Guru sekolah swasta miliki tujuh pistol tiruan ditahan
KOTA BHARU - Polis semalam menahan seorang guru sekolah swasta 
bersama tujuh pistol tiruan yang dibelinya dari negara jiran dan 
dipercayai mahu dijual menerusi laman sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt. Idris Abd Rafar 
berkata, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di dalam sebuah kenderaan 
di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pasir Mas-Salor kira-kira pukul 
1.30 petang.
"Kita menemui tujuh buah kotak yang bertulis G.29 AIRSOFT GUN. Setiap
 satunya mengandungi sepucuk pistol bersama kelopak, yang disembunyikan 
di dalam bonet kereta,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis 
Daerah  Kota Baharu di sini hari ini.
Beliau berkata, pistol tersebut dibeli dengan harga RM60 setiap satu 
dan suspek dipercayai mahu menjualnya di laman sosial Facebook.
"Kami mendapati pistol itu dibeli di Sungai Golok, Thailand dan 
suspek menggunakan orang tengah yang dipercayai warga negara Thailand 
untuk mendapatkannya pistol tersebut,” tambahnya.
Idris berkata suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang jika sabit
 kesalahan boleh di penjara selama setahun atau denda sehingga RM5,000 
atau kedua-duanya sekali. - Bernama
Pensyarah dijel, denda RM25,000
IPOH – Seorang bekas pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) dijatuhi
 hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di 
sini semalam atas lima kesalahan menerima rasuah daripada dua 
pelajarnya, tiga tahun lalu.

 
Pada prosiding semalam, Wong Chee Wai, 41, pensyarah di Jabatan 
Matematik dan Statistik di institut itu menukar pengakuan kepada 
bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim 
Madihah Harullah.
Tertuduh dari Taman Indah Jaya di sini didakwa menerima suapan wang 
tunai RM1,130 menerusi lima transaksi antara 14 September 2011 dan 8 
Februari 2012 di institut berkenaan.
Pelajar berang cederakan guru dengan kerambit
KANGAR - Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan 
(SMK) Kuala Perlis dekat sini telah ditahan polis gara-gara tindakannya 
mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan 
rambut ala punk pada hari pertama persekolahan Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che 
Isa berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 
pagi kelmarin di rumahnya di Kuala Perlis.

"Turut dirampas bersama suspek ialah gunting kecil yang diubah suai 
menjadi senjata kerambit untuk mencederakan guru terbabit," katanya pada
 sidang akhbar semalam.
 
sumber berita : KOSMO
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi