Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Jumaat, 30 Disember 2011

Orientasi pelajar baru Tingkatan 1

Hari ini bermula jam 7.30 pagi guru-guru berkumpul di bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat PK Petang mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan sewaktu di dalam kelas.

Janji pukul 8.30 pagi, guru kelas sudah boleh bawa pelajar tingkatan 1 ke kelas masing-masing tetapi pukul 9 barulah dapat membawa pelajar ke kelas.

Shaz dibantu oleh seorang guru untuk menguruskan beberapa hal
a) mengedarkan dan membimbing pelajar mengisi borang maklumat diri
b) memberi taklimat mengenai e-disiplin dan peraturan sekolah yang lain.
c) melantik jawatankuasa kelas
d) memeriksa dan mengumpulkan salinan sijil lahir, kad pengenalan, sijil UPSR dll.

Tamat pada pukul 11.30 pagi.
Dan hamba-hamba ALLAH ar-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila bercakap kepada orang yang jahil, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. (AL- Furqan :63)

Khamis, 29 Disember 2011

Mesyuarat awal tahun

Sekolah Shaz mula bermesyuarat semalam 28 Disember 2011 dari pukul 8 pagi hingga ke pukul 2 petang.
Intipati mesyuarat semalam adalah -:
a) Taklimat Pengetua
Sebagai selingan, pengetua bercerita tentang perjalanan beliau dan beberapa orang guru mendaki Gunung Kinabalu. Beliau tak mampu sampai ke puncak tetapi ada guru lain yang berjaya sampai dan mengibarkan bendera sekolah kami di puncak gunung Kinabalu

b) Mesyuarat Agung Kelab Guru
Hehe, tergelak Shaz. Cikgu-cikgu bising pasal yuran kelab guru. Ada guru senior (yang mengajar sebelum Shaz dilahirkan lagi) membantah yuran kelab guru RM 100 (RM 50 satu semester). Kata guru tu, yuran terlalu membebankan. Akibat dia banyak mengomel, tak pasal-pasal dia dipilih jadi Bendahari Kelab Guru yang baru. Gamat suasana cikgu-cikgu ni duduk mengenakan kawan-kawan masing-masing. Ewah!
Tahniah kepada yang TERkena calon dan TERlantik jadi wakil guru. Dont worry be happy.

c) Taklimat Pengurusan Kurikulum
Bla bla bla... PK KO baru sekolah Shaz. Bagus dia bagi penerangan dan nampak misi di nak tolong pelajar dapatkan markah kokurikulum sebanyak mana yang boleh. Aduh, Shaz kena jadi Ketua Rumah Sukan Ungu. Macam berat je tugas tu.

d) Taklimat PK Petang
My dear PK Petang. Very soft spoken, always smile. Chinese lady. Shaz kena jadi guru kelas 1M. Kami bertaklimat pasal orientasi pelajar baru esok. Juga pasal susunan pelajar dalam kelas, pasal buku rekod kehadiran pelajar dan banyak lagi.

Hari ini 29 Disember 2011, meeting lagi dari pukul 8 pagi sampai 12 tenghari (je)
a) Taklimat Buku Jadual Kedatangan Murid - banyak peraturan dalam tatacara menggunakan BJKM. Peraturan BJKM
  • perlu disimpan di pejabat sekolah, guru tingkatan tidak boleh bawa pulang ke rumah.
  • Hanya leh balut dengan plastik lutsinar
  • mesti dihantar ke pejabat sebelum waktu ke-5 setiap hari
  • tidak boleh guna pemadam jika ada kesalahan dalam BJKM. Kalau terbuat juga, sekolah dikenakan audit berteguran. Jadi, kaedahnya, jika ada kesalahanm, potong, tandatangan dan tulis yang betul.
  • Jika hilang, guru mesti buat laporan polis. Bahaya tau!
  • Pelajar tidak boleh sentuh pun buk BJKM
  • Hanya boleh guna warna biru atau hitam sahaja. Kena guna dua warna sahaja.
  • muka depan buku perlu ditulis, bukan taip tampal. Jika berlaku pertukaran guru kelas, catatkan nama guru dan tempohnya menjadi guru kelas tersebut.
  • Peraturan yang lain, Shaz cerita lain kali.

b) Taklimat e-disiplin - cara guna, wajib guna, kena guna e-disiplin untuk melaporkan kes-kes pelajar bermasalah.

c) Literasi undang-undang - Fuh, banyak cerita pasal undang-undang ni. Ibubapa sekarang, kalau guru panggil untuk meeting PIBG tak nak datang, tapi kalau cikgu sentuh anaknya sikit sepantas kilat dah sampai ke sekolah.

d) Taklimat SKPM/ NKRA

e) Mesyuarat Ceriaton (hanya beberapa guru terlibat)


Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat, atau mahu bersyukr (akan nikmat-nikmatNya itu) -AL- Furqan : 62

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen