Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Ahad, 11 Mei 2014

Apa hukum mc tipu?


artikel penuh
http://drzubaidi.com/blog/mc-sijil-perakuan-sakit-hak-pekerja-atau-hak-majikan-atau-hak-doktor/


Benar! Siapa kita untuk tentukan halal haram gaji seseorang. Kita bukan Tuhan. Kalau begitu JAKIM tidak perlu wujud untuk tentu halal haram makanan di Malaysia ini. Salahkah kita sesama Islam mengingatkan sesuatu? Namun, disebabkan benda haram ini telah menjadi kebiasaan, maka semua orang membisu dan menidakkan.

          Jangan hanya makanan sahaja yang kita beria-ia jaga kesucianya dan halal haramnya. Jangan hanya nampak mencuri itu haram, merompak itu haram, berzina itu haram. Kadang-kadang kita terlupa bahawa kerja yang halal juga boleh menyebabkan gaji jadi haram jika tak kena caranya.

Seperti kata Dr Zubaidi sendiri dalam blognya
Saya tidak mempertikaikan pekerja yang benar-benar sakit. Tetapi saya cuba lontarkan pendapat sebagai seorang doktor yang memegang amanah untuk menilai tahap kesihatan pekerja.

Bagi mereka yang berniat menipu, kesalahan  dan dosa haruslah dipikul oleh mereka. Bukan doktor. Saya tidak bersubahat atas dosa itu.
 Begitu juga Shaz. Shaz tidak mempertikaikan mereka yang benar-benar sakit!

Doktor saran tidak perlu kemuka MC jika sakit


KUALA LUMPUR: Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit?

Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.


 "Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.


"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus.

"Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit.

Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.
Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil.

“Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini.

"Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya.

Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.
sumber : 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DoktorsarantidakperlukemukaMCjikasakit/Article/


 Jual sijil sakit : SPRM sedia bantu KKM


 KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia membantu Kementerian Kesihatan menyiasat dakwaan bahawa segelintir pengamal perubatan menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, “SPRM boleh menyiasat memandangkan ia melibatkan elemen pemalsuan dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan…terdapat unsur nilai kewangan”.
“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan sektor perubatan bebas rasuah atau salah guna kuasa.
“Pada masa yang sama integriti pengamal perubatan (dapat) dipertingkatkan,” katanya.
Pengeluaran sijil palsu satu kesalahan di pihak pengamal perubatan dan pekerja terlibat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Katanya, SPRM pernah mengambil tindakan ke atas doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan doktor menerima bayaran tertentu.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tindakan tegas akan diambil ke atas pengamal perubatan yang terbukti menjual sijil sakit kepada pekerja yang sihat.
Pengamal perubatan terbabit akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang mempunyai hak untuk membatalkan sijil amalan perubatan, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen