjadi mangsa ialah pelajar dan guru,” katanya mengakui tempoh kajian yang tinggal kira-kira dua tahun sebelum pelaksanaan sudah memadai.

“Panel yang bertanggungjawab dalam sistem ini perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak sama ada kementerian, sekolah, guru, pakar akademik atau badan bukan kerajaan.

“Pendapat mereka juga boleh membantu memberikan input terbaik selain penerangan kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang selama ini sudah serasi dengan sistem penilaian lama,” katanya.

Antara persoalan yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana mahu mengklasifikasikan kedudukan pelajar mengikut aliran ketika di tingkatan empat.

“Menerusi PMR, kita boleh mengklasifikasikan mereka berdasarkan keputusan.
Bagi yang cemerlang akan memasuki aliran sains, yang lain sastera atau vokasional.

“Apabila SBA diperkenalkan, apakah kriteria yang akan digunakan, bagaimanakah kita mampu menilai pelajar berkenaan?

“Semua ini memerlukan jawapan dan penyelesaian. Sebab itu penting perbincangan bersama untuk mengetahui persediaan dan tahap kemampuan kita memperkenalkan sistem penilaian baru,” katanya.

Mengakui pemansuhan PMR sebagai langkah berani melahirkan pelajar serba boleh dan kompeten selari kehendak semasa, selain mahu menyamai sistem penilaian diguna pakai di negara maju.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik dan perlu melalui frasa demi frasa supaya sistem penilaian itu selari dengan standard yang ingin dicapai.

“Kita tidak boleh menafikan, bidang pendidikan juga perlu melalui anjakan perubahan supaya selari dengan negara maju, namun biarlah ia dilaksanakan secara konsisten, bukan tergesa-gesa.

“Mencapai standard seperti negara maju memerlukan masa, komitmen, perancangan dan persediaan. Bagaimanapun, usaha ini wajar diberi pujian dan sokongan kerana kita berani berubah.

“Bagaimanapun, ia juga perlu diseimbangkan dengan perubahan pemikiran. Jika mahu lakukan perubahan sistem, cara berfikir, menerima dan membuat tindakan juga perlu berubah.

“Andai sistem saja yang berubah tetapi pemikiran tetap di takuk lama, sistem ini akan gagal,” katanya.

Beliau juga berharap masyarakat diberi penerangan jelas supaya mereka lebih memahami dan bersedia menerima perubahan sistem penilaian lama kepada baru.

“Penerangan jelas kepada masyarakat pasti memberi kelegaan dan membuatkan mereka faham. Kita tidak mahu, hanya sebelah pihak saja beria-ia melakukannya tetapi yang lain tidak menyokong.

“Gunakan medium seperti media massa dan elektronik untuk menerangkan mengapa perubahan mesti dibuat terutama kepada masyarakat kelas sederhana dan bawah.

“Perubahan ini bakal memberi impak kepada semua, justeru, penting bagi pihak terbabit mengetahuinya dengan jelas supaya tidak akan timbul kekeliruan,” katanya.

Diambil dari Harian Metro

Khamis, 18 Oktober 2012

Modul Cegah Hamil Luar Nikah Dalam Kokurikulum Tahun Enam, Tingkatan Tiga

KUALA LUMPUR: Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar nikah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan lepas, yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah 16 tahun.

Pelaksanaan itu merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu sosial yang mencatatkan lebih 6,000 kehamilan dan kelahiran yang melibatkan gadis di bawah usia 16 tahun sejak tahun 2000.

“Berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejumlah 6,820 kehamilan dan kelahiran melibatkan gadis di bawah 16 tahun telah direkodkan antara 2000 dan 9 Oktober 2012,” kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) di Parlimen.

Projek perintis itu merupakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, mengajar murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga mengenai risiko dan bahaya seks menerusi program Kesihatan Reproduktif dan Sosial.

Program itu berdasarkan modul Kesihatan Reproduktif Remaja oleh Persatuan Kesihatan Reproduktif Persekutuan.

“Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kokurikulum untuk Tahun Enam dan Tingkatan Tiga selepas peperiksaan UPSR dan PMR, serta pelajar yang menjalani peperiksaan khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mulai September,” katanya.
Kementerian itu berkata, terdapat 67 guru diberi latihan untuk mengajar 1,360 pelajar mengenai bahaya dan risiko seks sebelum berkahwin semasa program itu diadakan antara 8 dan 10 September.

Khamis, 11 Oktober 2012

Dipaksa bogel dan dirakam oleh senior

Si ayah menunjukkan bukti video yang dirakam.
Selain itu, mangsa turut disepak.
Lokasi kejadian:sekolah berasrama di Kedah

Rabu, 10 Oktober 2012

Hanya dua gambar

 baru sekejab tadi nak tick band. dapat page macam ni.

gambar di bawah pula, tiada kaitan dengan di atas. tetapi, boleh dibaca untuk rujukan.



Ahad, 7 Oktober 2012

Jadual Peperiksaan SPM 2012

Ada 2 format :

Format PDF boleh dowload di sini
Boleh juga terus view dan dowload dari scribd. Klik di sini

Jadual Waktu SPM 2012

Download Perisian e-step untuk tuntutan pengawas peperiksaan



Petugas peperiksaan awam di Kuala Lumpur boleh memuat turun perisian STeP Ver 3.1 (JPNWPKL) yang akan digunakan untuk membuat tuntutan perjalanan dan pengawasan.


p/s: Shaz sendiri belum pernah guna perisian ni. Sekarang tengah download. 

Khamis, 4 Oktober 2012

Aik, marah cikgu jugak?

Shaz masih ingat belajar sifir 9 guna jari semasa darjah 4. Diajar oleh Guru Besar perempuan ketika beliau relief kelas. Semua kawan-kawan begitu teruja nak mahirkan sifir 9 guna jari ni.

Dari guna jari tu, Shaz nampak hubungkait nombor-nombor seperti di bawah ni.


 

Soalan PBS Matematik Tingkatan 1

Ramai rakan minta emelkan contoh soalan pbs math.

Disebabkan kesibukan yang amat sangat, jadi tak sempat nak emel.

Untuk memudahkan cikgu, Shaz dah kongsi file tersebut di 4shared.

Boleh download di sini.

Boleh juga  rujuk menu DOWNLOAD di sebelah kanan blog ni.

p/s :soalan tidak dimurnikan dan ada beberapa evidens yang tidak sesuai dan tidak kesah.
harap maklum.

Rabu, 3 Oktober 2012

80% guru amal budaya penyayang. 20% amal budaya apa?

Kuala Lumpur, 26 Sept. - Hasil kaji selidik Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian Pelajaran mendapati lebih 80 peratus guru di negara ini mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.

Menurut Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman, peratusan itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang melaksanakan Program Guru Penyayang sejak Februari lalu.

Beliau berkata, kira-kira 87.5 peratus murid mendapati guru-guru di sekolah adalah penyayang dan mengambil berat terhadap mereka.

“Ia sesuatu yang positif terhadap pengukuhan dan menambah baik Program Guru Penyayang yang sedang dilaksanakan ketika ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahim, peratusan tersebut bukanlah bermakna bilangan guru selebihnya tidak penyayang tetapi belum mengamalkan sepenuhnya budaya tersebut yang ditekankan menerusi program berkenaan.

“Kami berharap peratusan itu akan meningkat dengan kesemua guru di negara ini mengamalkan budaya penyayang kerana ia merupakan aset dan sifat profesional yang perlu ada pada seorang guru," jelasnya.
Mengulas mengenai konvensyen tersebut, Ab. Rahim berkata, program selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan mendapat maklum balas dan pandangan di peringkat sekolah yang melaksanakan program berkenaan bagi mencari kaedah penambahbaikan.

“Ia melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin Jabatan Pelajaran Negeri serta wakil persatuan guru," ujarnya.

sumber : Utusan Malaysia

________________________________________________________________________________

Adakah keputusan kajian ini belum melibatkan soal selidik yang dijalankan setiap bulan oleh guru kelas?

Isnin, 1 Oktober 2012

Buku kerja instrumen PBS Matematik Tingkatan 1


Buku ini adalah terbitan Longman. Sampel telah diedarkan ke sekolah-sekolah yang bertuah. (sekolah shaz belum terima lagi, rasanya).

Kebaikan buku ini, siap dengan kod band setiap latihan yang diberikan. Boleh dijadikan rujukan untuk pembinaan instrumen eviden oleh guru atau juga boleh terus dijadikan evidens oleh pelajar.

Cuma cara perlaksaan mungkin berbeza,
1) pelajar tidak dibenarkan bawa pulang buku tersebut
ATAU
2) pelajar dibenarkan bawa pulang buku tersebut.

Bergantung kepada versi PBS yang telah anda fahami.

Khamis, 27 September 2012

Band 5 : Bukan mudah-mudah boleh diberi

Sebelum Shaz bercerita tentang pendapat. Jom kita ulangkaji semula apa kata standard prestasi mengenai tahap-tahap band ini. Perhatikan band 5 meminta kita menilai pelajar yang tahu, faham dan boleh buat dengan BERADAB TERPUJI

KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham 
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat 
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Bagi menambah lagi kefahaman kita, perhatikan pula tafsiran band secara umum mengenai band-band ini. Isi penting untuk band 5 adalah 'situasi baru, ikut prosedur dan sistematik'
 
TAFSIRAN BAND
BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh 
melakukan kemahiran asas atau memberikan
 respons kepada perkara yang asas.
2
TAHU  DAN FAHAM 
Murid menunjukkan kefahaman untuk
 menukar bentuk komunikasi atau
 menterjemah serta menjelaskan
 apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM
 DAN BOLEH BUAT 
Murid menggunakan pengetahuan
 untuk melaksanakan sesuatu 
kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN
 BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran 
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
 atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN
 BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran 
dalam situasi baru, dengan mengikut 
prosedur atau secara sistematik, 
serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN
 BOLEH BUAT DENGAN 
BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang
 kreatif dan inovatif,  mempunyai
 keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi 
permintaan serta cabaran dalam
 kehidupan seharian serta boleh
 berbicara untuk mendapatkan dan 
menyampaikanmaklumat menggunakan
 ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
 menjadi contoh secara tekal.

BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Tahu pengetahuan asas matematik.
2
Tahu dan faham konsep dalam matematik.
     3
Tahu, faham dan boleh menggunakan kemahiran asas matematik.
4
Tahu, faham dan boleh menyelesaikan masalah matematik secara sistematik.
5
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam 
menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggunakan pelbagai kaedah.
6
Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik 
secara kreatif, inovatif dan berkesan.


Dalam subjek matematik : band 5 menyebut 'masalah yang kompleks' dengan pelbagai kaedah. 

Jadi,
1. Adakah bermakna masalah yang tidak kompleks tidak boleh digunakan pakai untuk band5?
-Jawapan : Ya. Soalan aras mudah tidak sesuai untuk band5. Bermakna guru perlu mengubal soalan yang susah untuk band5.
 
2. Adakah pelajar perlu menunjukkan lebih dari satu kaedah penyelesaian matematik bagi satu-satu soalan? 
 -Jawapan : Tidak. Tetapi digalakkan kaedah berbeza untuk setiap soalan bagi menunjukkan kepelbagaian kaedah.

3.Bolehkah pelajar yang dibantu oleh guru  dengan penerangan soalan dan penerangan jalan kira diberikan band5?
-Jawapan : Of course NOT. 


p/s : jawapan mungkin berbeza mengikut taklimat masing-masing

 
 

Rabu, 19 September 2012

Kenapa buat kerja dengan terbaik?

Pernah tak fikir kenapa ada orang buat kerja dengan bagus dan bersungguh?
  • Apa tujuan orang itu?
  • Adakah untuk SKT?
  • Adakah untuk pujian pentadbir?
  • Adakah untuk kepuasan diri? 

Bagi Shaz,
Shaz cuba untuk buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan terbaik
untuk
  • pahala di akhirat nanti
  • keberkatan gaji bulanan yang diterima
  • semoga anak-anak Shaz nanti juga dididik oleh guru yang sentiasa buat yang terbaik.

Bukan nak percaya dengan hukum karma,
tetapi percaya kepada
buat baik dibalas baik
buat jahat dibalas jahat

jika kita sebagai guru hanya ala kadar mendidik anak orang,
tak mustahil nanti anak kita juga dididik dengan ala kadar sahaja

jadi mulai sekarang
sambil kita mengajar anak orang,
kita niatkan di hati
"semoga apa yang telah aku berikan kepada pelajar-pelajar ini
akan diterima kembali malah lebih lagi oleh anak-anakku"

sebab itulah
anak cikgu sentiasa jadi best student di mana-mana sekolah pun

FAQ PBS

Baca FAQ

Selasa, 18 September 2012

Pemantau PBS dah mula turun padang

Di atas tu adalah status facebook salah seorang admin PBS Math JPWP. 
Nampaknya pemantau sudah mula turun padang melihat perkembangan PBS di sekolah-sekolah KL. 


Khamis, 13 September 2012

Kertas percubaan SPM Selangor & KL bocor di FB?

KUALA LUMPUR - Soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini, didakwa  sudah tersebar menerusi laman sosial Facebook.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada seorang guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan kepada soalan itu dimuat turun di Facebook sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.

''Selalunya  mereka akan letak soalan itu  sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek, namun  apa yang menimbulkan tanda tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang perkara ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial  berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut, namun  selepas maklumat mengenainya tersebar di media, laman itu telah  tiada pada jam 3 petang tadi.
Kertas percubaan SPM bocor di FB
Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar peperiksaan telah dimuat turun  di laman tersebut.

“Saya harap pihak berkuasa termasuk Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat turun adalah 99.9 peratus  tepat seperti soalan sebenar,”katanya.

- sumber Sinar harian

Doakanlah kesihatan Ahmad Adam Syukri





ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MU
LUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.

DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..

 
Adam semasa lahir
 
Adam pada bulan Mac
 
Adam pada Mei

Adam


Adam : sekarang September





carian facebook : Ahmad Adam Syukri

Isnin, 10 September 2012

Nurul Ain Ann-Kamil - Guru makan gaji buta


Ramai yer orang yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu ni. Alhamdulillah.

Apa yang Shaz nampak, dia ini terlalu berbangga dengan dirinya yang kononnya lagi hebat dari guru dan lagi pandai bahasa Inggeris dari guru. Tapi sayang, ayat bahasa Inggeris pun tak berapa nak betul jugak.

Isi-isi penting.
  1. Guru bergaduh dengan suami/kekasih etc dan melepaskan geram kepada pelajar. 
  2. Guru kurang ajar.
  3. Guru tak tahu berkomunikasi dengan ibubapa
  4. Guru melayu tak pasti cakap bahasa Inggeris
  5. Guru bahasa Inggeris salah menggunakan bahasa Inggeris
  6. Guru asyik bergosip
  7. Guru berniaga barang Cosway, Avon etc
  8. Guru selalu MC
  9. Guru selalu mengandung semata-mata kerana cuti bersalin 3 bulan
  10. Guru makan gaji buta
  11. Kerajaan buta (kerana beri guru cuti bersalin yang lama)
  12. Ibubapa tak percayakan guru dan hantar anak ke pusat tuisyen (doktor ke yang mengajar di pusat tuisyen? )
  13. Ramai kawan guru dan kawan-kawan guru BELIAU yang menyampaikan semua informasi di atas.
Ada betul juga yang disampaikannya tetapi banyak juga isi yang ditulis tanpa usul periksa dengan kata-kata tuduhan yang melampau sehingga menghina pekerjaan guru. Contohnya -: Adakah dengan menjadi guru bermakna cikgu itu wajib pandai berbahasa Inggeris?

ORANG SALAH FAHAM DENGAN CIKGU

Orang ingat cikgu adalah malaikat dan cikgu itu maksum sedangkan cikgu juga adalah manusia biasa yang ada hati, perasaan, sikap dan sifat yang pelbagai. Cikgu bukan sempurna tetapi cikgu cuba berikan yang terbaik mengikut akujanji yang telah kami ikrarkan.

KAMI BUKAN 100% SEMPURNA DAN KAMI TIDAK BOLEH JADI 100% SEMPURNA

PBS Math : Akhirnya selesai juga

Betullah kata pepatah "hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih" 
Dalam kepayahan dan cabaran melaksanakan PBS Matematik, akhirnya kami (Shaz dan  pelajar) dapat menyiapkan semua PBS Matematik dari Bab 1 hingga ke Bab 12 pada minggu lepas. 

KOD EVIDENCE
PENERANAGAN EVIDENCE
TARIKH PENTAKSIRAN
B4D9E1
Membuat model kubus dan kuboid

  

Gambar-gambar di bawah ini, Shaz paparkan di blog sebagai bukti jika nanti ada pemantauan dari pihak atasan kerana Shaz tidak menyimpan semua model kubus dan kuboid pelajar. Hanya yang terbaik sahaja, berada dalam simpanan Shaz manakala yang lain dipulangkan kepada pelajar. 

Kelas 1M. B4D9E1 dijalankan pada 29 Ogos 2012 menggunakan hampir 3 waktu matematik. Shaz terpaksa menukar waktu dengan guru memandangkan ramai pelajar tidak dapat menyiapkan model dalam 2 waktu.

Langkah pertama, pelajar melukis bentangan kubus dan kuboid. Arahan dan kaedah diedarkan dalam bentuk lampiran. 
 
Masing-masing sibuk dengan kerja. Tak sempat nak menoleh kanan kira. Bukan lakonan ye. Memang semua sedang fokus. 

Ada kelainan pada bentangan yang dilukis oleh pelajar ini. Memang tidak sama dengan yang diarahkan dalam kertas soalan tetapi boleh diterima.



Ini adalah sebahagian model yang telah siap dibina oleh pelajar. 


 Kelas 1A . B4D9E1 dijalankan pada 5 September 2012. Pelajar kelas ini mampu menyiapkan dalam 2 waktu sahaja. 



Kelas 1Y. B4D9E1 dijalankan pada 11 September 2012 selama 2 waktu kemudiannya disambung lagi esok hari 12 September 2012. Disebabkan telefon Shaz kehabisan bateri pada 11 September jadi Shaz cuma berkesempatan mengambil gambar pada 12 September.
Sebenarnya ramai pelajar yang telah siap pada 11 September, jadi pada 12 September, mereka lebih rileks dan menyiapkan mana yang perlu sahaja.

 Ada juga yang buat semula model yang telah siap pada 11 September.


Model yang dibina oleh pelajar ini, Shaz ambil untuk simpanan. 

 Kerja individu tetapi dibuat dalam kumpulan sambil 'bersantai' dan 'berbual'. Janji kerja siap.


 "Kami dah siap. Ini buktinya" 

"Kami pun dah siap ler" 
 

Ini antara di antara model yang Shaz cek dan kemudiannya dipulangkan kepada pelajar.

PETUA PENTING : 
untuk guru-guru yang belum menjalankan band di atas, pastikan anda menyediakan tong sampah yang besar untuk pelajar-pelajar membuang semua lebihan kertas. Kalau tidak, kelas anda akan dipenuhi dengan pelbagai kertas warna warni di atas lantai. 

tong sampah ni, Shaz ambil di luar kelas dan letak di depan kelas untuk pelajar buang sampah.

Kepada semua pelajar : Cikgu ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Refleksi :

1M dan 1A : 100% pelajar berjaya membina model kubus dan kuboid sendiri mengikut ukuran yang telah diberikan dengan pemantauan guru di dalam kelas. 

1Y : 38/39 pelajar berjaya membina model kubus dan kuboid sendiri mengikut ukuran yang telah diberikan dengan pemantauan guru di dalam kelas.  Seorang pelajar istimewa gagal membina model.

JADI,
tugas Shaz sekarang adalah menyemak evidens pelajar dan menanda band online sahaja.

Khamis, 16 Ogos 2012

Salah isi markah Segak pelajar?

Salam Ramadhan ke 27 sekalian cikgu-cikgu ...

Ada lagi ke cikgu-cikgu yang belum siap isi markah Segak pelajar?
Ada masalah tak?

Shaz nak kongsi cara untuk cikgu-cikgu yang tersalah taip berat,tinggi, atau dapatan Segak pelajar masing-masing.

Caranya -:
1. Non Akademik : Cikgu klik pada Murid, Batal dan cari nama pelajar yang telah tersilap tu.
2. Klik icon Batal pada hujung nama pelajar tersebut.
3. Satu pop up windows akan keluar dan tanya sure atau tidak.
4. Klik Ya.
5. Tunggu loading.
6. Sekali lagi, cikgu klik pada Murid.
7. Ambil daftar dan daftarkan semula pelajar yang telah cikgu batal tadi.
8. Ambil menu Segak, cari nama pelajar tersebut dan cikgu boleh key in semula maklumat yang baru.


Sekian,
Selamat Menyambut Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Dicedok dari SPPBS PERHATIAN : Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan Pelaporan SEGAK bagi Penggal 1 telah dilanjutkan dari 15 Ogos ke 31 Ogos 2012 manakala untuk Penggal 2 ialah pada 30 September 2012.
Sekian. Terima kasih. - LP

Isnin, 6 Ogos 2012

PAJSK :Borang-borang yang berkaitan | Cara mengisi Borang PAJSK

Salam...
Apa cerita cikgu mengenai PAJSK? Ada tak guru yang tidak terlibat dengan PAJSK? Mesti ada terutamanya guru-guru menengah atas.

Penolong Kanan Koko sekolah Shaz dah edarkan beberapa borang yang melibatkan PAJSK ni kepada guru-guru kelas. Beliau telah menugaskan guru kelas untuk mengedarkan borang-borang kepada pelajar dan mengisi markah pelajar dalam SPPBS.

Antara borang-borang yang terlibat adalah -:
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
Lampiran B : Borang Rekod Kehadiran / Penyertaan untuk Sukan / Kokurikulum/ Ekstra Kurikulum
Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
Lampiran D : Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum

Jika cikgu-cikgu masih tiada borang-borang di atas, cikgu boleh muat turun borang-borang ini di menu DOWNLOAD sebelah kanan --------------------------------------------------------> 

Cadangan pergerakan borang-borang ini

Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
  1.  Guru PJPK yang bertanggungjawab mengisi borang ini. 
  2. Apabila guru kelas diberi borang ini, guru kelas asing-asingkan borang pelajar lelaki dan borang pelajar perempuan. Serahkan kepada guru PJPK lelaki dan perempuan. 
  3. Ambil semula borang yang telah siap diisi dari guru PJPK dan key in dalam SPPBS.
  4. Tarikh akhir isi untuk penggal 1 adalah 15 Ogos 2012
Lampiran B : Borang Rekod Kehadiran / Penyertaan untuk Sukan / Kokurikulum/ Ekstra Kurikulum
  1. Borang ini diisi oleh guru penasihat atau penganjur aktiviti. 
  2. Guru kelas beri borang ini kepada pelajar yang terlibat. Pelajar tersebut mencari sendiri guru penasihat dan kemudian menyerahkan borang kepada guru kelas kembali.
Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
  1. Borang ini diisi oleh guru Ketua Penasihat. 
  2. Guru kelas mengedarkan borang ini kepada pelajar. Minimum satu pelajar 3 keping borang untuk rekod Kelab/ Persatuan, Unit Beruniform dan Rumah Sukan. 
  3. Untuk memudahkan kerja guru kelas, minta pelajar menulis nama kelab, unit dan rumah sukan yang mereka terlibat. Kemudian guru kelas kutip semula borang-borang tersebut dan asing-asingkan dan kelas-kelaskan mengikut kategori. Contoh -: untuk Rumah Biru, staplekan semua pelajar rumah biru dan untuk persatuan bahasa Cina staplekan semua pelajar persatuan Bahasa Cina. 
  4. Selepas siap diasing-asingkan, guru kelas menyerahkan borang-borang pelajar kepada Ketua Guru Penasihat yang terlibat. 
  5. Dengan cara ini, keciciran borang pelajar kelas cikgu boleh diatasi.
Lampiran D : Borang Rumusan Aktiviti Ekstra Kurikulum
  1. Borang diberi kepada pelajar yang terlibat sahaja.
  2. 1 borang untuk 1 aktiviti atau 1 penglibatan sahaja. 
  3. Guru yang mengisi borang ini adalah guru yang terlibat dengan aktiviti ekstra kurikulum pelajar tersebut. Contoh Ketua Kelas diisi oleh guru kelas. Ketua Murid sekolah diisi oleh ketua guru disiplin/ PK HEM. 
 Permarkahan dan cara mengisi borang 
Lampiran A : Borang Rekod Segak dan BMI
  1. Shaz pasti semua guru PJPK tahu cara permarkahan Segak ini. Jadi Shaz tidak mahu bercerita panjang mengenai ini


Lampiran C : Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
  1. Ada 3 aspek permarkahan iaitu penglibatan (50 m), penyertaan (40m) dan prestasi (20) 
  2. Dari setiap aspek tersebut pula dibahagikan kepada elemen-elemen yang pelajar capai. 
  3. Elemen dalam penglibatan melibatkan jawatan (10m), peringkat (20m) komitmen (10) dan sumbangan (10)
  4. Elemen dalam penyertaan pula melibatkan kehadiran sebanyak 40m ditentukan dari bilangan pelajar hadir aktiviti.
  5. Elemen prestasi pula adalah pencapaian sebanyak 20m
  6. Elemen jawatan- guru mesti merujuk Slaid 17 Handout Taklimat PAJSK sebelum memberi markah kepada pelajar. Ada perubahan permarkahan. Tidak sama markah dengan sistem permarkahan sebelum ini.
  7. Elemen peringkat pula dibahagikan kepada 3 peringkat. Rujuk Slaid 18. 
  8. Elemen komitmen melibatkan nilai murni. Rujuk Slaid 21
  9. Elemen khidmat sumbangan rujuk kategori pelajar samada teknikal, pengurusan atau sokongan pada Slaid 22.
  10. Elemen kehadiran tidak perlu dikira kerana dalam borang, guru penasihat hanya perlu tandakan bilangan kehadiran pelajar dan bilangan sepatutnya hadir sahaja.
  11. Bagi elemen pencapaian pula, guru perlu tandakan markah pelajar berdasarkan peraturan dalam Slaid 27. 

Maaf, entri ini kurang lengkap sepenuhnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen