Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Memaparkan catatan dengan label PBS Math. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBS Math. Papar semua catatan

Ahad, 20 April 2014

Adi Putra layak Band 6 kerana mencipta 264 formula matematik

Mengikut DSP PBS versi lama, band 6 diberikan kepada pelajar yang boleh mencipta idea sendiri. PPPM pula melonggarkan band 6 dengan menghapuskan istilah mencipta idea sendiri.


 
Laporan Harian metro 


Biarpun tidak pernah mendapat pendidikan formal di mana-mana pusat pendidikan di negara ini, budak pintar matematik Adi Putra Abd Ghani, 15, mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.

Foto
Adi Putra berkata, dia sudah mencipta 264 formula matematik membabitkan pelbagai cabang ilmu termasuk menghasilkan buku penyelesaian matematik yang diterbitkan beberapa tahun lalu.

Menurutnya, ini bukan bidang matematik baru, namun pendekatan saja yang berbeza dan kebanyakan formula yang diciptanya adalah berasaskan daripada al-Quran serta Islam seperti berdasarkan hukum tajwid termasuk mengaitkan formula dengan kejadian alam, namun ia ditukar kepada sistem pengiraan matematik.

Adi Putra yang pernah menarik perhatian ramai berikutan kepintarannya dalam menyelesaikan permasalahan matematik pernah mendapat perhatian umum kira-kira enam tahun lalu sebelum kelibatnya seolah-olah ‘hilang’ daripada pandangan masyarakat.



Khamis, 3 April 2014

PPPM | PBS Tajuk Perkaitan Ungkapan Algebra

TAJUK PERKAITAN


BAB 7 : UNGKAPAN ALGEBRA

Band 1
Mengenalpasti pemboleh ubah dengan betul.

Identify  the unknown in each of the given situations below.
  1. Some hot water is added to the coffee. (Unknown : _________________________________)
  2. A few motorists were summoned for speeding. (Unknown : __________________________)
  3. Pak Busu gives some durians to his neighbour.  (Unknown : __________________________)
  4. Alia bought  some prawns from the market.(Unknown : _____________________________)

Band 2
Menyatakan pekali dan sebutan serupa bagi suatu sebutan dengan betul.

  1.  Identify the following coefficient in each of the following algebraic terms with one unknown.



       2.   Mark '√' of the terms given are like terms and 'X' if they are unlike terms.


Band 3
Menentukan bilangan sebutan dalam ungkapan algebra dengan betul.

Determine the number of terms in the following algebraic expressions.



Band 4
Memudahkan ungkapan algebra dengan tepat.

Simplify each of the following algebraic expression.
1. 6x + 4x



2. 2t  ( 30t)




3.  5r + (4r –8r)





4.  3k + 3+10k –5





5.  (2b+5c) + (3b –2c)



 


Band 5
Menyelesaikan masalah berkaitan ungkapan algebra dengan sistematik.


1. Diagram 1 shows a hexagon.
 Find its perimeter.






2. Diagram 2 shows a plan of a room.

Find the perimeter of the room.








3. A girl is 10 years old. How old will she be x+3 years from now?





4. Simplify













 







 5. Simplify   5 (p+3q) – 2p  – 3+ 4(p –2)









Band 6
Menggunakan idea kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan masalah matematik berkaitan
dengan ungkapan algebra dalam suatu situasi yang melibatkan gabungan pengetahuan dan
kemahiran matematik secara sistematik.

atau
Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan, penulisan, projek atau
permainan yang menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan
ungkapan algebra secara berkesan

Isnin, 8 Julai 2013

Pemetaan PBS dan RPT Matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Pemetaan PBS diwajibkan ada oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

Shaz kongsikan contoh pemetaan PBS Matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Selain tu juga, guru-guru PBS perlu ada Rancangan Pengajaran Tahunan yang lengkap dengan kod evidens bagi setiap bab.

RPT tu pun Shaz kongsikan di sini. Harap membantu.

Mungkin cikgu perlu lakukan sedikit penambaikkan mengikut takwim sekolah cikgu.

Untuk download, sila klik di bawah

PEMETAAN PBS MATEMATIK TINGKATAN 1

PEMETAAN PBS MATEMATIK TINGKATAN 2

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 2

MAAF YE CIKGU-CIKGU YANG MINTA Shaz emelkan fail-fail ni. Shaz tak suka main emel-emel ni sebab mengambil  masa dan remeh. Cikgu nak sila download je. Lagi mudah sebenarnya.

Ahad, 17 Mac 2013

Penggunaan kalkulator dalam PBS Matematik

Ramai yang bertanya mengenai penggunaan kalkulator dalam PBS Matematik. Boleh ke?
Sudah tentulah boleh tetapi tidak untuk beberapa evidens yang memerlukan pelajar menunjukkan kebolehan mengira tambah, tolak, darab, bahagi nombor bulat, perpuluhan, pecahan, nombor negatif dan positif (bab 6 tingkatan 1)-dan beberapa topik lain.

Bagi evidens lain contohnya memerlukan pelajar mengira luas, perimeter ataupun isipadu, penggunaan kalkulator adalah dibenarkan.

Selasa, 19 Februari 2013

KAJIAN PBS: KEFAHAMAN GURU DAN AMALAN DI BILIK DARJAH/SEKOLAH

Klik pada gambar  untuk menjawab soalan kajian.

Muatturun Dokumen Standard Prestasi versi penambaikkan

Dimaklumkan bahawa guru-guru boleh memuat turun Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi Tahun 3 dan Tingkatan 2 untuk Tahun 2013.


 Berikut adalah DSP bagi mata pelajaran yang telah ditambahbaik:  

SENARAI MATA PELAJARAN KBSM TINGKATAN 1
 1. Bahasa Cina
 2. Bahasa Iban
 3. Pendidikan Islam
4. Pendidikan Moral
 5. Pendidikan Muzik

 SENARAI MATA PELAJARAN KSSR TAHUN 1
 1. Bahasa Iban
2. Pendidikan Moral
 3. Dunia Seni Visual
4. Dunia Muzik
5. Pendidikan Kesihatan

SENARAI MATA PELAJARAN KSSR TAHUN 2
 1. Pendidikan Moral
 2. Dunia Seni Visual
 3. Dunia Muzik
 4. Pendidikan Kesihatan

Dowloand DSP di sini

Jumaat, 1 Februari 2013

Cara efektif menjalankan PBS Matematik

Salam kepada semua warga guru-guru.

Shaz ingin bertanya guru-guru yang sedang menjalankan PBS tentang cara yang tidak membebankan kita sebagai guru dan tidak membebankan pelajar.

Tahun ini, kami rakan-rakan guru tingkatan 1 telah menukar sedikit cara pelaksanaan PBS. Tahun 2012, 100% soalan PBS kami cetak dan diperbanyakkan. Kemudian soalan-soalan tersebut dikepil mengikut bab. Ada guru yang beri soalan setelah selesai mengajar keseluruhan bab, ada guru yang beri soalan setelah selesai mengajar setiap topik.

Macamana pun kaedah, akhir tahun lepas kami ibarat makan kertas PBS, tidur kertas PBS, mimpi pun kertas PBS kerana terlalu banyak kertas PBS yang perlu disemak dan difailkan. Lebih-lebih lagi, almari penyimpanan fail PBS TERLEWAT disediakan atas sebab-sebab tertentu.

Tahun 2013 pula, setelah rakan-rakan guru terlibat dengan kursus PBS tingkatan 2, kami dimaklumkan ada penambakbaikan dan kelonggaran berbanding PBS tingkatan 1. Jadi cara terbaru kami pula begini  -:

  1. Eviden terbaik dan terkini, kami siap-siap perbanyakkan mengikut bab. Semuanya hantar kedai kerana pihak sekolah tidak izinkan kami guna kertas dan mesin sekolah. Kos hantar kedai ditanggung sepenuhnya oleh setiap panitia. Bermakna soalan-soalan adalah selaras bagi semua kelas.
  2. Eviden lain, kami minta pelajar sediakan satu buku latihan khas untuk PBS yang dinamakan buku 3. Setiap kali menjalankan PBS, pelajar perlu salin KOD evidens, tulis tarikh dan juga salin soalan. Buku tersebut disimpan oleh pelajar sendiri. Soalan tidak selaras dan bergantung kepada 'citarasa' guru yang mengajar kelas terbabit.
Begitulah yang kami lakukan. Setakat ini masih terkawal. Al-maklumlah sebab baru sebulan persekolahan. Jika kelas bijak-bijak memang tiada masalah. TETAPI kelas hujung, Shaz belum jalankan PBS (yang guna buku) kerana sampai sekarang, ada lagi yang perlu serahkan buku latihan PBS. Hajatnya, Shaz nak simpan sendiri buku 3 kelas hujung ni bagi mengelakkan alasan "buku hilang" dan "terlupa bawa buku"

