Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 2 April 2012

Panjar dan jenis-jenis panjar

Huraikan jenis-jenis Panjar sebagaimana yang dijelaskan di bawah Arahan Perbendaharaan.

Jawapan

1.Pengenalan
           
Panjar adalah sebarang wang pendahuluan untuk proses pembayaran . Di bawah Arahan Perbendaharaan terdapat empat jenis Panjar iaitu Panjar Gaji, Panjar Seperduabelas, Panjar Unit dan Panjar Wang Runcit.

2.Penggunaan panjar
           
Digunakan hanya bagi tujuan yang ditetapkan dan hendaklah dikeluarkan
semata-mata mengikut syarat-syarat kelulusan yang diberi.

3.Permohonan panjar
  1. Senarai Permohonan hendaklah disampaikan oleh ketua jabatan kepada Akauntan Negara atau Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri.
  2. Amaun hendaklah dihadkan kepada keperlua minimum dengan mengingati rekupan boleh dibuat lebih daripada sekali dalam sebulan.
  3. Permohonan hendaklah menyatakan dengan terang tujuan penggunaan wang tersebut dengan telus.


4.Jenis-jenis panjar.

Panjar Gaji
Panjar Gaji merupakan peruntukan wang bagi tujuan pendahuluan pembayaran gaji.

Panjar Seperduabelas
            Panjar Seperduabelas merupakan peruntukan wang tunai dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan. Ianya tidak dipertanggungjawabkan dalam akaun sebagai perbelanjaan muktamad dan hanya pembayaran yang sebenar sahaja menggunakan panjar tersebut dipertanggungkan. Pengeluaran wang tunai sebagai panjar oleh Akauntan Negara atau Akauntan Negeri/ Bendahari Negeri perlu berada di bawah panjar yang berasingan dalam akaun panjar diri dan ditulis di atas nama Pemegang Panjar yang berkenaan.

Panjar Unit
            Panjar Unit merupakan wang pendahuluan diri yang diberikan kepada pegawai penjaga sesuatu kumpulan tentera atau polis bagi tujuan membayar sebarang perbelanjaan semasa pegawai tersebut menjalankan perkhidmatannya terutama di luar lokasi bertugas.

Panjar Wang Runcit
            Panjar Wang Runcit  pula merupakan sejumlah wang yang diberikan kepada seorang pegawai untuk kegunaan segera. Pegawai tersebut boleh membuat pembayaran kecil untuk pembelian runcit dengan segera tanpa mempertanggungkan terlebih dahulu kepada sesuatu vot. Penggunaan Panjar Wang Runcit juga boleh digunakan sebagai pendahuluan wang tunai segera kepada pegawai-pegawai yang memerlukan wang bagi tujuan membayar belanja perjalanan.Harga pembelian biasanya tidak melebihi RM 100 dan kadang-kadang dokumen tidak diperlukan.

2 ulasan:

  1. Mantap.. isi penuh senang difahami..

    BalasPadam
  2. Kebiasaan temuduga kewangan soalan yang paling utama ditanye apa ye tuan??

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen