Tinggalkan pesanan anda di sini!

Sabtu, 8 November 2014

Contoh 1 Surat rayuan egtukar Sesi januari 2015

Puan Ariana Rose binti Hussein,
SMK XYZ,
Johor.

Melalui dan salinan kepada
Pengetua SMK XYZ,
Johor.
________________________________________________________________________________
                                                                                                                                  6 November 2014

Encik Haris bin Yahaya,
Ketua Unit Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nombor fon 0388849500
Nombor faks 0388886673

Tuan,
RAYUAN SEMAKAN SEMULA PERMOHONAN PERTUKARAN DARI SMK XYZ KE NEGERI TERENGGANU BAGI SESI JANUARI 2015



Saya seperti nama di atas ingin membuat rayuan agar permohonan pertukaran saya ke Terengganu bagi sesi Januari 2015 dipertimbangkan semula.
2.    Nombor siri permohonan saya adalah _________, nombor fail diri JPN saya adalah ______          dan nombor kad pengenalan saya_______________.  Saya adalah guru opsyen _________         dengan pengalaman mengajar ___________ tahun.
3.    Alasan-alasan utama saya untuk memohon pertukaran adalah seperti berikut-:
a)        Mengikut suami yang bekerja sebagai ________________________
b)        Ada anak kecil_________________________________
c)    Tekanan kerana berjauhan________________
d)    Saya pernah mengajar beberapa subjek lain seperti ____________________
e)        Kos berulang-alik ____________________________

5.     Bersama ini saya ada lampirkan beberapa dokumen sebagai bukti iaitu
a)              Borang permohonan e-Gtukar Sesi JAN 2015
b)              Salinan Kad perkahwinan
c)              Surat majikan suami / Pendaftaran perniagaan suami
d)              Surat Keizinan Suami

6.    Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan permohonan pertukaran saya ini. Kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan diucapkan jutaan terima kasih.

Saya yang berharap,



(ARIANA ROSE BINTI HUSSEIN )
Nombor  telefon : 013- XXXXXXXXXX


Cara buat rayuan egtukar

  1. Sediakan satu surat rayuan format surat rasmi macam biasa. Tujukan surat terus ke unit menengah atau unit rendah  masing-masing. Boleh je nak letak nama pgawai atau pun tak. Jika nak letak elokknya letak nama ketua unit men dan ketua unit rendah.
    Tajuk surat rayuan contohnya berbunyi "RAYUAN SEMAKAN SEMULA PERMOHONAN PERTUKARAN DARI SMK XXXXX, JOHOR KE NEGERI TERENGGANU BAGI SESI JANUARI 2015"
Ketua unit menengah En Haris bin Yahaya
Ketua unit rendah En Sohimi bin Othman
KPP unit menengah Dr Jafri bin Abu

2. Kenalkan diri, nombor IC, nombor siri pertukaran, dari mana nak ke mana. Nyatakan tujuan utk merayu dan jelaskan secara ringkas alasan ingin bertukar.Cerita semua pengalaman mengajar  dan subjek yang pernah diajar. Ayat dalam surat rayuan ke arah merayu simpati pihak KPM bukan memarahi pihak KPM, menyindir atau mencabar KPM.
3. Surat SEELOKNYA ditandatangan oleh GB/Pengetua masing-masing dengan sedikit ulasan seperti 'disokong' 'mohon dipertimbangkan' dll. TETAPI jika tiada pun tak apa. Dalam surat tersebut, boldkan alasan ingin bertukar supaya mudah dibaca oleh pengawai KPM. Seperti juga samada melalui pengetua atau tidak. Itupun bergantung kepada cikgu sendiri. KPM tidak menetapkan syarat, surat rayuan mesti melalui pengetua.
4. Kepilkan surat rayuan bersama borang egtukar dan semua lampiran bukti yang lain. Surat gagal dlm egtukar online tu xperlu letak pun.
5. Boleh pos, faks or pergi sendiri ke KPM.
Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nombor fon 0388849500
Nombor faks 0388886673

Sektor Pengurusan Sekolah Rendah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Maklumat untuk berhubung dengan pengawai KPM yang menguruskan pertukaran boleh dirujuk di page www.moe.gov.my , pilih direktori, klik Bahagian pengurusan Sekolah harian dan pilih unit sekolah rendah atau sekolah menengah.

Gagal Egtukar? Sudah lama berjauhan pasangan. Jangan mengeluh!


 
Kita selalu bertanya... 
dan Al-Quran sudah menjawabnya....

KITA BERTANYA :

KENAPA AKU DIUJI? PERTUKARANKU GAGAL BERKALI-KALI. AKU SUDAH BERTAHUN-TAHUN BERJAUHAN SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK.
 
AL-QURAN MENJAWAB
 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut:2-3


KITA BERTANYA :

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? KENAPA AKU MASIH LAGI GAGAL. KENAPA AKU TIDAK DAPAT BERTUKAR KE TEMPAT YANG AKU MAHU? AKU HANYA MAHU BERSAMA SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAKKU. AKU TAK BAHAGIA DI SINI. TIADA SESIAPA BERSAMAMU DI SINI. AKU INGIN PINDAH.
 
AL-QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah:216

KITA BERTANYA :

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? KENAPALAH AKU DIUJI SEBEGINI? ADA JUNIORKU TAK SAMPAI 3 BULAN SUDAH BOLEH TUKAR SEKOLAH. KAWAN-KAWANKU SEMUA  TINGGAL BERSAMA SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK. KENAPA AKU INI SEBATANG KARA DI TEMPAT ORANG?

AL-QURAN MENJAWAB : 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah:286

 
KITA BERTANYA : 
KENAPA RASA KECEWA? SETIAP KALI KELUAR KEPUTUSAN EGTUKAR, AKU MENANGIS TERESAK-ESAK. AKU TERASA AKULAH YANG PALING TERUK, AKULAH YANG PALING HINA AKULAH YANG PALING TIADA REZEKI DAN AKULAH YANG TERANIAYA. AKU SUDAH TERASA PENAT. AKU SUDAH TIDAK MAMPU BERDIRI LAGI. AKU TERASA SANGAT LEMAH SEOLAH-OLAH AKU SUDAH TIDAK MAMPU BERBUAT APA-APA LAGI.

AL-QURAN MENJAWAB
"
Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangalah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
- Surah Al-Imran:139
 
KITA BERTANYA : 
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? SUDAH BANYAK KALI AKU GAGAL BERMAKNA TAHUN DEPAN AKU MASIH LAGI BERJAUHAN KELUARGAKU. KASIHAN ANAK-ANAKKU. KASIHAN SUAMI/ISTERIKU.

AL-QURAN MENJAWAB:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? AKU SUDAH BERTAHUN GAGAL. AKU SUDAH SERIK DIKETAWAKAN GAGAL. SEDIHNYA AKU MENGHADAPI MEREKA-MEREKA YANG MENERTAWAKAN KEGAGALANKU INI. MEREKA YANG MENGATA ITU INI DAN MEREKA YANG BERPURA-PURA SIMPATI DAN MEMBERI NASIHAT SEKADAR UNTUK MENYAKITKAN HATIKU.

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah:45

 KITA BERTANYA : 
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI? APAKAH HIKMAHNYA AKU DIUJI SEBEGINI? APAKAH GANJARAN YANG MENANTI AKU DAN KELUARGAKU DENGAN UJIANMU INI ALLAH

  AL-QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah:111

KITA BERTANYA :
PADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP? AKU SUDAH BERKALI-KALI MERAYU KE KPM, MEMOHON BELAS EHSAN DARI MEREKA. AKU SUDAH BERTEMU ORANG-ORANG BESAR YANG KONONNYA BOLEH MEMBANTU AKU UNTUK BERTUKAR. NAMUN SEMUANYA SIA-SIA. PADA SIAPA LAGI HARUS AKU BERHARAP AGAR AKU LULUS?

AL-QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah:129

 
KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN! AKU SUDAH TAK SANGGUP LAGI DIUJI SEBEGINI. AKU SUDAH PENAT. PENAT YANG AMAT DENGAN PERMAINAN MEREKA-MEREKA INI. AKU TERASA TERANIAYA SEOLAH-OLAH AKU TAKKAN LAGI LULUS TUKAR. ORANG LAIN ADA BANTUAN DARI MACAM-MACAM SUMBER TETAPI AKU TIADA SESIAPA.

AL-QURAN MENJAWAB

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf:12  


 

Rabu, 15 Oktober 2014

Penilaian PBPPP | Komponen Keberhasilan

E Prestasi

Komponen instrumen Keberhasilan - : mengukur peningkatan pelajar dan bukan pencapaian.
Mekanisme pengukuran pula mungkin terdiri dari perancangan guru, prestasi pelajar, laporan prestasi pelajar dan pencapaian murid mengikut band atau GPS.

Borang di bawah adalah salah satu insturmen keberhasilan yang boleh digunakan oleh guru matapelajaran untuk melibat peningkatan/penurunan pelajar.

Shaz menggunakan Microsoft Excel dan masuk sedikitttt formula ringkas bagi memudahkan kerja.



















Untuk Maklumat lanjut KLIK
http://apps.moe.gov.my/smg/10/index.cfm






Apa alamat VLE sekolah saya? | Senarai alamat VLE sekolah di Kuala Lumpur

Sebelum anda boleh log masuk ke FROG VLE anda perlulah ada ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk diberi oleh Pentadbir Frog VLE sekolah anda.  Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.

FROG VLE adalah satu tapak pembelajaran maya yang terancang dan berpusat boleh diakses secara tertutup oleh pelajar dan guru di dalam sesebuah sekolah sahaja (kecuali site yang dibina guru dan dihantar ke KPM dikongsi seluruh Malaysia.

http://1bestarinet.net/

Alamat VLE sekolah bermula dengan kod sekolah masing-masing.  Contoh seperti di bawah.

School Name VLE Web Address Email Address
ERT SETAPAK https://WHA0001.1bestarinet.net WHA0001@1bestarinet.yes.my
KOLEJ ERT SETAPAK https://WHA0001.1bestarinet.net WHA0001@1bestarinet.yes.my
MOE_EVENT https://EVE0001.1bestarinet.net EVE0001@1bestarinet.yes.my
SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH https://WEA0255.1bestarinet.net WEA0255@1bestarinet.yes.my
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TEMBAK 1 https://WBB0073.1bestarinet.net WBB0073@1bestarinet.yes.my
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL https://WEA0230.1bestarinet.net WEA0230@1bestarinet.yes.my
SJK (C) KUNG MIN https://WBC0124.1bestarinet.net WBC0124@1bestarinet.yes.my
SJK(C) MUN CHOONG https://WBC0154.1bestarinet.net WBC0154@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHI MAN https://WBC0113.1bestarinet.net WBC0113@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHIAO NAN https://WBC0114.1bestarinet.net WBC0114@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHIN WOO https://WBC0115.1bestarinet.net WBC0115@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHONG FAH PHIT CHEE https://WBC0133.1bestarinet.net WBC0133@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHONG HWA https://WBC0116.1bestarinet.net WBC0116@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHOONG WEN https://WBC0144.1bestarinet.net WBC0144@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHUNG HWA P https://WBC0117.1bestarinet.net WBC0117@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHUNG KWO https://WBC0118.1bestarinet.net WBC0118@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CHUNG KWOK https://WBC0119.1bestarinet.net WBC0119@1bestarinet.yes.my
SJK(C) CONFUCIAN https://WBC0120.1bestarinet.net WBC0120@1bestarinet.yes.my
SJK(C) JALAN DAVIDSON https://WBC0121.1bestarinet.net WBC0121@1bestarinet.yes.my
SJK(C) JALAN IMBI https://WBC0122.1bestarinet.net WBC0122@1bestarinet.yes.my
SJK(C) JINJANG SELATAN https://WBC0148.1bestarinet.net WBC0148@1bestarinet.yes.my
SJK(C) JINJANG TENGAH 1 https://WBC0146.1bestarinet.net WBC0146@1bestarinet.yes.my
SJK(C) JINJANG TENGAH 2 https://WBC0168.1bestarinet.net WBC0168@1bestarinet.yes.my
SJK(C) JINJANG UTARA https://WBC0147.1bestarinet.net WBC0147@1bestarinet.yes.my
SJK(C) KEPONG 1 https://WBC0149.1bestarinet.net WBC0149@1bestarinet.yes.my

Ahad, 18 Mei 2014

Apa hukum pengampu? | Gaji tidak berkat


 Soalan :

Apa hukumnya di sisi Islam orang-orang yang suka mengampu bos-bos dan suka mengadakan cerita supaya dia mendapat kelebihan dari orang lain dan dipandang bagus oleh bosnya padahal kerjanya tak seberapa berbanding dengan kami yang bertungkus lumus lebih darinya.

Saya x lah nak kata yang saya & kawan2 ni bagus dari segala segi tapi ada di antara kami yang berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi atas penat lelah yang mereka telah lakukan selama ini.Semua yang saya & kawan2 buat semua x kena.

Bos selalu memuji beliau kerana berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan cepat sedangkan kami semua tahu yang melakukan tugasan tersebut adalah orang lain (tp takut nak bersuara) Golongan macam ni suka memburukkan perihal kawan-kawan lain di depan bosnya...sdgkan dia selalu bercakap hal hal yang berkaitan Agama depan saya atau kawan-kawan yang lain bila keluar atau bila makan bersama2 tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?
Terima kasih harap dapat penjelasan dari ustaz.

Jawapan:
Waalaikumusalam pada yang bertanya.

Wow ini Isu sensitif yang selalu terjadi di mana-mana pejabat sekali pun atau lebih popular & dikenali sebagai Politik Pejabat. Perangai suka mengampu adalah perangai yang di keji oleh syarak dan Nabi saw selalu berpesan jangan suka mengampu-ampu dan orang yang suka mengampu itu adalah sebesar2 pendusta. 
Sebab itu penting bagi seorang bos untuk mengetahui peranan antara seorang  pekerja berdedikasi & juga peranan seorang pengampu (kaki bodek) dalamsesebuah jabatan yang dipimpinnya.....yang mana pada zaman sekarang ianya lebih dikenali sebagai Politik Pejabat dan telah pun wujud sejak sekian lama. Inilah perkara-perkara yang perlu di titik beratkan oleh seorang bos (baik lelaki atau wanita) walau pun beliau memimpin dalam kelompok kecil sekalipun.

Buatlah pertimbangan dengan sewajarnya & lakukanlah Solat istikharah pada setiap masa & mengadulah kepada Allah (kalau bos ituMuslim) sebelum membuat keputusan yang besar seperti melibatkan masa depan& hala tuju seorang pekerja yang dipimpinnya & jangan sampai ada yang teranaiya disebabkan kesilapan & keputusan yang telah dibuat oleh seorang bos kerana terlalu percaya kepada apa yang disampaikan oleh orang lain kepada beliau tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.

Setiap perkara mestilah diselidiki terlebih dahulu kerana dikhuatiri ianya adalah fitnah bagi menjatuhkan atau mengelapkan masa depan seseorang pekerja itu. Jika dalam masa yang sama dia (pengampu) memburukkan pula orang lain maka terlebih lah lagi kejinya disisi syara'. Hasil gaji yang diperolehinya pada setiap bulan tidak ada keberkatannya dan terkadang ada ulamak2 yang menghukumkanya jatuh kepada haram kerana telah menabur fitnah & mengada2kancerita yang tidak betul tentang seseorang pekerja
 
Saya x nak mengulas panjang berkenaan perkara ni kerana telah diperbahaskan dulu (sila rujuk pada artikel saya yang menguraikan berkenaan Isu ini dalam tajuk PEMIMPIN - Adakah kita telah memimpin mengikut Ajaran & TuntutanIslam ???????
Ni satu lagi, orang yang selalu bercakap atau pandai cakap dalam bidang agama bukanlah lesen untuk dihalalkan perbuatan mereka yang haram. Perbuatan Haram tetap haram samada pandai bercakap agama atau sebaliknya. Bahkan yang pandai bercakap perkara agamalah yang sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan bukannya suka mengampu-ampu.

Pada sahabat yang bertanya, jangan kerana Nila setitik habis rosak Susu sebelanga  maksudnya..jangan hanya disebabkan segelintir mereka2 yang sukamempermainkan Agama & bertindak sebaliknya, maka golongan Ustaz2, TuanGuru2 atau pun ulamak2 diheret sama dalam permasalahan iniyang batil tetapbatil& yang hak tetap hak.

Wallahu Taala Alam




Bahayanya sikap suka mengampu..


Pahlawan Mexico yang terkenal iaitu Jeneral Alvaro Obregon pernah berkata

” Jangan takut pada musuh yang menyerang kita. Takutlah pada kawan-kawan yang mengampu kita.”

Lihatlah betapa bahayanya sikap suka mengampu sehinggakan seorang jeneral yang hebat pun menyedari hakikat ini dan memberi amaran bahayanya sikap ini kepada kita. Kata-kata tersebut saya petik dari buku How to Win Friends & Influence People. Salah satu karya agung Dale Carnegie.

Isnin, 12 Mei 2014

Jangan kritik

Kita perlu faham dan tahu sesuatu isu sebelum kita sibuk mengkritik. Jika tidak faham tetapi masih sibuk mengkritik jadilah membuta tuli. Jika kita seorang guru tak perlu menegur cara kerja seorang doktor kerana itu bukan bidang kita. Kita tidak tahu dan tidak belajar cara doktor bekerja.

Begitu juga jika kita cuma seorang guru biasa, kita tidak tahu dan tidak faham kaedah untuk mengurus mentadbir sesebuah sekolah dari segi kewangan, disiplin, susunan jadual, prestasi , ABM dan macam2 lagi.

Jika tetap ingin kritik...jadilah seperti anjing yang menyalak. Bila diberi penjelasan mengapa begitu begini terdiam malu ibarat anjing diberi tulang.

Sudahnya, kita buat kerja kita. Orang lain buat kerja mereka. Masing-masing buat kerja sendiri. Tanpa sibuk nak jaga tepi kain orang lain. Tak tahu diam. Biar orang yang tahu selesaikan. Jangan sibuk berpura-pura seperti tahu semua perkara. Itu jijik!

Ahad, 11 Mei 2014

Apa hukum mc tipu?


artikel penuh
http://drzubaidi.com/blog/mc-sijil-perakuan-sakit-hak-pekerja-atau-hak-majikan-atau-hak-doktor/


Benar! Siapa kita untuk tentukan halal haram gaji seseorang. Kita bukan Tuhan. Kalau begitu JAKIM tidak perlu wujud untuk tentu halal haram makanan di Malaysia ini. Salahkah kita sesama Islam mengingatkan sesuatu? Namun, disebabkan benda haram ini telah menjadi kebiasaan, maka semua orang membisu dan menidakkan.

          Jangan hanya makanan sahaja yang kita beria-ia jaga kesucianya dan halal haramnya. Jangan hanya nampak mencuri itu haram, merompak itu haram, berzina itu haram. Kadang-kadang kita terlupa bahawa kerja yang halal juga boleh menyebabkan gaji jadi haram jika tak kena caranya.

Seperti kata Dr Zubaidi sendiri dalam blognya
Saya tidak mempertikaikan pekerja yang benar-benar sakit. Tetapi saya cuba lontarkan pendapat sebagai seorang doktor yang memegang amanah untuk menilai tahap kesihatan pekerja.

Bagi mereka yang berniat menipu, kesalahan  dan dosa haruslah dipikul oleh mereka. Bukan doktor. Saya tidak bersubahat atas dosa itu.
 Begitu juga Shaz. Shaz tidak mempertikaikan mereka yang benar-benar sakit!

Doktor saran tidak perlu kemuka MC jika sakit


KUALA LUMPUR: Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit?

Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.


 "Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.


"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus.

"Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit.

Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.
Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil.

“Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini.

"Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya.

Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.
sumber : 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DoktorsarantidakperlukemukaMCjikasakit/Article/


 Jual sijil sakit : SPRM sedia bantu KKM


 KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membantu Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa segelintir pengamal perubatan menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, “SPRM boleh menyiasat memandangkan ia melibatkan elemen pemalsuan dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan…terdapat unsur nilai kewangan”.
“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa.
“Pada masa yang sama integriti pengamal perubatan (dapat) dipertingkatkan,” katanya.
Pengeluaran sijil palsu satu kesalahan di pihak pengamal perubatan dan pekerja terlibat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, SPRM pernah mengambil tindakan ke atas doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan doktor menerima bayaran tertentu.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pengamal perubatan yang terbukti menjual sijil sakit kepada pekerja yang sihat.
Pengamal perubatan terbabit akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang mempunyai hak untuk membatalkan sijil amalan perubatan, katanya.

Dosa Harta Seorang Pekerja

Dosa Harta Seorang Pekerja
oleh Ustaz Zaharuddin
Berikut adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.

Contoh dosa harta seorang pekerja.
1.Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak di rumah, rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya. Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

2.Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.

3.Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja.
 Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.

4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan.
 Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk penipuan.

5.Rasuah dalam membuat pemilihan.

Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya. Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat
Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.
Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam Islam.

6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan
oleh prosedur syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.

7.Menaikkan harga. Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.

8.Menang Tender Bersyarat. Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut Islam kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai itu tidak akan mengempen syarikat B.
Hukum tindakan sebegini adalah HARAM dalam Islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan berselindung di sebalik aktiviti pelaburan Islam.

9.Tuntutan Palsu. Kakitangan membeli barang keperluan syarikat ataumengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan
kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukumnya adalah HARAM menurut Islam kerana membuat penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.

10.Resit Harga Ciptaan. Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.

11.Ambil Untung Sendiri. Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjayamencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan hargaRM4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan
penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.
Hukumnya adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja. Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah hadis berikut,

Nabi bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (Riwayat Abu Daud)

 http://amal4444.blogspot.com/2009/07/muhasabah-diri-gaji-biar-halal-berkat.html

matematik

BOSS VS LEADER

Selasa, 6 Mei 2014

Sebenarnya mudah!

Sesuatu perkara tu sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat tetapi jadi payah kerana malas dan iri hati.

Malas menyebabkan benda yang remeh kelihatan sulit dan terbeban.

Iri hati menjadikan perkara yang mudah dibuat jadi susah dan menyusahkan kerana buat dengan tidak ikhlas dan penuh amarah.

Ahad, 4 Mei 2014

Bila diri difitnah. Diam atau nafikan?



Ya ALLAH
Aku serahkan segala urusanku kepadaMU
andai aku difitnah
Engkaulah juga yang membersihkan
andai aku dihina
Engkaulah juga yang tahu

Kuserahkan kepadaMu
kerana
apa yang terjadi
telah Engkau takdirkan

Aku percaya kepadaMU
kerana yakin
pasti Engkau leraikan
segala apa yang telah tersimpul


FITNAH ITU LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH!!! 


MUGHIRAH bin Syu'bah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal sangat cerdik. Beliau selalu menemukan jalan keluar setiap kali berdepan dengan permasalahan yang berat.

Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memberinya jawatan amir di Bahrain. Namun kerana rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah, Umar memecat beliau daripada jawatan tersebut, lalu menyuruhnya kembali ke Madinah.

Meskipun keinginan mereka dituruti, namun rakyat bimbang Umar akan berubah fikiran di masa hadapan. Mereka takut Mughirah akan ditugaskan kembali di Bahrain. Justeru, rakyat yang tak berbudi ini membuat rancangan jahat. Mereka berniat memfitnah Mughirah agar imejnya rosak di mata Khalifah Umar.

Ahli Bahrain mengumpulkan wang 100,000 dirham lalu diserahkan kepada seorang laki-laki. Orang ini lalu pergi ke Madinah untuk berjumpa sendiri dengan Khalifah Umar. Di hadapan Umar, laki-laki dari Bahrain itu berkata: “Wahai Amirul mukminin, sesungguhnya Mughirah telah berkhianat. Ia mencuri wang negara sebanyak 100,000 dirham lalu menitipkannya kepadaku." Lalu dia memperlihatkan wang yang dibawanya dan berkata: “Inilah buktinya." Sebagai pemimpin yang adil, Umar segera memanggil Mughirah.

Setelah menceritakan tuduhan tersebut, Umar bertanya kepadanya: “Apa pembelaanmu?" Mughirah menjawab: “Wahai Amirul mukminin, orang ini telah berdusta. Aku tidak menitipkan wang 100,000 dirham kepadanya, akan tetapi 200,000 dirham." Umar bertanya lagi: “Mengapa engkau melakukan perbuatan khianat?" Mughirah menjawab: “Aku terdesak kerana hajat keluargaku, wahai Amirul mukminin." Orang yang membawa cerita dusta itu menjadi ketakutan. Bagaimana tidak, pada saat ini ia malah dituduh mencuri wang 100,000 dirham. Jika tidak dapat menghadirkannya, maka ia pasti dihukum. Tentu sahaja ia tidak memiliki wang sebanyak itu. Orang ini segera berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Amirul mukminin. Ia tidak menitipkan sedikitpun wang kepadaku. Sebenarnya aku hanya membuat cerita palsu. Kami rakyat Bahrain tidak menyukai Mughirah dan kami bimbang tuan akan mengembalikannya menjadi amir di negeri kami." Umar bertanya kepada Mughirah: “Apakah yang membuat kamu membuat pengakuan palsu seperti tadi?" Mughirah menjawab: “Orang jahat ini telah berdusta untuk menjatuhkan aku. Maka aku ingin menghinakannya." Kisah ini terdapat dalam beberapa kitab sejarah antaranya, Siyar A’lam al-Nubala karya al-Hafiz Abu Abdillah al-Zahabi.

 Bela diri 

Seorang Muslim memang penyabar, namun bukan bermakna dia mesti berdiam diri apabila difitnah. Dia wajib membela dirinya dan menjelaskan hakikat yang berlaku. Ambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran. Apabila isteri majikannya menuduh baginda merayu beliau, Nabi Yusuf segera menafikan tuduhan tersebut. Dengan tegas beliau menceritakan perkara yang sebenar: Dialah yang merayu diriku! (Yusuf: 26)
 
Seorang mukmin tidak boleh membiarkan dirinya menjadi mangsa fitnah dan kekeliruan. Malah ia mesti menutup segala kemungkinan yang boleh berlaku. Jelaskan duduk perkara yang sebenar sebelum sesiapa tersalah faham.

Pernah satu malam Safiyah mendatangi Rasulullah SAW yang tengah beriktikaf di masjid. Setelah berbincang beberapa saat, isteri Nabi SAW ini bangkit untuk beredar. Baginda turut berjalan untuk mengiringi beliau keluar. Kebetulan dua orang laki-laki berlalu di tempat itu.

Melihat Rasulullah SAW tengah berjalan dengan seorang perempuan, mereka mempercepat langkah untuk menjauh. Rasulullah SAW segera memanggil mereka. Baginda ingin menutup kemungkinan berlaku salah faham di hati mereka. Baginda bersabda: “Ini isteriku Safiyyah binti Huyai."

Baginda bersabda: Sesungguhnya Syaitan mengalir di tubuh manusia seperti aliran darah. Aku bimbang ia akan membisikkan perkara buruk kepadamu. (riwayat al-Bukhari)

Semoga Allah menjaga kita daripada fitnah dan tuduhan palsu. Amin ya rabbal ‘alamin.

__________________________________________________________________________________

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen