GAJIKAH?
BONUSKAH?
CUTIKAH?
Yang mendebarkan terasa seperti saat membuka
slip keputusan SPM pada zaman muda-muda dulu adalah
BUKU PROGRAM INDUK SEKOLAH
Anda tahu kenapa?
Kerana di dalam buku program ini adalah bayangkan perjalanan guru hingga ke hujung tahun. Jika nama anda berada di portfolio guru disiplin maka rotanlah peneman anda. Jika nama anda berada di portfolio guru kelas maka Buku Rekod Kedatangan Pelajar adalah kitab anda.
Jika anda tiada rasa 'excited' untuk mengetahui isi dalam buku induk tersebut maka tanya semula adakah perjalanan kerjaya anda hanya mendatar tanpa warna-warni tugas yang mencabar dan menarik. Adakah setiap tahun anda berada di zon selesa? Memegang jawatan yang sama ataupun tiada apa-apa tugas diberikan?
Mungkin ada guru yang berharap setiap tahun semakin kurang namanya dicatatkan di dalam buku induk dan mungkin juga ada juga guru yang berharap setiap tahun semakin banyak namanya tercatat di dalam buku induk bagi membuktikan kebolehan dan komitmennya kepada profesion ini.
Yang pasti,di laluan kerjaya Shaz setakat ini, Shaz jumpa rakan-rakan yang sangat excited, tidak sabar dan terlalu rajin membaca Buku Program Induk Sekolah pada jam-jam pertama mendapat buku ini.
Shaz teringat satu post di ruangan facebook yang berbunyi
"Ada orang bila dapat buku induk sibuk cari nama sendiri. Ada juga orang bila dapat buku induk sibuk cari nama orang lain untuk banding siapa lagi banyak tugas, siapa yang tiada tugas dan siapa yang takkan bertugas"
ALAMAK !!!
Tepuk dada tanya selera.