Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 30 Disember 2013

Apa yang paling mendebarkan guru pada awal tahun?

GAJIKAH?

BONUSKAH?

CUTIKAH? 

Yang mendebarkan terasa seperti saat membuka 
slip keputusan SPM pada zaman muda-muda dulu adalah 

BUKU PROGRAM INDUK SEKOLAH


Anda tahu kenapa?

Kerana di dalam buku program ini adalah bayangkan perjalanan guru hingga ke hujung tahun. Jika nama anda berada di portfolio guru disiplin maka rotanlah peneman anda. Jika nama anda berada di portfolio guru kelas maka Buku Rekod Kedatangan Pelajar adalah kitab anda.

Jika anda tiada rasa 'excited' untuk mengetahui isi dalam buku induk tersebut maka tanya semula adakah perjalanan kerjaya anda hanya mendatar tanpa warna-warni tugas yang mencabar dan menarik. Adakah setiap tahun anda berada di zon selesa? Memegang jawatan yang sama ataupun tiada apa-apa tugas diberikan?

Mungkin ada guru yang berharap setiap tahun semakin kurang namanya dicatatkan di dalam buku induk dan mungkin juga ada juga guru yang berharap setiap tahun semakin banyak namanya tercatat di dalam buku induk bagi membuktikan kebolehan dan komitmennya kepada profesion ini.

Yang pasti,di laluan kerjaya Shaz setakat ini, Shaz jumpa rakan-rakan yang sangat excited, tidak sabar dan terlalu rajin membaca Buku Program Induk Sekolah pada jam-jam pertama mendapat buku ini.

Shaz teringat satu post di ruangan facebook yang berbunyi
"Ada orang bila dapat buku induk sibuk cari nama sendiri. Ada juga orang bila dapat buku induk sibuk cari nama orang lain untuk banding siapa lagi banyak tugas, siapa yang tiada tugas dan siapa yang takkan bertugas"

ALAMAK !!!
Tepuk dada tanya selera.

Jumaat, 8 November 2013

SPPBS masih belum ditutup - Update 8 November 2013

KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.


Jika baca elok-elok makluman dari pihak SPPBS ini menyatakan bahawa SPPBS akan ditutup bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014.

Jadi, ini bermakna bermula dari tarikh makluman tersebut dipaparkan sehingga tarikh 30 November 2013, SPPBS masih beroperasi seperti biasa dan guru-guru perlu berusaha mengisi band pelajar seperti biasa setakat yang mampu.

OLEH ITU, tidak boleh ada alasan dan kefahaman yang mengatakan SPPBS telah ditutup dan guru sudah tidak perlu menanda band pelajar untuk tahun ini sambung buat kerja tahun depan.

Harap faham makluman tersebut.

Kenyataan akhbar KPM - Isu orang tengah dalam pertukaran guru


BISP akan dibatalkan berkuatkuasa 1 Januari 2014


Rabu, 6 November 2013

Ramai guru sakit jiwa - Kosmo

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.


Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.
 
Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.
Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.
Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42,
pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.
 

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.


Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.
Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

~~~ artikel ini diambil dari Kosmo. Link di sini

Nota Kaki ::: Kerja di dunia ni memang sentiasa berterusan bagai air. Kerja takkan pernah berhenti. Sebagai Islam, kita hanya perlu ingat...tujuan kita di dunia ini untuk beribadat dan kerja itu juga adalah ibadat. Utamakan yang fardu jauhi yang haram. Bila kita asyik stress, periksa kembali hubungan kita dengan ALLAH.

 

Pelajar meninggal pada hari pertama SPM. Al Fatihah

PASIR PUTEH: Seorang pelajar Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.

Kematian Nursyazwani Arifin, 17, disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa.

Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.

Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital.

Muat turun - JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM GRED 1 HINGGA GRED 54 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Berkuatkuasa pada 1 November 2013.

Shaz hanya lampirkan untuk DG sahaja. Bagi perkhidmatan dan gred yang lain, sila download di sini.

Dengarlah keluhan para guru - Sinar Harian

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan.

Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara.

Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Pertanyaan ini perlu diteliti sebelum mendapat jawapannya.

Saya sudah mendengar lama rungutan para guru tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah.

Ada yang menulis secara peribadi meminta saya membangkitkan hal ini.

Tetapi saya diam sehinggalah saya dapati kelemahan pelaksanaan sistem ini semakin ketara.

Apa yang lemahnya dengan sistem ini?

Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik:

(i) untuk menilai potensi murid,
(ii) memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan
(iii) membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh ‘comply’ dengan beban data semasa.

Sistem Pangkalan Data PBS Lemah Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam.

Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.

Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.

Aduh!!! Apa lagi? Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan.

Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai.

Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem.

Bayangkan bagaimana susah dan tertekannya guru jika internet hang?

Bayangkan bagaimana lelahnya guru setelah disemak semula dalam sistem, data yang dimasukkan sebelum ini tidak ada dalam pangkalan?

Maka dari sinilah, guru selalu bertanya, siapakah yang membangunkan sistem ini?

Mengapa diberi kepada pembekal yang tidak berkelayakan untuk menyediakan sistem ini kepada sekolah dan guru?

Mengapa kerajaan boleh melaksanakan sistem ini dikala sistem ini masih belum mesra pengguna? Bilakah mutu sistem ini akan dipertingkatkan? Dan bermacam persoalan lagi.

Saya pernah menceritakan kelemahan sistem ini kepada kawan saya, seorang pegawai di PPD.

Beliau kata kepada saya guru yang merungut dengan sistem PBS ini adalah guru yang malas dan tidak ada semangat untuk berjaya dalam bidang keguruan.

Maka beliau pun mulalah bercerita kepada saya tentang kejayaan sistem ini di negara-negara lain.

Saya tidak nafikan kejayaan sistem ini di negara lain, tetapi saya katakan sistem di sini tidak mesra guru kerana sistemnya selalu 'hanged' sehingga menyebabkan guru tertekan.

Ada guru yang terpaksa bangun pada jam 3 pagi semata-mata untuk memasukkan data. Jadi kata saya, sistem PBS ini mungkin sesuai di negara lain, tapi belum tentu sesuai di negara kita.

Anggur yang sesuai ditanam di Perancis belum tentu sesuai ditanam di Cameron Highlands.

Akhirnya, setelah mendengar keluhan para guru sejak sistem ini diperkenalkan, saya cuma ingin katakan guru yang mengeluh bukan kerana mereka tidak ‘love teaching’. Tapi mereka mengeluh kerana sistem PBS ini membebankan dan tidak mesra pengguna.

Oleh itu, jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.

Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya.


P/S : post ini diambil dari Sinar Harian. Link.http://www.sinarharian.com.my/dengarlah-keluhan-para-guru-1.217229

Jumaat, 1 November 2013

Jawapan dari Helpdesk SPPBS

SPPBS, SPS akan diintegrasi, ringankan beban guru

MELAKA - Kementerian Pendidikan akan mengintegrasikan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu pengkalan data bagi meringankan beban guru di sekolah dalam tempoh dua bulan akan datang.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu Pengintegrasian 1Data.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Madinah Mohamad berkata melalui langkah itu, guru hanya perlu memasukkan maklumat pengoperasian harian sekolah menggunakan satu sistem.

"Kementerian sedang meneliti dan berusaha mengintegrasikan kedua-dua sistem ini dan guru tidak perlu menggunakan pelbagai sistem sehingga membebankan tugas mereka sebagai pengajar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersama kira-kira 2,000 guru dan pegawai pelaksana negeri Melaka dalam program Pemantapan Profesion Guru (PPG) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Dr Madinah berkata usaha itu juga perlu dilaksanakan secara serius kerana guru berhadapan masalah mengakses kedua-dua sistem berkenaan disebabkan capaian sistem tersebut sering tergendala dan sukar diakses.

Beliau berkata pengintegrasian kedua-dua sistem tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama kementerian dan JPA sebelum diperluaskan di 10,091 sekolah seluruh negara, menjelang akhir tahun ini.

Mengulas lanjut, Madinah berkata bilangan maklumat yang perlu dimasukkan guru akan berkurangan daripada 130 maklumat kepada kira-kira 60 maklumat.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Zabidi berkata Program Pemantapan Profesion Guru bertujuan memartabatkan profesion guru supaya golongan itu memberi fokus sepenuhnya kepada tugas pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu melaksanakan tugas pentadbiran    akan diperluas secara berperingkat di enam zon melibatkan Sabah, Sarawak, Utara, Selatan, Timur dan Barat.

"Pada masa ini, program ini sedang dilaksanakan di negeri Melaka sebagai negeri perintis melibatkan 313 sekolah yang telah bermula sejak Januari lepas," katanya.

Katanya kajian rintis itu memberi fokus kepada beban tugas guru khas meliputi guru penyelaras bestari, guru data serta guru perpustakaan dan media. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/sppbs-sps-akan-diintegrasi-ringankan-beban-guru-1.216460 

Ahad, 20 Oktober 2013

Kursus Integriti Zon Sentul di JPWPKL 19 Ogos 2013

Ikrar Integriti Malaysia
Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar, memantap dan memperkukuhkan maruah dan integriti kami, keluarga dan masyarakat, agama, bangsa dan negara kami.

Ke arah itu, kami berikrar :
  • Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang;
  • Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
  • Mempertingkatkan integriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan beretika;
  • Bekerjsama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintegriti;
  • Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menggugat integriti masyarakat dan negara; dan
  • Membudayakan integriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan

PENTING! SPPBS ditutup pada 1 Disember 2013


Tiada pelanjutan tarikh seperti tahun lepas. Oleh itu cepat-cepatlah bertindak.

Penggunaan Internet Explorer dalam SPPBS - Karya Sinar Harian dari Guru IT

Shaz tertarik dengan luahan dari seorang pembaca Sinar Harian. Luahan guru tersebut, menjadi bualan guru-guru yang terlibat dengan PBS



Assalamualaikum,

SAYA ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak 'holes' dan masalah security pada browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara basic seperti ini?

2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia.

3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.

4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.

5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Saranan saya :

1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang gelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.

2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?

Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.

Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.


Wassalam

Guru IT.


SEDIKIT PANDANGAN DARI SHAZ

Mengenai penggunakan Internet Explorer 7 hingga 9 itu hanyalah untuk kemasukkan markah NON AKADEMIK sahaja seperti SEGAK dan PAJSK yang melibatkan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan permainan. Yang bermasalah itu hanya guru yang memegang jawatan sebagai guru kelas sahaja.

Untuk kemasukkan band Akademik, Internet Explorer Versi 10 tetap masih boleh digunakan seperti biasa khas untuk semua guru matapelajaran.

Namun, walaupun begitu dengan pengalaman Shaz, walaupun menggunakan versi 10 markah Non Akademik pelajar tetap boleh diisi seperti biasa tanpa masalah yang serius. Malah, Shaz juga pernah menggunakan Mozila untuk mengisi markah. Namun memang ada beberapa ketika (dan bukannya berhari-hari) adakalanya sistem error hingga tak boleh siapkan markah.

Bulan Oktober ini, servers SPPBS memang sangatlah sesak. Malah Shaz sendiri tidak log in sejak beberapa minggu yang lepas. Yang Shaz tahu ramai guru yang mengadu sistem sangat lambat dan banyak sangat error.

Belajarlah dari pengalaman tahun lepas. Sistem yang sangat lembab apabila hujung tahun kerana ramai guru yang ingin mengisi band setelah didesak dengan tarikh-tarikh yang ditentukan oleh pihak pentadbir sekolah walaupun pihak SPPBS menyatakan tarikh akhirnya 1 Disember 2013.

Alhamdulillah. Shaz telah selesai menanda band untuk 8 kelas PBS termasuk juga Non Akademik pada September lepas.

Sekarang, hanyalah aktiviti ulangkali dan peneguhan di samping menjalankan aktiviti TIMSS.

Rabu, 17 Julai 2013

Sila update e operasi sebelum 31 Julai 2013

 Data dalam e-operasi ini akan digunapakai dalam E Gtukar. Jadi guru-guru perlu update data yang diperlukan terutamanya mengenai maklumat pasangan. Shaz belum lagi dapat masuk tengok...tapi dengar kata ada tambahan tahun berjauhan dari pasangan.


Sabtu, 13 Julai 2013

Cara nak berbuka tanpa makanan dan minuman?

Penyoal : Ustaz, semalam saya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas menyebabkan saya tak sempat berbuka. Kurma x de air pub xde. Saya hanya sempat korek hidung. Adakah saya dikira sudah berbuka?

Ustaz : owh... para ulama berselisih pendapat tentang berbuka puasa dengan korek hidung. Ada yang kata sah dan ada yang kata masih tidak dikira berbuka puasa.

Penyoal : jika begitu, bagaimana nak pastikan kita benar2 telah berbuka?

Ustaz : setelah korek hidung, makanlah tahi hidung itu. Komfem batal puasa.

Sematik - Galus UPSR |TEKNIK MUDAH MENJAWAB SOALAN MATEMATIK UPSR

Program Senang Matematik untuk pelajar GALUS UPSR

Download Teknik Mudah Menjawab Soalan Matematik UPSR

KLIK

SEMATIK

Apa jawapan anda?

Jumaat, 12 Julai 2013

Borang Transit Kelas PJPK Tingkatan 2

Borang transit ini dibahagikan kepada 3 bahagian kerana sekolah Shaz buat 3 kali pemantauan.

Jadi, pada pemantauan kali pertama, borang ini hanya ada kod band Bab 1 dan Bab 4
Pemantauan kali kedua, kod band Bab 2 dan Bab 5
Pemantauan terakhir, kod band Bab 3 dan Bab 6

=Download Here=

Pemetaan Eviden PBS PJPK Tingkatan 1



Guru-guru yang mencari pemetaan PJPK Tingkatan 1, silalah download pemetaan tersebut di bawah

=DOWNLOAD=

HSP dan Sukatan Pelajaran PJPK Sekolah Rendah dan Menengah

Shaz dah zip file satu folder yang mengandungi semua huraian sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan juga dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Guru-guru yang perlukan folder tersebut bolehkan klik =DOWNLOAD=  

*folder ni agak besar jadi mengambil sedikit masa untuk download.

Rabu, 10 Julai 2013

Selamat Menyambut Ramadhan




Selamat Menyambut Ramadhan kepada anda yang sedang membaca blog ini. 



Entri Tambahan

PERHATIAN !!!

 

 *** ada  yang bertanya jika facebook tu kepunyaan cikgushasaz.blogspot.com. Jawapannya tidak.

Selasa, 9 Julai 2013

Isnin, 8 Julai 2013

Download pemetaan eviden dan RPT 2013 semua subjek PBS


KECUALI PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 

Untuk Matematik dan Sains, Shaz ada asingkan fail dalam 4shared. Cikgu boleh google jika hanya mahu download subjek berkenaan.


Untuk subjek-subjek lain, Shaz dah zip folder untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja Shaz.


Subjek-subjek berkenaan adalah -:
Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Tamil
Kemahiran Hidup ERT
Kemahiran Hidup KT
Kemahiran Hidup PK
Geografi
Matematik
Pendidikan Islam
Sains
Sejarah

 ****semuanya lengkap dengan pemetaan dan RPT tingkatan 1 dan tingkatan 2


Sila klik di sini -> saya mahu pemetaan eviden dan RPT pbs 2013 tingkatan 1 dan tingkatan 2

Download Pemetaan Evidens Sains tingkatan 1 dan tingkatan 2

Klik link di bawah untuk download. 

Pemetaan Sains Tingkatan 1

Pemetaan Sains Tingkatan 2

RPT Sains Tingkatan 1 (part1) 
RPT Sains Tingkatan 1 (part2)

RPT Sains Tingkatan 2 (part1)
RPT Sains Tingkatan 2 (part2)

Pemetaan PBS dan RPT Matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Pemetaan PBS diwajibkan ada oleh semua guru yang terlibat dengan PBS.

Shaz kongsikan contoh pemetaan PBS Matematik Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Selain tu juga, guru-guru PBS perlu ada Rancangan Pengajaran Tahunan yang lengkap dengan kod evidens bagi setiap bab.

RPT tu pun Shaz kongsikan di sini. Harap membantu.

Mungkin cikgu perlu lakukan sedikit penambaikkan mengikut takwim sekolah cikgu.

Untuk download, sila klik di bawah

PEMETAAN PBS MATEMATIK TINGKATAN 1

PEMETAAN PBS MATEMATIK TINGKATAN 2

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TINGKATAN 2

MAAF YE CIKGU-CIKGU YANG MINTA Shaz emelkan fail-fail ni. Shaz tak suka main emel-emel ni sebab mengambil  masa dan remeh. Cikgu nak sila download je. Lagi mudah sebenarnya.

SPPBS : Tak kira... nak warna merah jugak! -

Yuhuu, jam sekarang hampir-hampir pukul 2 pagi.

Shaz ni duk tunggu SPPBS yang sedang loading memanjang sebab katanya masih lagi kurang stabil. Haha macam kes masuk ICU dah SPPBS nih.




Alhamdulillah...sekarang sedang mengisi kod-kod evidens untuk bab 7 tingkatan 1.
Ada satu permintaan Shaz kepada ADMIN SPPBS sekiranya ada yang membaca blog tak seberapa nih.

" Tolonglah tukar warna tick tu kepada warna merah dan warna hijau"

 Warna merah untuk tick yang belum disimpan dan warna hijau untuk tick yang sudah selamat disimpan. 

<==-warna sebelum simpan
warna selepas simpan...tak menarik hati pun. tak teruja tengok warna kelabu nih walaupun sepatutnya lega dan siap simpan kod band. warna hijau sangat sesuai di sini.

 
Maklumlah, sebagai cikgu...memang Shaz tak boleh lari dari warna merah ni dan hakikat sebenarnya sebagai orang yang sudah tua tambah-tambah lagi mengisi band pada waktu sebegini warna dan "pencahayaan dan persembahan" sangatlah penting bagi mengekalkan mood rajin. 

Isnin, 1 Julai 2013

Kementerian Sedia Kaji Isu Penempatan Guru Berkahwin - Benarkah atau hanya tanam tebu tepi bibir?

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan bersedia untuk mengkaji semula pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin atas faktor kemanusiaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata adalah tidak sesuai bagi pasangan suami isteri, terutama yang baharu berkahwin dipisahkan atas kekangan tugas.

"Bagi saya sebagai pendidik yang ada pengalaman sebagai seorang pengetua, sekiranya ada guru yang minta tukar atas sebab mereka berkahwin, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Hasbulah Osman (BN-Gerik) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang telah berkahwin.

"Ini atas dasar kemanusiaan...tidak sesuai atau tidak baik untuk suami isteri dipisahkan," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Hasbullah mengenai usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkasa Institut Perguruan Malaysia (IPGM), Yap berkata beberapa aktiviti dilaksanakan termasuk usaha untuk menarik 30 peratus pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai profesyen perguruan khususnya di IPG.

Institut itu turut melaksanakan usaha ke arah memberi penarafan kepada semua 27 kampus IPG di seluruh negara selain kursus-kursus untuk pengukuhan latihan perguruan dan pembangunan profesionalisme, katanya.

Bagi meningkatkan prestij IPG setanding institut pengajian tinggi awam (IPTA), satu pelan strategi telah dirangka untuk mencapai sasaran 33 peratus pensyarah IPG memiliki ijazah kedoktoran (PhD) menjelang 2020, kata Yap.

Beliau berkata pada tahun 2012, daripada 3,947 pensyarah IPG, seramai 308 pensyarah adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan 3,057 Sarjana.

-- BERNAMA 

 Di bawah adalah cerita tahun lepas
KOTA BHARU – Permohonan yang terlalu banyak untuk berpindah daripada guru-guru menghalang Kementerian Pelajaran menyelesaikan perkara itu dalam masa singkat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perhatian sewajarnya sentiasa memberikan terhadap permohonan dikemukakan guru-guru yang datang dari seluruh negara itu.

“Tahun ini sahaja, sebanyak 20,000 permohonan untuk berpindah diterima daripada guru- guru di seluruh negara, namun tidak semuanya dapat dipenuhi. “Masalah paling ketara kita hadapi adalah pemahaman mengenai pertukaran guru, daripada jumlah permohonan diterima, yang mahu balik ke Kelantan sahaja seramai 2,898 orang,” katanya ketika berucap pada impunan Guru Muda 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini, semalam.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, salah satu cadangan dipertimbangkan oleh kementerian itu adalah menghantar guru-guru yang baru menamatkan latihan kembali ke negeri asal masing-masing.

“Tolong nasihatkan saya, apa yang harus dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini, kerana setiap tahun antara 10,000 sehingga 20,000 permohonan berpindah diterima, dan ia bukan sahaja untuk balik ke Kelantan, malah orang Johor hendak ke Johor, orang Sabah dan Sarawak bertanya kenapa mereka dihantar ke Semenanjung,” katanya.

Guru yang memohon bertukar sudah sedia maklum, tarikh keputusan 25 Jun 2013  lepas menyaksikan ramai guru yang sudah berkahwin masih lagi gagal dalam permohonan mereka. 



Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru...Selamatkah guru?

Wall facebook penuh dgn istilah hari guru... selamat hari guru. Tapi sebenarnya selamatkah kita sebagai seorang guru.
 
 Jika kita pegang pada janji Allah orang yg menyampaikan ilmu itu pahalanya tetap mengalir walaupun dia dah meninggal selagi ilmu tu dgunakan utk kbaikan. 

Namun... ingatlah itu tidak bermakna kita selamat. Banyak lagi perhitungan di akhirat nanti di atas tanggungjawab kita sbagai guru. Lewat masuk kelas. Tidak buat kerja hakiki mengikut waktu yang dtetapkan seperti tidak tanda buku pelajar,tak tanda khadiran, tidak tanda kertas peperiksaan pelajar, mengajar sambil lewa, tidak amanah. Lalai. Cuai. Pentadbir arahkan guru yg buat tapi guru lepas tangan suruh pelajar yg buat dan macam-macam hal lagi. 

Itu belum lagi dengan etika kerja seperti lewat ke sekolah, sijil sakit tipu, alasan crk tipu dll. 

Di dunia kita oleh terlepas dengan menyemburkan pelbagai alasan tapi..... 

Jadi sempena selamat hari guru tu,mari kita fikir selamatkah kita sebagai guru di akhirat nanti?

Rabu, 15 Mei 2013

Bekas nasi goreng Amira







 


bekas NASI GORENG Amira"....

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.

kredit: Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna








SOAL SELIDIK KEPERLUAN MEMBANGUNKAN SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) SECARA OFFLINE

MOHON KEPADA SEMUA GPK 1 / SU PBS MEMASTIKAN AGAR GURU MATA PELAJARAN MENJAWAB SOAL SELIDIK INI PADA ATAU SEBELUM 10 MEI 2013 (JUMAAT)

BILANGAN RESPONDEN UNTUK SOAL SELIDIK INI SEKURANG-KURANGNYA :

SEKOLAH RENDAH : TAHUN 1 : 5 ORANG
TAHUN 2 : 5 ORANG
TAHUN 3 : 5 ORANG

SEKOLAH MENENGAH : TINGKATAN 1 : 10 ORANG
TINGKATAN 2 : 10 ORANG

CAPAIAN SOAL SELIDIK INI ADALAH :
www.moe.gov.my/lp/dashboard

notakaki: tarikh soalselidik telah pun tamat iaitu pada 10 Mei 2013 dan soal selidik tersebut ditutup pada pukul 11 pagi. Shaz cuma nak bertanya, ada tak sekolah cikgu dimaklumkan mengenai soal selidik ni? 


Di bawah ni adalah paparan skrin yang sempat Shaz ambil pada 9 Mei 2013. 




Tarikh-tarikh penting pertukaran guru sesi Jun 2013



A) e-Operasi
B) Pertukaran antara negeri sekolah sama jenis




C) pertukaran antara bahagian



 D) Pertukaran antara daerah




Jadi,kesimpulannya tarikh keputusan egtukar sesi Jun 2013 adalah 23 Mei 2013 jika tiada aral melintang.

Rabu, 17 April 2013

Cikgu nak berpolitik? Silakan


silakan, tetapi tugas dan amanah co bisnes cikgu tu janganlah cikgu abaikan. Betul seperti kata insan di atas tu. Memang wujud cikgu-cikgu demikian. Mungkin cikgu-cikgu dimaksudkan itu sedang berangan jadi menteri, jadi tak payah dah nak mengajar.

Apa-apapun, jika ada kes yang sudah tenat, KPM mengalukan aduan ke talian 03-77237070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

Tawaran sebagai calon penulis buku teks 2015 sekolah rendah

 

 Syarat Permohonan 1. Calon penulis yang ingin menyertai program penulisan ini hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 60 tahun.

2. Permohonan tawaran hendaklah dibuat secara individu.

3. Calon penulis yang sedang menulis buku teks dengan penerbit lain untuk kegunaan tahun yang sama (tahun 2015) tidak layak menyertai program penulisan ini.

4. Calon penulis sekurang-kurangnya mempunyai sijil, diploma, ijazah dalam mata pelajaran dan bidang berkenaan. Salinan sijil akademik yang disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu disertakan sebagai bukti kelulusan akademik.

5. Calon penulis mahir dan menguasai hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran berkenaan.

6. Calon penulis sebaik-baiknya mempunyai pengalaman menulis. Salinan kulit buku atau hasil penulisan atau bukti yang berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dan disertakan sebagai bukti hasil penulisan.

7. Calon penulis mempunyai pengetahuan am yang luas dan terkini yang ada kaitannya dengan mata pelajaran berkenaan.

8. Calon penulis mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.

9. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup menulis buku teks dalam mata pelajaran yang ditetapkan.

10. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup serta berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan tugas penulisan dalam masa yang ditetapkan.

11. Calon penulis yang dipilih mestilah sanggup memberikan kerjasama bagi menjayakan penulisan dan penerbitan buku teks dan boleh bekerja sebagai satu pasukan.

12. Calon penulis yang dipilih tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan kebenaran menghadiri taklimat/bengkel/mesyuarat yang dilaksanakan oleh DBP atau Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Penulis yang tidak hadir bengkel/mesyuarat boleh digugurkan daripada program penulisan ini.

13. Calon penulis yang dipilih mesti mengemukakan dokumen atau surat yang telah ditandatangani oleh majikan sebagai bukti memperoleh kebenaran daripada majikan.

14. Calon penulis yang dipilih akan tertakluk kepada peraturan, jadual serta arahan daripada pihak DBP dan BBT, KPM dari semasa ke semasa.

15. Calon penulis yang dipilih bagi mata pelajaran yang sama atau berlainan mata pelajaran bukanlah daripada pasangan suami isteri.

16. Segala urusan dan kos bagi penulisan buku teks ini seperti menyediakan bab contoh, menghadiri taklimat, mesyuarat atau bengkel yang berkaitan adalah atas tanggungan penulis sendiri melainkan diputuskan sebaliknya oleh DBP.

17. Pegawai DBP, serta Pegawai KPM dari BBT dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) tidak layak untuk memohon tawaran ini.

18. DBP berhak menggugurkan calon penulis yang dipilih sekiranya didapati melakukan sebarang bentuk penipuan yang berkaitan dengan permohonan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Hajah Zainah Mohd. Azahari, Ketua Bahagian Buku Sekolah, DBP, no. telefon 03-21481058 atau e-mel zainah@dbp.gov.my.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen