Shaz baru mula menanda kod band pelajar dalam sistem SPPBS. Sedikit kelemahan sistem ini yang Shaz dapati adalah tiada capaian cepat untuk guru memilih nama-nama pelajar tertentu bagi proses menanda kod band.
Contohnya, petang tadi Shaz telah menanda kod band pelajar dari rekod 1 hingga rekod 15, kemudian apabila Shaz ingin menyambung ke rekod 16, Shaz perlu klik "rekod selepas" secara berterusan sehingga ke rekod 16. Jika klik dan terus keluar rekod seterusnya dengan laju tidak mengapa, tetapi perlu menunggu untuk paparan seterusnya.
Memang ada cara lain yang boleh digunakan untuk jump ke rekod 16 iaitu dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik 'cari' tetapi sebagai guru matapelajaran sahaja...Shaz tiada nombor kad pengenalan pelajar Shaz yang disimpan sebagai hardcopy. Hanya ada dalam 'daftar murid'
Jadi, sebagai guru yang ada lebih kurang 120 orang pelajar bawah jagaan Shaz, adalah SEDIKIT menyulitkan bahkan akan bertambah sulit apabila line broadband meragam.
Sebagai guru yang menggunakan SPPBS, Shaz bukan ingin mencanang kelemahan sistem ini tetapi berharap pihak yang membangunkan sistem ini menyediakan kemudahan untuk guru menanda kod evidens pelajar dengan lebih cepat dan mudah.
Kepada guru yang masih belum menanda kod evidens pelajar, malah masih belum lagi daftar pelajar, Shaz nasihatkan agar cepat-cepat berbuat demikian agar tidak 'jem' di kala trafik berat pada waktu kemuncak :)
Alhamdulillah, setakat ini SPPBS boleh digunakan tanpa sebarang script error. Yang Shaz tak puas hati, line broadband Shaz ni yang perlahan sangat.
Label
- Doa (3)
- download (32)
- E Prestasi (6)
- FROG VLE (1)
- guru kelas (14)
- guru mp (18)
- ISU (46)
- kerjakursus induksi (4)
- lawak (4)
- Lembar Bahasa (1)
- MAKLUMAN (4)
- Matematik (16)
- PAJSK (2)
- PBS (34)
- PBS Math (27)
- PELUANG KERJAYA (14)
- pertukaran guru (20)
- sepatah 2 kata (27)
- TIPS (1)
Tinggalkan pesanan anda di sini!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA SATU CARA..IAITU KITA COPY NO IC PELAJAR YANG TERAKHIR KITA TELAH KEY IN...SO BILE NAK SAMBUNG KERJA..CARI NO IC BERKENAAN....
BalasPadamMana-mana guru yang menghadapi masalah dalam mengisi SPPBS mereka, bolehlah menghubungi saya..yang berpengalaman membantu bapa saudara saya (seorang guru) mengisi SPPBS dia..bayaran boleh dibayar mengikut seikhlas hati asalkan berpatutan.. alif 0173229612 lulusan BBA yang kini masih lagi mencari pekerjaan
BalasPadamcdgn... dptkan no kp murid dr smm dan simpan softcopy. bila nk guna utk sistem pbs, hanya copy n paste jer.
BalasPadamanoy: alhamdulillah.tahun lepas pk petang kami telah edarkan senarai nama pelajar dan no kp pelajar kepada semua guru utk tujuan sbbps. jadi keje kami dah dipermudahkan.
BalasPadamsimpan softcopy n then copy paste dlm sistem pun cadangan yg bagus juga tu
tidak dapat masuk sehingga kini. apa boleh cerita
BalasPadam