Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 20 April 2014

Pelajar cemerlang SPM buka gerai jual air.

SELAMA - Tiga pelajar perempuan yang mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu terpaksa menjalankan perniagaan sampingan bagi membolehkan mereka mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Nurfaizah Jamaluddin, 17, dari Kampung Sungai Buluh berkata, selepas mendapat keputusan SPM, dia dan beberapa rakan lain ke Kulim dan kawasan Perindustrian Prai untuk mencari pekerjaan bagaimanapun dinasihatkan supaya menyambung pelajaran dan tidak bekerja.
Budak cemerlang SPM tekad jual air
Setelah gagal memperoleh sebarang pekerjaan, timbul keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Menurutnya, semua ini dilakukan untuk membantu mengurangkan bebanan bapanya yang masih menyekolahkan beberapa adik beradik lain.

“Saya bersama dua rakan lain, Nurul Ashyikin Rosli dari Kampung Sungai Kasai dan Husna Nabillah Mohd Nor mengambil keputusan untuk menjual air, mi dan makanan ringan.

"Kami menjalankan perniagaan ini dengan menggunakan wang simpanan kami selama ini.

Walaupun perniagaan yang kami jalankan ini secara kecilan, ia tetap mendapat sambutan baik dalam kalangan pelanggan termasuk penduduk kampung.

"Kami berharap dengan cara ini, kami dapat mengumpul sedikit wang untuk membayar kos pembelajaran ketika mendaftarkan diri ke universiti nanti,” katanya.

BERBEZA pula dengan cerita di bawah ini
ammar anak che ta


Setelah menzahirkan minat terhadap Audi R8,anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy bakal dihadiahkan oleh ibunya sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified yang bernilai kira-kira RM700,000 sebagai hadiah keputusan cemerlang dalam SPM. Pastinya Ammar rasa sangat berbaloi-baloi dengan usaha gigih dan ketekunannya mengulangkaji pelajaran selama ini.

Berkata kepada Kosmo, Ammar memaklumkan yang dia dan ibunya sudah pun pergi “survey” kereta BMW 6 Series tersebut. Kata Ammar:-


Ya memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tue suka je. Kami dah pergi “survey” kereta BMW baru-baru nie. Mungkin kereta Audi itu kena beli sendiri, nantilah lepas kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen