Tinggalkan pesanan anda di sini!

Sabtu, 14 Oktober 2017

Borang pertukaran guru offline 2017 | Download


Berikut adalah borang pertukaran guru offline dalam bentuk Ms Excel. Guru-guru boleh download, isi borang tersebut dan serah kepada pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

Guru boleh masuk web egtukar untuk menyemak samaada borang tersebut telah dikemaskini atau tidak. Borang offline yang telah dikemaskini secara online boleh disemak pada semakan pemohon - sedang dipross. 

Borang pertukaran antara negeri 

Borang pertukaran antara daerah 

Borang pertukaran dalam daerah  

semoga pertukaran guru-guru semua diluluskan. 

Sabtu, 11 Februari 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Dan Kedoktoran Tahun 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
        1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt[@]moe.gov.my
       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
           Telefon (hotline): 03-8884 3823/ 03-8884 3674
           E-mel : helpdesk[@]moe.gov.my

BilTajuk 
1HebahanMuat Turun
2Pengenala ProgramMuat Turun
3Syarat-syarat Cuti BelajarMuat Turun
4Senarai bidang-bidang Peringkat SarjanaMuat Turun
5Senarai bidang-bidang Peringkat KedoktoranMuat Turun
6Jenis-jenis Penyakit KronikMuat Turun
7Tatacara dan Panduan PermohonanMuat Turun

Modul HEBAT Matematik Tingkatan 1 2017

Sudah di bulan Februari, anda masih mencari modul HEBAT Matematik Tingkatan 1?

Sila klik link di bawah

1. Google drive modul HEBAT semua bab
2. HEBAT Matematik Versi BI


Ahad, 5 Februari 2017

Download Geometer Sketchpad, Geogebra dan Mathype | Perisian Matematik 2017

Buku teks KSSM tingkatan 1 tahun ni banyak menyebut mengenai aplikasi Geogebra dalam matematik. Selain itu, GSP juga adalah software matematik yang sangat-sangat berguna. Malah admin telah jadikan GSP ini sebagai tajuk tesis semasa di UPSI dulu. Sangat-sangat membantu tetapi biasalah kekangan masa dan alatan menyebabkan tak mampu untuk menggunakan GSP sepenuhnya dalam PdPc terutamanya tajuk Penjelmaan.

 Jika dalam pembinaan item peperiksaan, sudah tentu ramai yang gunakannya.

Di sini admin nak kongsikan setup kedua-dua software ini.

1. Klik untuk download GSP (fail .exe)

2. Klik untuk download Mathype (fail .exe)

3. Klik untuk download Geogebra (link ke webpage)


Ada masa free nanti admin akan kongsikan beberapa file .gsp yang boleh digunakan untuk PdPc Matematik Sekolah Menengah. Tunggu!

Modul KSSM Matematik Tingkatan 1 Bab 7 dan Bab 8

Preview dokumen seperti di bawah. Dalam Ms Word hanya 3 muka surat memandangkan pokok-pokok telah banyak ditebang.


Klik link untuk download https://drive.google.com/file/d/0Byg2abnjy4wQZGN4Wm40WnczUkU/view?usp=sharing

Nanti admin akan upload modul bab yang lain... tunggu!

Sabtu, 4 Februari 2017

Semakan markah e-prestasi di web hrmis 2017

Hari ini viral di kalangan guru-guru mengenai markah e-prestasi yang sudah boleh disemak di laman web Hrmis.

Berikut adalah cara-cara untuk semak markah tersebut.

1. Login https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/common/main/login.aspx
2.  Klik pada Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

3. Klik pada Fungsi - Penilaian Prestasi - Pengawai yang dinilai


4. Klik pada slip Keputusan PBPPP


Pukul 10.53 p.m tadi, admin dapati link pada slip keputusan PBPPP telah dinyahfungsi. 
Nasiblah sape-sape yang sempat semak markah tu tapi jangan yakin sangat dengan markah yang terpapar sebab dengar cerita markah tersebut belum dimuktamadkan. 

sekian 

Hiasan kelas terbaikkk | Sumber Hanif Azahar

Teruja admin tengok perkongsian di group FB teacher collection kiriman Hanif Azahar.

Beliau merupakan seorang guru kelas di SK Tengku Mariam, Johor.

Jom nikmati pemandangan kelas beliau yang dihias dengan macam-macam bahan.

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.

No automatic alt text available.  No automatic alt text available.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

No automatic alt text available.  Image may contain: indoor


No automatic alt text available.
siap ada twitter !


No automatic alt text available.
IG pun ada. Menurut Cikgu Hanif, beliau menunggu pelajar menampal gambar masing-masing minggu depan.


No automatic alt text available. Image may contain: food Image may contain: food  Image may contain: food
Kad traffic light yang sedang HOT digunakan dalam PdPc guru-guru kreatif.


No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person  No automatic alt text available.



No automatic alt text available.    Image may contain: indoor

Guru-guru yang inginkan bahan-bahan seperti dalam gambar di atas, bolehlah hubungi Cikgu Hanif. Beliau sedia untuk berkongsi dengan semua. Link FB telah disertakan di atas sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen