Label

Tinggalkan pesanan anda di sini!

Isnin, 7 Januari 2013

SMM | Warganegara dan keturunan


Dulu, sepanjang Shaz mengajar di Sabah isu warganegara dan keturunan pelajar memang menjadi satu perkara yang sangat perlu difokuskan oleh guru-guru terutamanya guru kelas dan juga setiausaha peperiksaan PMR dan SPM. Apa yang perlu sebenarnya, kita sebagai guru mesti memberikan maklumat yang betul berdasarkan fakta dan bukti yang ada. Namun, tidak dinafikan terutamanya kepada setiausaha peperiksaan kadang-kadang menggunakan istilah 'kasihan' mendaftarkan pelajar jadi warganegara dan keturunan pelajar ditukarkan jadi MELAYU. Walhal Melayu itu adalah satu pilihan yang guru perlu buat berdasarkan maklumat ibubapa dan juga keturunan ibubapa. Jika pelajar keturunan Sungai, tidak mungkin pelajar akan jadi pelajar MELAYU walaupun mereka 100% seperti Melayu.

Di Kuala Lumpur pula, setelah 2 tahun jadi guru kelas aliran jenis Cina, bagi Shaz tiada masalah memilih kaum pelajar kerana terang-terangan mereka adalah keturunan Cina. Orang Indonesia tidak boleh mengaku mereka keturunan Cina. Betul tak? Tetapi yang menjadi masalah, orang Indonesia mengaku mereka keturunan Melayu. Itu adalah salah!

Untuk tingkatan 1, pelajar diedarkan dengan satu borang maklumat yang meminta pelajar mengisi maklumat diri dan ibubapa. Selain itu, pelajar juga perlu mengisi borang SMM. Beberapa kes yang Shaz jumpa (sebab tahun ni Shaz pegang aliran kebangsaan), pelajar TERSILAP menulis keturunan masing-masing. Shaz tak salahkan pelajar. Lahir di negara ini, membesar di negara ini, bergaul dengan orang Melayu, mungkin mereka pun fikir mereka Melayu. Memang, kita satu nusantara adalah Melayu tetapi Melayu Malaysia tidak sama dengan Melayu Indonesia. Kita, Melayu Malaysia adalah keistimewaan dan kelebihan di negara kita berbanding dengan mereka.

Kebanyakkan kes, pelajar menulis keturunan mereka sebagai Melayu, dia warganegara dan mempunyai kad pengenalan. Jika guru kelas terlepas pandang maka diikutilah satu-satu maklumat yang diberikan. Sedangkan kedua-dua ibubapanya mempunyai taraf penduduk tetap. Ada juga ibubapa yang bukan warganegara tetapi anaknya warganegara. Jadi, kita perlu sangat berhati-hati. Keturunan mereka adalah lain-lain dan bukan melayu. Mereka boleh mendapat status warganegara tetapi tidak status melayu.

Begitu juga dengan pelajar kaum India. Di sijil lahir tertulis keturunan ibubapa adalah Sinhalase, rupa seperti orang India dan warganegara. Tetapi, tidak seperti Punjabi yang boleh dikategorikan sebagai India, keturunan Sinhalase perlu dikategorikan sebagai lain-lain.

Shaz membuka cadangan dan pandangan dari guru-guru lain jika pendapat Shaz ini adalah ataupun ada guru yang ini membuat penambaikkan kerana banyak perkara juga yang Shaz kurang pasti. Kadang-kadang jika kita bertanya pada rakan-rakan, kebanyakkan tak berani memberi jawapan tepat. Masing-masing memberi jawapan selamat iaitu 'tak pasti'.

Bersama ini disertakan nombor Jabatan Pendaftaran Negara jika guru adalah masalah sangat kritikal mengenai status warganegara dan keturunan pelajar.

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
Tel:03-8880 7000
Faks:03-8880 8288
Emel:pro@jpn.gov.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen