Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Selasa, 10 Januari 2012

Taklimat mingguan sekolah

Seperti biasa, setiap hari Selasa dari pukul 12 hingga 1 p.m, taklimat guru akan diadakan. Dalam taklimat tersebut,
A)  PK 1 meminta guru
  1. Tandatangan semula borang opsyen bersara kerana borang lama tersalah menggunakan rujukan pekeliling.
  2. Guru perlu hantar buku rekod mengajar setiap minggu dan perlu buat rekod mengajar setiap hari
  3. Buku latihan pelajar mesti ada indeks. Guru mp perlu arahkan pelajar buat.
  4. Sekolah kurang guru. Jadi guru mungkin akan mengajar lebih waktu. Well, Shaz mengajar 28 waktu.
  5. Guru perlu lihat buku relief setiap hari sebelum P&P mula.
  6. Guru perlu serahkan salinan surat panggilan meeting dan beritahu PK1 jika pergi meeting. 
  7. Guru kelas kutip duit RM 9 dari pelajar untuk ambil gambar ukuran passport di sekolah. 
  8. Guru perlu hebahkan kepada pelajar mengenai bayaran RM 100 kerana ada pelajar yang belum tuntut duit tersebut.
B) PK HEM pula meminta guru

  1. Guru bertugas mesti ke kantin waktu rehat dan tandatangan buku tugas dengan pengawas.
  2. Guru mp wajib laporkan kerosakan dalam bilik darjah. Jika berlaku kemalangan akibat kerosakan, guru mp perlu bertanggungjawab.
  3. Waktu akhir, guru mp perlu arahkan pelajar bersihkan kelas dan angkat kerusi ke atas meja.
C) PK KO meminta guru

  1. Guru kelas perlu mengedarkan borang keahlian kelab, persatuan dan badan beruniform kepada pelajar. Ikut pilihan pelajar. Kemudian GK kutip borang tersebut, gunting dan asingkan kelab, persatuan dan badan beruniform masukkan ke dalam kotak di pejabat berasingan. 
  2. Mesyuarat agong rumah sukan esok. Shaz guru ketua. 
  3. Setiap kali mesyuarat agong, semua guru penasihat wajib hadir dan kenalkan diri agar pelajar kenal.
  4. Guru bertugas Sabtu mesti hadir dan buat laporan di buku di pondok pengawal.
D) PK Petang

  1. Guru mp, jangan suka denda pelajar. Belajar kawal pelajar sendiri. 
  2. Jika pelajar bergaduh, guru mesti masuk campur dan leraikan.
  3. Setiap kali masuk kelas, guru wajib isi buku kawalan...kira pelajar yang ada dalam kelas, tulis pelajar ponteng dan lain-lain.
  4. Kad kesihatan pergigian, guru kelas kena edar kepada pelajar dan kutip sebelum minggu ini. Borang nama pelajar yang besar, guru kelas kena isi dan hantar hari ini juga. Guru kelas juga kena jadi saksi tandatangan setiap kad pergigian pelajar.
  5. Guru kelas perlu edarkan borang insurans AMAssurance RM 20 kepada pelajar. Tidak wajib. Jika pelajar nak boleh bagi. 

ps : hanya tugas yang perlu dilakukan Shaz catit, sebenarnya banyak lagi taklimat-taklimat mengenai hal-hal lain.

    Isnin, 9 Januari 2012

    Waktu sibuk mula menjenguk

    Hari Sabtu 7 Januari 2011
    1) Meeting Panitia Matematik pukul 8 pagi hingga 9.30 pagi
     Tugas-tugas yang diberikan
    a) menyediakan soalan peperiksaan pertengahan tahun matematik tingkatan 1 kertas 1
    b) menyelaras hadiah minggu matematik

    2) Meeting Panitia Geografi pukul 10 pagi hingga 11 pagi
    Tugas yang diberikan
    a) setiausaha panitia geografi
    b) menyediakan soaolan peperiksaan akhir tahun geografi tingkatan 2

    Hari Isnin 9 Januari 2011
    Tugas-tugas
    1. melengkapkan sistem maklumat murid SSM diberi peluang siapkan sehingga 16 Januari 2011
    2. melengkapkan borang Sistem maklumat pengurusan Kesihatan Pergigian. Perlu isikan nama pelajar kelas 1M, keturunan dan juga nombor pendaftaran. Seramai 38 orang pelajar perlu diisi.
    3. Menyemak borang penerimaan buku teks pelajar. Petang tadi beri buku teks kepada pelajar.
    4. Menyemak borang maklumat murid dan salinan-salinan sijil yang belum diberikan.

    Malam ni, Shaz baru je download Sistem Maklumat Murid SSM Versi 4.0. Nak install dari CD, CD pula tak boleh read.

    Sesiapa yang ada masalah sama, bolehlah download SSM Ver 4.0

    Klik Download di sini.

        
    Seseungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk (Al-Furqan : 66)

    Khamis, 5 Januari 2012

    Hari pertama dan hari kedua persekolahan 2012

    Hari pertama 4 Januari 2012
    Pukul 1 tenghari, semua pelajar dan guru sesi petang berkumpul di dewan untuk mendengar amanat pertama pengetua bagi tahun 2012 hingga pukul 1.30 petang.

    Waktu pertama dan waktu kedua, guru kelas diarahkan berada di kelas masing-masing untuk mengambil maklumat pelajar yang belum lengkap. Sepatutnya sudah lengkap pada 30 Disember 2011 tetapi disebabkan ada pelajar yang tidak membawa salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan keputusan UPSR dan lain-lain, jadi guru kelas perlu mendapatkan maklumat tersebut pada hari pertama. Pelajar juga diberi peluang untuk mengisi kembali borang maklumat diri yang mereka tidak dapat siapkan pada hari Jumaat lepas. Ketua AJK Keceriaan diarahkan untuk buat jadual bertugas kelas.

    Kebetulan pula dua orang pengawai dari JPNWP datang untuk memantau kelas dan juga guru. Jadi guru-guru bersedia dengan buku rekod mengajar masing-masing.  Sayangnya, ada juga guru yang langsung tiada persediaan dan tidak tulis apa-apa dalam buku rekod mengajar.

    Kemudian, pelajar tingkatan 1 ditempatkan di dewan untuk sesi orientasi manakala pelajar tingkatan 2 pula meneruskan sesi P&P seperti biasa walaupun belum mendapat buku teks.

    Shaz sudah mula mengajar tingkatan 2Y dan tingkatan 2G Bab 1 Geografi mengenai longitud dan latitud. Ada pelajar 1N tahun lepas, senyum melihat Shaz masuk ke kelasnya. Mungkin sebab Shaz pernah mengajar mereka. 2G sudah ada buku teks dan semua pelajar ada buku tulis masing-masing.

    Pelajar-pelajar di sini kurang ramah dengan guru mungkin kerana bahasa. Kebanyakkan mereka kaum Cina. Ada di antara mereka yang sukar berbahasa dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.




    Hari kedua 5 Januari 2012

    Seperti biasa, pukul 1 tengahari semua berkumpul di dewan untuk perhimpunan. Waktu pertama dan kedua, Shaz ke kelas 2W. Ada pelajar yang sudah ada buku teks dan ada yang belum dapat buku teks disebabkan ada hutang tertunggak dengan pihak sekolah. 100% pelajar sudah ada buku tulis masing-masing untuk menyalin nota.

    Waktu ke 3, Shaz ke dewan untuk menyertai orientasi pelajar tingkatan 1. Ketika itu taklimat disiplin sedang dijalankan oleh pengawas sesi pagi. Disebabkan tiada waktu untuk guru kelas, jadi Shaz gunakan waktu ini untuk mengambil kehadiran pelajar kelas Shaz.

    Waktu ke 4 tergesa-gesa ke surau untuk solat dan waktu ke 5 kembali ke dewan bagi sesi orientasi tingkatan 1.

    Waktu 6 dan 7 pula tingkatan 1 kembali ke kelas untuk P&P seperti biasa. Shaz ke kelas 1W dan 1Y bagi subjek PJK. Memberi taklimat mengenai keselamatan dan peraturan PJK. Juga memberi pengenalan Bab 1 mengenai Daya Tahan Kardiovaskular. Semua pelajar diam je, kecuali bekas pelajar aliran peralihan. Yang lain, tanya faham ke tidak pun diam. Bila dekat-dekat habis waktu, baru ada seorang dua yang mahu berinteraksi dengan berani dan menawarkan diri untuk membantu Shaz sewaktu aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.

    Waktu 8 dan 9 digunakan untuk solat asar dan juga mengemaskini buku rekod mengajar.

    Malam ni, Shaz nak siap RPH untuk esok dan juga siapkan RPT Geografi Tingkatan 2 setakat yang termampu sebelum tidur.


    "Apabila Rasulullah SAW ingin tidur, sedangkan Baginda SAW masih dalam keadaan berjunub, lalu Baginda berwuduk sebagaimana yang dilakukan ketika ingin mengerjakan solat sebelum tidur" (H.R Bukhari & Muslim)

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Komen