Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 24 Februari 2014

APPLICATION FOR MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS), COMMONWEALTH SCHOLARSHIP AND FELLOWSHIP PLAN (CSFP) AND MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP) 2014 ( 08 Jan 2014 - 01 Apr 2014 )


MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)

The Malaysia International Scholarship (MIS) is an initiative by the Malaysian Government to attract the best brain from around the world to pursue advanced academic studies in Malaysia. This scholarship aims to support Malaysian Government's effort to attract, motivate and retain talented human capital from abroad.
Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities.

THE MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP)

The MTCP Scholarship forPost-Graduate Studies provides opportunities for students to pursue advanced academic study in Malaysia. This scholarship is a Government-to-Government basis, without any bond imposed by Malaysia. Scholarships are intended for promising candidates who may be expected to make a significant contribution to their own countries on their return from Malaysia. The duration of the award is 36 months for PhD and between 12 to 24 months for Masters Programme.

COMMONWEALTH SCHOLARSHIP AND FELLOWSHIP PLAN (CSFP)

The Malaysian Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan are awarded by the Malaysian Government to the nominated students from the Commonwealth countries to study at the post-graduate level in Malaysia. This is a Government to Government scheme without any bond imposed by Malaysia. The awards for Mastersdegree are between 12 to 24 months depending on the courses. Awards for pursuing PhD degree are for 3 years. The Awards are only applicable for candidates pursuing full-time degree programme in Malaysia.
https://biasiswa.moe.gov.my/INTER/

Mohd Nor Izzat Mohd Johari - Isu PBS

Mohd Nor Izzat Mohd Johari 
PBS: Kenyataan Muhyiddin kelirukan rakyat

SHAH ALAM – Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) menyifatkan kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kajian semula terhadap pelaksanaan sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) secara menyeluruh itu sekadar cuba meredakan desakan guru.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, sistem itu memang sedang dalam proses dibaiki sehingga April.

“Merujuk kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin, beliau menjangkakan PBS dikaji sehingga April sedangkan memang PBS dalam proses dibaiki sehingga April. Jadi apakah mekanisme yang mahu dikaji lagi?

“Saya rasa beliau hanya mahu meredakan desakan guru dan mahu mengalihkan perhatian masyarakat seolah-olah kementerian mengambil serius masalah PBS ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kajian secara menyeluruh akan dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sistem tersebut.

Katanya, antara masalah itu ialah berhubung sambungan sistem capaian dan penggunaan alat merekodkan prestasi pencapaian yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

"Sama ada PBS akan ditangguhkan atau diteruskan, akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang bakal diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Nor Izzat juga berpendapat, Muhyiddin cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat dikaji semula.

“Apa guna dikaji lagi jika PBS itu sendiri dibaiki setelah dilaksanakan tiga tahun? Saya rasakan TPM cuba mengelirukan masyarakat dengan ayat 'dikaji semula'.

“Adakah mahu membuat makmal PBS? Jika itu yang mahu dibuat, di mana 'pilot project' PBS? Sekali gus membuktikan sekolah perintis tidak berfungsi. Malah menjadi persoalan besar, adakah ada hasil kajian sekolah perintis bagi PBS?,” katanya.

Tambahnya, “saya tegaskan bahawa Himpunan 222 Mansuh PBS tetap diteruskan sehingga PBS mansuh dan juga menjadi satu sejarah pendidikan negara kebangkitan suara guru bersama masyarakat.”

Lantang kritik PBS, guru dakwa diarah tukar

SHAH ALAM - Gara-gara lantang mengkritik sistem pendidikan negara, dua orang guru mendakwa telah diarah bertukar sekolah serta-merta.

Menurut seorang daripada guru berkenaan, tindakan tersebut diambil jabatan pendidikan negeri ekoran penyertaannya dalam kempen Mansuh PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) yang akan berlangsung esok.

Namun, difahamkan surat arahan pertukaran itu masih belum diterima guru-guru terbabit.

“Surat ini adalah satu tindakan daripada kementerian (Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk menggagalkan himpunan esok. Sekali gus membuktikan bahawa mereka menggunakan kuasa mereka untuk menutup atau menghalang apa jua usaha untuk membuka kelemahan mereka.

“Ini salah satu bentuk kezaliman yang dilakukan kepada guru-guru yang cuba memberitahu kebenaran. Surat tersebut berkuat kuasa 17 Februari 2014 tapi saya masih belum menerima surat berkenaan secara rasmi,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menolak bahawa tindakan itu akan menyekat penyertaannya dalam himpunan membantah PBS, esok.

“Tindakan ini adalah cubaan untuk menutup mulut saya. Apa jua tindakan yang akan dikenakan ke atas saya, saya terima dengan hati terbuka dan saya akan memberi laluan kepada pihak kementerian untuk membuat apa jua tindakan untuk menutup mulut saya.

“Semangat saya tak pernah luntur kerana saya tahu kalau nak menyatakan kebenaran, ini yang saya perlu terima,” katanya.

Sistem PBS menerima pelbagai desakan dan kritikan sejak tahun lalu ekoran bebanan guru yang semakin bertambah selain kesan sistem itu kepada pelajar-pelajar.

Sementara itu, sistem aplikasi PBS pula sedang ditambah baik dan dijangka siap April ini.

 Guru sah terima surat tukar, buat rayuan esok

SHAH ALAM - Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari mengesahkan dirinya telah menerima surat arahan pertukaran serta-merta secara rasmi, hari ini.

Guru sekolah di negeri Pantai Timur ini akui beliau bakal membuat rayuan terhadap jabatan pendidikan negeri terbabit.
"Surat itu bertarikh 17 Februari 2014 dan saya terimanya hari ini.
"Saya akan buat surat rayuan dan akan dihantar ke jabatan pendidikan negeri, esok," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Minggu lalu, Sinar Harian Online melaporkan dua guru sebuah sekolah mendakwa menerima surat pertukaran serta-merta ekoran menentang sistem pendidikan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Hari ini, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut.

Katanya arahan pertukaran tersebut mungkin dikeluarkan oleh pejabat pendidikan daerah yang masih belum diketahui sebabnya sama ada berkaitan PBS atau sebaliknya.

Sementara, pelaksanaan PBS ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Batalkan tindakan terhadap guru kritik PBS

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia digesa membatalkan serta-merta semua tindakan tatatertib terhadap sekumpulan guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebelum ini agar ia selaras dengan keputusan kerajaan menggantung pelaksanaannya.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata tindakan tatatertib tersebut adalah tidak wajar sambil menyifatkannya sebagai tindakan jahat dan pengecut untuk menghalang guru-guru membuat kritikan yang munasabah dalam perkhidmatan pendidikan.

“Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi perhatian peribadi beliau untuk memastikan semua tindakan tatatertib terhadap Nor Izzat dan guru-guru yang mengkritik PBS dibatalkan serta-merta.

“Pelaksanaan PBS telah menyebabkan guru-guru menjadi seperti kerani pencatat data, memaksa mereka bangun pada jam 2-3 pagi untuk memasukkan markah pelajar berikutan masalah jaringan online,” katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan guru-guru yang mengkritik PBS sepatutnya diberi ruang oleh kementerian terbabit dalam penilaian terhadap sistem tersebut sebagai usaha penambahbaikan mengubah sistem pendidikan negara.

Sehubungan itu, Kit Siang mendesak Muhyiddin mengemukakan laporan lengkap kepada Parlimen berkenaan permasalahan pelaksanaan PBS dalam sidang Dewan Rakyat, Mac depan.

Minggu lalu, Ketua Jawatankuasa Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuat kuasa pada 17 Februari.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut dilaporkan media telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Khamis lalu.

Katanya, pihak JPN tidak menyatakan sebab utama pertukaran sekolah tersebut berlaku.

Kenyatan Media KPM - Isu PBS ditangguhkan 23 Februari 2014

Guru tak boleh paksa pelajar

Oleh Ruhaiza Rusmin

Ketika penulis bersekolah dulu, antara perkara paling menjemukan ialah ‘dipaksa’ guru menyelesaikan kerja sekolah.
Penulis beranggapan, kerja sekolah dibekalkan guru cukup membebankan serta menjadi penghalang untuk menikmati kebebasan hidup sebagai pelajar.
Namun kerana tiada pilihan, penulis terpaksa meng­gagahkan diri, apatah lagi apabila mengenangkan hayunan rotan sebagai ‘hadiah’ jika gagal menyiapkan tugasan.

Sehingga kini, walaupun zaman persekolahan sudah lama berlalu, isu kerja sekolah yang menjadi mimpi ngeri generasi sezaman penulis tidak pernah selesai.
Kerja sekolah masih diang­gap membebankan pelajar manakala bagi pihak guru, kerja sekolah dianggap satu kemestian.

Dolak-dalik mengenai kerja sekolah yang tidak pernah selesai ini akhir­nya mengundang konflik dan polemik dunia pendidikan negara.

Benarkah tidak menyiap­kan kerja sekolah itu satu kesalahan besar bagi pelajar?

Ketua Jabatan Kepimpinan dan Polisi Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah berkata, pelaksanaan kerja sekolah oleh pelajar seharusnya dilihat dari pelbagai perspektif bagi mengelak salah faham banyak pihak.

Beliau berkata, kerja sekolah memang sinonim de­ngan pelajar, namun ia juga boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan guru bagi kebaikan golongan sasaran (pelajar).

“Definisi kerja sekolah itu sendiri boleh membawa pelbagai maksud iaitu dari sudut positif atau negatif bergantung kepada perkara utama yang disasarkan.

“Misalnya dari sudut negatif, kerja sekolah nampak membebankan namun dari sudut positif, ia boleh dijadikan pemangkin bagi memperkukuh dan memperbaiki kelemahan pelajar.

“Pelbagai penafsiran boleh diberikan mengenai kepentingan kerja sekolah kepada pelajar mengikut kriteria keperluan. Cuma jangan sampai mengganggu dan menimbulkan konflik lain,” katanya.

Beliau berkata, keperluan melaksanakan kerja sekolah tertakluk dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada pihak pelaksana seperti sekolah dan guru sejak 10 tahun lalu.

“Menerusi surat pekeliling pada 2004 itu, kerja sekolah adalah satu tuntutan yang perlu diberikan kepada pelajar sebagai salah satu cara pengukuhan atau memperkayakan pemahaman pelajar.

“Selain itu, ia turut me­nyasarkan objektif lain seperti meneruskan kesinambungan pembelajaran di kelas, mengisi masa seng­gang pelajar dan meningkat­kan kemahiran melalui latihan pemulihan.

“Jika melihat pada objektifnya, kerja sekolah memang penting kerana ia dilaksanakan bukan atas dasar ‘mendera’ golongan itu,” katanya.

Namun, walaupun kerja sekolah satu keutamaan yang perlu diberikan kepada pelajar, guru tidak boleh memaksa atau menggunakan bentuk fizikal seperti rotan.

“Jika menggunakan hukuman seperti itu, ia salah dan lari daripada matlamat sebenar pelaksanaan kerja sekolah itu.

“Hukuman berbentuk fizikal, apatah lagi melampaui batas tidak dibenarkan walau apa jua alasannya kerana ia di luar batas norma sistem pendidikan,” katanya yang tidak menolak kemungkinan pelaksanaan ‘hukuman’ dilakukan kerana kurangnya maklumat guru atau sekolah mengenai polisi kerja sekolah.

“Dalam modul pengajian, bagi bakal guru, tiada modul khusus disediakan sebagai garis panduan untuk mereka melaksanakan pemberian tugasan kerja sekolah kepada pelajar.

“Yang banyak ditekankan ialah mengenai etika dan cara pembelajaran, namun terlepas pandang aspek keperluan etika kerja sekolah.

“Kekurangan maklumat atau pendedahan sebagai garis panduan itulah mewujudkan isu tidak diingini mengenai kerja sekolah,” katanya.

Ditanya pandangannya, adakah satu kesalahan besar jika pelajar enggan membuat kerja sekolah, beliau berkata, ia bukan kesalahan serius yang memerlukan mereka diberi hukuman keterlaluan.

Menurutnya, tidak me­nyiapkan kerja sekolah bukan satu kesalahan disiplin dari sudut sistem pendidikan normal, namun ketegasan perlu ada supaya pelajar sedar bahawa membuat kerja sekolah itu ada kebaikannya.

“Saya tidak kata tangan guru terikat dalam isu ini sebab memberi kerja sekolah juga sebahagian cara membantu pelajar memperbaiki prestasi mereka.

“Kebolehan pelajar yang berbeza memerlukan satu mekanisme digunakan bagi meningkatkan pencapaian.

“Melalui kerja sekolah, pelajar yang lemah boleh dibantu untuk meningkatkan pencapaian mereka,” kata­nya.

Namun jika pelajar enggan atau tidak mampu menyiapkan kerja sekolah, beliau berkata, guru boleh bertegas dan mencari punca mengapa mereka gagal melaksanakan tugasan yang diberikan.

“Adalah melanggar hak pelajar jika guru terus memberikan hukuman tanpa mencari punca pelajar gagal menyiapkan kerja sekolah diberikan.

“Mungkin ada penyebabnya seperti kekangan masa, keletihan, kurangnya kefahaman dan sebagainya. Guru perlu menyelidik sebelum bertindak ke fasa seterusnya.

“Tidak adil jika terus memberikan hukuman. Tidak kira sama ada guru atau pelajar, jangan jadikan isu kerja sekolah sebagai satu konflik besar,” katanya.

Ditanya adakah jika guru bersikap ‘tidak apa’ terhadap pelajar yang enggan membuat kerja sekolah seperti memanjakan golongan itu, beliau berkata, ini bukan soal manja atau tidak sebaliknya menjurus kepada sikap toleransi.

“Tanggungjawab guru adalah memberi kerja sekolah dan memastikan pelajar membuatnya."

“Namun jika pelajar eng­gan, guru tidak boleh dipersalahkan kerana bidang kuasa mereka ada hadnya.

“Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan masalah. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan meletakkan kesalahan pada guru,” katanya.

Beliau berharap agar pertikaian mengenai kerja sekolah tidak berpanjangan hingga mengganggu banyak aspek lain.

“Yang menjadi keutamaan ialah melahirkan pelajar berjaya, seimbang serta mampu menjadi generasi boleh dibanggakan.

“Wujudkan keharmonian dalam sistem pendidikan dan jauhi konflik,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurutakbolehpaksapelajar/Article/index_html

Khamis, 20 Februari 2014

TAKWIM PEPERIKSAAN 2014

TAKWIM PEPERIKSAAN 2014

Print PDF
 PEPERIKSAAN TARIKH
Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis  9 - 12 Jun 2014
(Isnin - Khamis)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis  9 - 11 September 2014
(Selasa - Khamis)
Sijil Tinggi Agama Malaysia
(STAM)
Lisan
Bertulis 13-15 Oktober 2014
 (Isnin & Rabu)
20-21 Oktober 2014
(Isnin - Selasa)
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM)
Bertulis  3 November - 2 Disember 2014
 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)


 Pentaksiran Kolej Vokasional (KV)

 Pentaksiran Pusat Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41 DAN DG44 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41  DAN DG44 DI BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Penolong Pengarah Gred DG41 dan DG44 di Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Sehubungan itu, Bahagian ini mempelawa pegawai yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut seperti butiran berikut:

          a)     Penolong Pengarah Gred DG44 (Dasar)           -           1 kekosongan
          b)     Penolong Pengarah Gred DG41                        -           3 kekosongan
i)          Penolong Pengarah (Dasar)
ii)         Penolong Pengarah (Pengurusan Pentadbiran)
iii)         Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat)
           
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Sharifah Hasliza bt. Syed Ali di talian 03-888491097 atau  Pn. Halimatun Sa'diah bt. Mohd Kasim 03-88841127. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada 28 Februari 2014 ke alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2 – 6, Blok E 13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(u.p:  Sektor Khidmat Pengurusan dan Kewangan
 
KLIK LINK DI BAWAH 
 
Lampiran A
 
 
Lampiran B

URUSAN PEMANGKUAN BIDANG UMUM/TEKNIKAL/PENDIDIKAN ISLAM GRED DG41 KE GRED DG44 TAHUN 2014

17 February 2014

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

2.         Sukacita diumumkan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Ke Gred DG44 (Bidang Umum, Bidang Teknikal Dan Bidang Pendidikan Islam) Tahun  2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia

3.         Maklumat lanjut adalah seperti lampiran.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Klik LINK di bawah.

URUSAN PEMANGKUAN BIDANG UMUM/TEKNIKAL/PENDIDIKAN ISLAM GRED DG41 KE GRED DG44 TAHUN 2014

Ahad, 9 Februari 2014

Jadual Waktu Pentaksiran Pusat tingkatan 3 2014



Sumber dari Albil Ganesh

Keputusan mengenai BISP MAC ini

PAGOH: Keputusan sama ada kerajaan akan memberikan insentif baru bagi menggantikan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) yang dimansuhkan awal Januari lalu bakal diketahui selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri, Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata, cadangan itu sekarang di peringkat kajian dan sedang diteliti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata, pihaknya menerima pelbagai maklum balas mengenai pemberhentian bayaran BISP yang dilakukan sejak Disember lalu.


Namun, katanya, semua perincian termasuk nilai serta cara pembayaran akan ditentukan kemudian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau ditemui pada sesi dialog Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Pendidik Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abd Rahman serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

Import data pelajar ke dalam SPS dari APDM

Dalam SPS terlalu banyak data pelajar yang perlu dimasukkan oleh guru kelas. Ada data tersebut sebenarnya telah pun diisi dalam SMM dan APDM.

Kaedah tersebut Shaz temui dalam satu blog guru yang sangat mahir SPS dan FROG


KLIK  link di bawah ini
http://www.teknologihijau.net/index.php/blog/manual-sps/38-import-data

Sabtu, 8 Februari 2014

Guru diminta beri masa untuk tambak baik sistem PBS

SHAH ALAM: Guru yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diminta memberi masa kepada Kementerian Pendidikan untuk melakukan penambaikan terhadap sistem itu yang dijadual dapat beroperasi dengan lebih berkesan pada April ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pihaknya memahami bebanan yang ditanggung oleh guru ketika menggunakan PBS dan justeru cuba memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.



"Kita tahu beban yang tinggi... sistem dikatakan jammed (tergendala) kita betulkan dan upgrade (menambah baik) serta kita laksanakan sistem di mana data yang kita masukkan tidak akan hilang.


"Kita minta guru bersabar...kalau ada tidak faham beritahu kita dan kita duduk semeja serta selesaikan masalah sebab inilah kehendak rakyat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2014 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd di sini, hari ini.

Idris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ketidakpuasan hati banyak pihak terutama guru yang tidak bersetuju terhadap pelaksanaan PBS.

Sistem itu yang juga transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Idris berkata, pelaksanaan PBS dibuat selepas kementerian mendapat pandangan daripada 55,000 individu termasuk tokoh akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.

Ditanya khabar angin sekumpulan guru bercadang mengadakan bantahan di Putrajaya berhubung isu PBS, beliau berkata, perkara itu tidak wajar dilakukan kerana masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan cara baik.

"Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kita kerana ini sistem yang dikehendaki selepas dulu cakap kita terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada tidak kena beritahu kita akan baiki.

"Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran malah dengan saya pun boleh. Kita harap jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya. - BERNAMA

Murid buat laporan polis palsu tuduh guru deranya jadi monyet

Soalan KajiSelidik Seks mukasurat 3 yang menjadi isu

Soalan seks untuk murid sekolah?

Ada yang mengaggap soalan di atas tidak sesuai dan keterlaluan untuk ditanya kepada pelajar sekolah rendah.

Dengan masalah sosial lebih-lebih kes mengandung luar nikah dan kes buang bayi yang kian parah, ada benarnya kajian ini dijalankan untuk mengetahui duduk sebenar dimanakah tahap kegiatan seks pelajar-pelajar kita.

Adab timur kita memang tidak membincangkan isu ini secara terbuka lebih-lebih lagi kaum melayu. Sedar-sedar anak nak berbadan dua, anak dah siap buang bayi baru kita tanya itu ini.

Anggaplah ini adalah salah satu dari langkah pencegahan pihak kementerian kesihatan dan kementerian pendidikan untuk mengubati penyakiti sosial remaja hari ini. Mengubati kena tahu punca. Nak tahu punca kena tanya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen