Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 20 Oktober 2013

Kursus Integriti Zon Sentul di JPWPKL 19 Ogos 2013

Ikrar Integriti Malaysia
Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami.

Ke arah itu, kami berikrar :
  • Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
  • Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
  • Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
  • Bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
  • Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
  • Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan

PENTING! SPPBS ditutup pada 1 Disember 2013


Tiada pelanjutan tarikh seperti tahun lepas. Oleh itu cepat-cepatlah bertindak.

Penggunaan Internet Explorer dalam SPPBS - Karya Sinar Harian dari Guru IT

Shaz tertarik dengan luahan dari seorang pembaca Sinar Harian. Luahan guru tersebut, menjadi bualan guru-guru yang terlibat dengan PBS



Assalamualaikum,

SAYA ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara basic seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia.

3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.

4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.

5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Saranan saya :

1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang gelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.

2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?

Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.

Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.


Wassalam

Guru IT.


SEDIKIT PANDANGAN DARI SHAZ

Mengenai penggunakan Internet Explorer 7 hingga 9 itu hanyalah untuk kemasukkan markah NON AKADEMIK sahaja seperti SEGAK dan PAJSK yang melibatkan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan permainan. Yang bermasalah itu hanya guru yang memegang jawatan sebagai guru kelas sahaja.

Untuk kemasukkan band Akademik, Internet Explorer Versi 10 tetap masih boleh digunakan seperti biasa khas untuk semua guru matapelajaran.

Namun, walaupun begitu dengan pengalaman Shaz, walaupun menggunakan versi 10 markah Non Akademik pelajar tetap boleh diisi seperti biasa tanpa masalah yang serius. Malah, Shaz juga pernah menggunakan Mozila untuk mengisi markah. Namun memang ada beberapa ketika (dan bukannya berhari-hari) adakalanya sistem error hingga tak boleh siapkan markah.

Bulan Oktober ini, servers SPPBS memang sangatlah sesak. Malah Shaz sendiri tidak log in sejak beberapa minggu yang lepas. Yang Shaz tahu ramai guru yang mengadu sistem sangat lambat dan banyak sangat error.

Belajarlah dari pengalaman tahun lepas. Sistem yang sangat lembab apabila hujung tahun kerana ramai guru yang ingin mengisi band setelah didesak dengan tarikh-tarikh yang ditentukan oleh pihak pentadbir sekolah walaupun pihak SPPBS menyatakan tarikh akhirnya 1 Disember 2013.

Alhamdulillah. Shaz telah selesai menanda band untuk 8 kelas PBS termasuk juga Non Akademik pada September lepas.

Sekarang, hanyalah aktiviti ulangkali dan peneguhan di samping menjalankan aktiviti TIMSS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen