KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND
|
STANDARD
|
1
|
Tahu
|
2
|
Tahu dan Faham
|
3
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
4
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
Bagi menambah lagi kefahaman kita, perhatikan pula tafsiran band secara umum mengenai band-band ini. Isi penting untuk band 5 adalah 'situasi baru, ikut prosedur dan sistematik'
TAFSIRAN BAND
BAND
|
PERNYATAAN BAND
|
TAFSIRAN
|
1
|
TAHU
|
Murid tahu perkara asas atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberikan
respons kepada perkara yang asas.
|
2
|
TAHU DAN FAHAM
|
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan
apa yang telah dipelajari.
|
3
|
TAHU, FAHAM
DAN BOLEH BUAT
|
Murid menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran dalam satu-satu situasi.
|
4
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
atau secara sistematik.
|
5
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dalam situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik,
serta tekal dan bersikap positif.
|
6
|
TAHU, FAHAM DAN
BOLEH BUAT DENGAN
BERADAB MITHALI
|
Murid mampu menzahirkan idea yang
kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran dalam
kehidupan seharian serta boleh
berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikanmaklumat menggunakan
ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal.
|
Dalam subjek matematik : band 5 menyebut 'masalah yang kompleks' dengan pelbagai kaedah. Jadi, 1. Adakah bermakna masalah yang tidak kompleks tidak boleh digunakan pakai untuk band5? -Jawapan : Ya. Soalan aras mudah tidak sesuai untuk band5. Bermakna guru perlu mengubal soalan yang susah untuk band5. 2. Adakah pelajar perlu menunjukkan lebih dari satu kaedah penyelesaian matematik bagi satu-satu soalan? -Jawapan : Tidak. Tetapi digalakkan kaedah berbeza untuk setiap soalan bagi menunjukkan kepelbagaian kaedah. 3.Bolehkah pelajar yang dibantu oleh guru dengan penerangan soalan dan penerangan jalan kira diberikan band5? -Jawapan : Of course NOT. p/s : jawapan mungkin berbeza mengikut taklimat masing-masing |