Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Khamis, 26 Julai 2012

Kenapa lain? Sudah tukar ke?

Salam...

Shaz sedikit keliru mengenai pelaksanaan PBS ni.
sewaktu kursus, JUN memberitahu bahawa
1) evidens sebolehnya dalam kertas A4
2) satu kod evidens satu keping kertas.tidak boleh beberapa kod evidens dalam satu keping kertas
3) boleh guna buku latihan, tetapi buku itu perlu disimpan oleh guru dan tidak boleh dibawa pulang oleh pelajar. buku tu adalah buku khas PBS. jika dimasukkan dalam fail showcase guru mesti fotostat
4) tidak boleh guna buku kerja kerana dalam buku kerja sudah ada soalan menyebabkan soalan bocor.
5) mesti mengulang kembali PBS utk bab 1 hingga bab yang lain. (kerana sewaktu kursus rata-rata guru telah mengajar hingga bab 5.
6) bilangan soalan sekurang-kurangnya 3 soalan. jika ada pelajar salah, mesti mengulangi sehingga 3 kali sebelum disahkan pelajar itu gagal.

Sekarang, daripada JUN dan guru-guru negeri lain.
1) menggunakan buku latihan pelajar. mencampur adukkan dengan nota dan latihan yang lain. pelajar bawa pulang ke rumah. guru pula boleh mencatat di fail pkembangan individu pelajar bahawa 'evidens berada dalam buku latihan pelajar'
2) menggunakan buku kerja untuk melaksanakan PBS.
3) tidak perlu fotostat evidens utk dimasukkan dlm fail showcase, sekadar buat catatan sahaja di mana evidens pelajar berada.
4) utk bab 1 dan bab yang tertinggal, guru hanya perlu menanda band pada latihan dalam buku latihan yang telah dibuat oleh pelajar pada awal tahun. Bermakna tidak perlu mengulanginya.
5) satu soalan sudah memandai. Jika pelajar salah dalam band 1-band 3 boleh dikira betul dan diterima tanpa perlu pengulangan.

Bagaimana dengan cara di sekolah cikgu? Di sekolah Shaz, semua subjek menggunakan helaian A4 untuk PBS. Tiada guru menggunakan buku latihan. Bermakna juga, guru menyediakan soalan sendiri dan tidak menggunakan buku kerja.

3 ulasan:

  1. salam shaz..
    asiah pun ajar math jugak..
    kami juga keliru..

    kami buat 1 evidens dalam kertas a4, tak buat depan-belakang, buat sekurang2nya 5 soalan utk 1 evidens..

    tapi bila ada pelajar baru datang dari negeri lain, saya tengok evidens die bercampur2 dalam 1 kertas A4..

    sekadar cukup syarat, cth: perlu menguasai tambah, tolak, darab, bahagi - mereka buat 1 soalan untuk setiap operasi.. kalau pelajar salah, ulang soalan yang sama sampai boleh jawab..

    skarang ppd pulak suruh tick dari bulan mei sahaja (bermula dari tajuk peratus).. tajuk yang sebelum tu anggap pelajar dahpun menguasai..

    cikgu makin pening..tambah pening bila ada pelajar yang tak hadir, perlu mengulang..

    stressnyeee...

    BalasPadam
  2. wsalam...
    itulah...shaz tengok ada kawan dari negeri lain yang buat lain mcm dengan shaz buat. masalahnya, shaz kena sampaikn kpd kawan2 kalau ada yg berubah atau ada info yang shaz dah tersalah faham semasa kursus. tetapi bila tengok pbs subjek lain mereka pun buat mcm math jugak. kecuali geografi yang campuraduk evidens dalam sehelai kertas.. kemudian PK petang(juga guru math form1) tanya shaz "kenapa geografi boleh je campur2 eviden?" ...susah nak jawab sebab shaz bgitau apa yng diberitahu masa kursus je.

    ikutkan...dulu JUN kata tak boleh depan blakang lagi tu tapi sebab nak jimat kertas dibolehkan depan belakang.

    eh pelik pula bila ppd suruh tick dari mei mula tajuk % sedangkan bab 1 pun ada band 1...kalau tak tick band 1 bab 1 bukan ke pelajar dikira gagal semua tu.

    memang pening dengan pbs ni. pelajar tak hadir-:
    1) nak diulang dalam kelas...kita nak ajar topik lain, dia duk buat pbs tak best pulak..
    2) kalau kita panggil dia buat dlm bilik guru waktu kita free, masalahnya dia pula yang tertinggal pelajaran subjek lain+guru subjek dia lak yg marah ambil pelajar
    3) kalau kita bagi dia buat pbs dlm kelas kita, pelajar lain buat kerja sendiri jadi bising juga + rugi masa utk p&P. serba salah

    itu masalah pelajar tak hadir...masalah pelajar enggan buat pun ada. habis paksa tak mahu buat. bagi jawapan suruh salin pun malas. masa hari terbuka bagitau ibubapa pun takde kesan.

    opsss........bukan mengeluh tapi meluah kelonggaran pelaksanaan pbs. tq

    BalasPadam
  3. sy ckgu pbs f1..sek sya mula2 buat dlm a4.last2 bila xsiap2( byk lg eviden nk kna buat,ditambah dgn mslh bdk x hadir)telefon ppd dia kta bleh ambil dlm buku latihan je sbgai eviden..so skrg dh pening..ms pn dh x byk..nk kejar smpai band 6,xtau smpat ke x ni..

    BalasPadam

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen