Dosa Harta Seorang Pekerja
oleh Ustaz Zaharuddin
Berikut
adalah salah satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian
pekerja. Semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan
daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khusyuk.
Contoh dosa harta seorang pekerja.
1.Menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi
seperti kertas, pen, faks, fotostat, menelefon anak di rumah,
rakan-rakan dan lain-lain, yang mana tiada hubungan dengan kerjanya.
Maka penggunaan tidak sah ini mestilah dibayar oleh pekerja sama ada
secara langsung atau tidak
langsung.
2.Menipu syarikat ketika membuat tuntutan wang yang
digunakan seperti tuntutan kos minyak petrol, pembelian alatan untuk
syarikat di luar dan lain-lain dengan membuat kos tambahan sendiri.
3.Mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja.
Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.
4.Membuat tuntutan kerja lebih masa dengan perancangan.
Ia pada asalnya adalah harus, tetapi menjadi haram apabila pekerja
sengaja melambatkan kerjanya pada waktu biasa, dengan niat untuk
melakukan kerja lebih masa atau overtime. Ini ialah salah satu bentuk
penipuan.
5.Rasuah dalam membuat pemilihan.
Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan,
pembersihan, latihan dan lain-lain untuk syarikat atau organisasinya.
Sebagai contohnya, pihak pegawai memilih syarikat Z daripada empat
syarikat lain yang menghantar quotation kerana syarikat
Z itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan ikhlas.
Hukumnya adalah HARAM dan RASUAH dalam Islam.
6.Mencipta quotation sendiri oleh pegawai atau kumpulan pegawai yang diberikan kuasa membuat
pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk
memberi kepada 1 syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan
harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan
oleh prosedur
syarikat yang memerlukan agar quotation daripada 4 buah syarikat yang
lain, pegawai ini telah mencipta beberapa quotation daripada syarikat
yang tidak wujud bagi menunjukkan quotationnya adalah yang terbaik.
Hukum adalah HARAM kerana MENIPU.
7.Menaikkan harga.
Seorang kakitangan diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan
mentah dan berjaya mencari dengan harga RM1500 tetapi menaikkannya
kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukumnya adalah HARAM oleh sepakat ulama.
8.Menang Tender Bersyarat.
Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk mengubah suai
pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai itu telah melobi syarikat B
kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik
tabir dengan pihak syarikat B yang memberikannya izin untuk melabur wang
peribadinya dalam syarikat B dengan kadar keuntungan mengikut Islam
kononnya. Padahal, jika tiada peluang melabur itu, sudah pasti pegawai
itu tidak akan mengempen syarikat B.
Hukum tindakan sebegini adalah
HARAM dalam Islam dan ia termasuk dalam RASUAH BENTUK BARU dan
berselindung di sebalik aktiviti pelaburan Islam.
9.Tuntutan Palsu.
Kakitangan membeli barang keperluan syarikat ataumengisi minyak dengan
harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesen minyak
mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza daripada jumlah pembeliannya.
Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan
kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukumnya
adalah HARAM menurut Islam kerana membuat penipuan kepada syarikat.
Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit
berjumlah palsu itu.
10.Resit Harga Ciptaan.
Kakitangan membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan
kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit.
Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri
berserta cop palsu.Hukumnya adalah HARAM dalam islam kerana PENIPUAN.
11.Ambil Untung Sendiri.
Pegawai diberi oleh syarikat bajet maksimum sebanyak RM 5000 untuk
membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjayamencari di
pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan hargaRM4000 sahaja. Bagi
mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan
penjual agar dituliskan harga RM5000 dalam invoice dan baki RM1000 hendaklah diberi kepadanya.
Hukumnya
adalah HARAM kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut
oleh Nabi Muhammad S.A.W. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan
majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan
kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah,
tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi
mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil
kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila
sampai waktunya sahaja. Wang yang diperolehi daripada kerja yang telah
diberi gaji. Ramai individu yang cuba mendapat side income daripada
cara-cara yang disebut tadi, sambil melakukan tugasannya yang wajib.
Ingatlah hadis berikut,
Nabi bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa
yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah
ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang
diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " (Riwayat Abu Daud)
http://amal4444.blogspot.com/2009/07/muhasabah-diri-gaji-biar-halal-berkat.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan komen jika sudi