Dalam istilah terkawal itu, penggunaan buku latihan ada juga kekangan iaitu -:
  1. pelajar tidak siapkan PBS -Apabila buku dikutip untuk diperiksa di dapati mereka buat sekadar ala kadar je. Soalan tidak salin ataupun hanya buat 1 @ 2 soalan je. Kesimpulannya memang tidak lengkap. Itu masalah yang dialami di kelas 1A iaitu kelas pertengahan. 
  2. Pelajar tertukar buku- Matematik perlu ada 3 buku iaitu buku 1, 2 dan 3. Walaupun dah dinyatakan buku 3 untuk PBS tetapi ada juga yang tidak faham @ buat-buat tidak faham.  Mereka campuraduk latihan-latihan. Jika tertukar buku 1 dan 2 boleh lagi, tapi buku 3. Kononnya kami guru-guru inginkan sistem yang sistematik... tapi bila pelajar buat campuraduk, hilang sudah sistematik tu. 
  3. Buku hilang- Belum terjadi lagi tetapi itulah yang tak mahu berlaku sebab kes buku hilang bukan je kelas hujung yang buat, kelas pandai pun ada yang hilang buku. Walaupun dikatakan evidens yang siap ditanda boleh dipulangkan kepada pelajar selepas ditandakan online tetapi evidens dalam buku itu la saja bukti yang ada. Jika buku hilang, mungkin Shaz terpaksa meminta pelajar salin semula semua PBS yang telah dibuat.
  4. Lupa bawa buku- Sudah berlaku di kelas 1A pelajar lupa bawa buku 3 pada hari PBS dijalankan. Minta dia salin di kertas dengan syarat balik salin di rumah. TAPI hampeh, kertas hilang. Dalam buku tak ada salin pun.

Evidens terbaik dan terkini yang dimaksudkan adalah yang terbaik bagi setiap deskriptor. Contohnya dalam bab 2 tingkatan 1

B2D2E1 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E2 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E3 (evidens ini dibuat di buku 3 dan soalan tidak selaras bagi semua kelas)
B2D2E4 (evidens terbaik dan terkini. kerana E4. Evidens ini dibuat selaras bagi semua kelas)

 Kepada guru-guru yang ada cara yang lagi bagus atau apa-apa cadang sila tinggalkan komen yer. Harap perkongsian ini dapat meringankan tugas kita semua.





 

Rabu, 10 Oktober 2012

Hanya dua gambar

 baru sekejab tadi nak tick band. dapat page macam ni.

gambar di bawah pula, tiada kaitan dengan di atas. tetapi, boleh dibaca untuk rujukan.



Khamis, 4 Oktober 2012

Soalan PBS Matematik Tingkatan 1

Ramai rakan minta emelkan contoh soalan pbs math.

Disebabkan kesibukan yang amat sangat, jadi tak sempat nak emel.

Untuk memudahkan cikgu, Shaz dah kongsi file tersebut di 4shared.

Boleh download di sini.

Boleh juga  rujuk menu DOWNLOAD di sebelah kanan blog ni.

p/s :soalan tidak dimurnikan dan ada beberapa evidens yang tidak sesuai dan tidak kesah.
harap maklum.

Isnin, 1 Oktober 2012

Buku kerja instrumen PBS Matematik Tingkatan 1


Buku ini adalah terbitan Longman. Sampel telah diedarkan ke sekolah-sekolah yang bertuah. (sekolah shaz belum terima lagi, rasanya).

Kebaikan buku ini, siap dengan kod band setiap latihan yang diberikan. Boleh dijadikan rujukan untuk pembinaan instrumen eviden oleh guru atau juga boleh terus dijadikan evidens oleh pelajar.

Cuma cara perlaksaan mungkin berbeza,
1) pelajar tidak dibenarkan bawa pulang buku tersebut
ATAU
2) pelajar dibenarkan bawa pulang buku tersebut.

Bergantung kepada versi PBS yang telah anda fahami.

Selasa, 18 September 2012

Pemantau PBS dah mula turun padang

Di atas tu adalah status facebook salah seorang admin PBS Math JPWP. 
Nampaknya pemantau sudah mula turun padang melihat perkembangan PBS di sekolah-sekolah KL. 


Isnin, 10 September 2012

PBS Math : Akhirnya selesai juga

Betullah kata pepatah "hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih" 
Dalam kepayahan dan cabaran melaksanakan PBS Matematik, akhirnya kami (Shaz dan  pelajar) dapat menyiapkan semua PBS Matematik dari Bab 1 hingga ke Bab 12 pada minggu lepas. 

KOD EVIDENCE
PENERANAGAN EVIDENCE
TARIKH PENTAKSIRAN
B4D9E1
Membuat model kubus dan kuboid

  

Gambar-gambar di bawah ini, Shaz paparkan di blog sebagai bukti jika nanti ada pemantauan dari pihak atasan kerana Shaz tidak menyimpan semua model kubus dan kuboid pelajar. Hanya yang terbaik sahaja, berada dalam simpanan Shaz manakala yang lain dipulangkan kepada pelajar. 

Kelas 1M. B4D9E1 dijalankan pada 29 Ogos 2012 menggunakan hampir 3 waktu matematik. Shaz terpaksa menukar waktu dengan guru memandangkan ramai pelajar tidak dapat menyiapkan model dalam 2 waktu.

Langkah pertama, pelajar melukis bentangan kubus dan kuboid. Arahan dan kaedah diedarkan dalam bentuk lampiran. 
 
Masing-masing sibuk dengan kerja. Tak sempat nak menoleh kanan kira. Bukan lakonan ye. Memang semua sedang fokus. 

Ada kelainan pada bentangan yang dilukis oleh pelajar ini. Memang tidak sama dengan yang diarahkan dalam kertas soalan tetapi boleh diterima.



Ini adalah sebahagian model yang telah siap dibina oleh pelajar. 


 Kelas 1A . B4D9E1 dijalankan pada 5 September 2012. Pelajar kelas ini mampu menyiapkan dalam 2 waktu sahaja. 



Kelas 1Y. B4D9E1 dijalankan pada 11 September 2012 selama 2 waktu kemudiannya disambung lagi esok hari 12 September 2012. Disebabkan telefon Shaz kehabisan bateri pada 11 September jadi Shaz cuma berkesempatan mengambil gambar pada 12 September.
Sebenarnya ramai pelajar yang telah siap pada 11 September, jadi pada 12 September, mereka lebih rileks dan menyiapkan mana yang perlu sahaja.

 Ada juga yang buat semula model yang telah siap pada 11 September.


Model yang dibina oleh pelajar ini, Shaz ambil untuk simpanan. 

 Kerja individu tetapi dibuat dalam kumpulan sambil 'bersantai' dan 'berbual'. Janji kerja siap.


 "Kami dah siap. Ini buktinya" 

"Kami pun dah siap ler" 
 

Ini antara di antara model yang Shaz cek dan kemudiannya dipulangkan kepada pelajar.

PETUA PENTING : 
untuk guru-guru yang belum menjalankan band di atas, pastikan anda menyediakan tong sampah yang besar untuk pelajar-pelajar membuang semua lebihan kertas. Kalau tidak, kelas anda akan dipenuhi dengan pelbagai kertas warna warni di atas lantai. 

tong sampah ni, Shaz ambil di luar kelas dan letak di depan kelas untuk pelajar buang sampah.

Kepada semua pelajar : Cikgu ucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Refleksi :

1M dan 1A : 100% pelajar berjaya membina model kubus dan kuboid sendiri mengikut ukuran yang telah diberikan dengan pemantauan guru di dalam kelas. 

1Y : 38/39 pelajar berjaya membina model kubus dan kuboid sendiri mengikut ukuran yang telah diberikan dengan pemantauan guru di dalam kelas.  Seorang pelajar istimewa gagal membina model.

JADI,
tugas Shaz sekarang adalah menyemak evidens pelajar dan menanda band online sahaja.

Ahad, 5 Ogos 2012

Cabaran guru melaksanakan PBS

Salam pagi.

PBS cikgu-cikgu macamana sekarang? 
Cerita online, Shaz cuba tick band pelajar tetapi nampaknya hanya siap dalam 20% sahaja. Satu kelas dah cuba buat, 2 kelas belum buat. Yang satu kelas tu pun, banyak yang belum siap. Pagi ni, Shaz cuba lagi masuk sistem untuk siapkan kelas tersebut tetapi masih lagi skrip error. Apabila masukkan ic dan password terus jadi error. Hampir seminggu dah tak boleh buat apa-apa. Kalau bukan skrip error, loadingnya pula memanjang. 

Alhamdulillah, cerita hardcopy pula...semua pelajar Shaz sudah buat PBS sehingga Bab 11 :Perimeter dan luas. InsyaALLAH minggu depan Shaz akan mengajar Bab 12 kemudian minggu lagi satu menjalankan PBS Bab 12. Tetapi masalahnya, Shaz agak soalan-soalan tersebut masih belum siap. Itulah masalahnya apabila kerjasama antara guru-guru tidak dapat diberikan 100%. Ketuk-ketuk minta buatkan soalan berkali-kali barulah boleh siap tapi lewatnya sampai berbulan-bulan. Mungkin untuk Bab 12 ini Shaz akan buat soalan sendiri tanpa menunggu soalan yang sepatutnya disediakan oleh guru lain. Maaf Shaz katakan, bukan semua orang guru itu rajin. Memang ada yang malas dan tidak mampu memberikan komitmen. 

Itu kes guru yang lambat sediakan soalan, kes guru yang sudah sediakan soalan pula. Contoh soalan sudah diberi, tugas cikgu cuma edit soalan, periksa deskriptor dengan DSP kerana dikhuatiri ada salah, sediakan ruang untuk pelajar menulis jalan kira  dan buatkan page number agar lebih sistematik dalam penyimpanan. Malangnya, ada yang membuta tuli terus mencetak soalan dan memperbanyakkan soalan tanpa sebarang edit dan semakan. Akhirnya, itu silap ini silap. Ruang untuk pelajar buat jalan kira tiada, rajah salah, page number tunggang terbalik, tiada skema, bilangan soalan tidak mencukupi, tahap soalan yang terlalu mudah dan macam-macam lagi. Buat sekadar beri nama buat. Shaz memang sangat tidak berpuas hati.

Apa yang Shaz nampak, PBS ini akan berjaya jika ada komitmen dari guru-guru. Tetapi berjayakah PBS ini dengan telus jika sikap guru masih tidak boleh diubah. Sedangkan pengisian markah SAPS online-yang remeh dan senang, ada guru yang tidak mampu melaksanakannya sehingga menyusahkan guru lain dan menyusahkan setiausaha peperiksaan yang terpaksa tolong mengisi (kes tidak isi) dan tolong edit markah (kes salah key in markah). SPPBS pula bukan kategori remeh. Kalau guru tidak boleh beri komitmen dan jenis buat kerja last minute, nampak gaya memang tahun depan pun takkan siap. Kecuali guru tersebut main tick band 'suka-suka hatinya' pada hujung tahun nanti. We see!

Sabtu, 28 Julai 2012

DSP VS SPPBS

Lagi satu perkara yang mengelirukan Shaz dalam SPPBS ini, 
perhatikan B3D7,
terdapat E1, E2 dan E3



Sedangkan dalam DSP Matematik Tingkatan 1, B3D7 terdapat E1, E2 dan E4. Tiada E3.


Pelajar Shaz buat B3D7E4, jadi di mana nak tanda kod band tersebut? Mungkin ada kesilapan samaada kesilapan pada DSP atau pun kesilapan dalam SPPBS.

Shaz rasa akan dibetulkan semula. Tunggu cerita dari SU masing-masing.

Isu Sistem Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Shaz baru mula menanda kod band pelajar dalam sistem SPPBS. Sedikit kelemahan sistem ini yang Shaz dapati adalah tiada capaian cepat untuk guru memilih nama-nama pelajar tertentu bagi proses menanda kod band.

Contohnya, petang tadi Shaz telah menanda kod band pelajar dari rekod 1 hingga rekod 15, kemudian apabila Shaz ingin menyambung ke rekod 16, Shaz perlu klik "rekod selepas" secara berterusan sehingga ke rekod 16. Jika klik dan terus keluar rekod seterusnya dengan laju tidak mengapa, tetapi perlu menunggu untuk paparan seterusnya.


Memang ada cara lain yang boleh digunakan untuk jump ke rekod 16 iaitu dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik 'cari' tetapi sebagai guru matapelajaran sahaja...Shaz tiada nombor kad pengenalan pelajar Shaz yang disimpan sebagai hardcopy. Hanya ada dalam 'daftar murid'



Jadi, sebagai guru yang ada lebih kurang 120 orang pelajar bawah jagaan Shaz, adalah SEDIKIT menyulitkan bahkan akan bertambah sulit apabila line broadband meragam.

Sebagai guru yang menggunakan SPPBS, Shaz bukan ingin mencanang kelemahan sistem ini tetapi berharap pihak yang membangunkan sistem ini menyediakan kemudahan untuk guru menanda kod evidens pelajar dengan lebih cepat dan mudah.

Kepada guru yang masih belum menanda kod evidens pelajar, malah masih belum lagi daftar pelajar, Shaz nasihatkan agar cepat-cepat berbuat demikian agar tidak 'jem' di kala trafik berat pada waktu kemuncak :)

Alhamdulillah, setakat ini SPPBS boleh digunakan tanpa sebarang script error. Yang Shaz tak puas hati, line broadband Shaz ni yang perlahan sangat.

Khamis, 26 Julai 2012

Kenapa lain? Sudah tukar ke?

Salam...

Shaz sedikit keliru mengenai pelaksanaan PBS ni.
sewaktu kursus, JUN memberitahu bahawa
1) evidens sebolehnya dalam kertas A4
2) satu kod evidens satu keping kertas.tidak boleh beberapa kod evidens dalam satu keping kertas
3) boleh guna buku latihan, tetapi buku itu perlu disimpan oleh guru dan tidak boleh dibawa pulang oleh pelajar. buku tu adalah buku khas PBS. jika dimasukkan dalam fail showcase guru mesti fotostat
4) tidak boleh guna buku kerja kerana dalam buku kerja sudah ada soalan menyebabkan soalan bocor.
5) mesti mengulang kembali PBS utk bab 1 hingga bab yang lain. (kerana sewaktu kursus rata-rata guru telah mengajar hingga bab 5.
6) bilangan soalan sekurang-kurangnya 3 soalan. jika ada pelajar salah, mesti mengulangi sehingga 3 kali sebelum disahkan pelajar itu gagal.

Sekarang, daripada JUN dan guru-guru negeri lain.
1) menggunakan buku latihan pelajar. mencampur adukkan dengan nota dan latihan yang lain. pelajar bawa pulang ke rumah. guru pula boleh mencatat di fail pkembangan individu pelajar bahawa 'evidens berada dalam buku latihan pelajar'
2) menggunakan buku kerja untuk melaksanakan PBS.
3) tidak perlu fotostat evidens utk dimasukkan dlm fail showcase, sekadar buat catatan sahaja di mana evidens pelajar berada.
4) utk bab 1 dan bab yang tertinggal, guru hanya perlu menanda band pada latihan dalam buku latihan yang telah dibuat oleh pelajar pada awal tahun. Bermakna tidak perlu mengulanginya.
5) satu soalan sudah memandai. Jika pelajar salah dalam band 1-band 3 boleh dikira betul dan diterima tanpa perlu pengulangan.

Bagaimana dengan cara di sekolah cikgu? Di sekolah Shaz, semua subjek menggunakan helaian A4 untuk PBS. Tiada guru menggunakan buku latihan. Bermakna juga, guru menyediakan soalan sendiri dan tidak menggunakan buku kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen