Tinggalkan pesanan anda di sini!

Sabtu, 11 Februari 2017

Tawaran Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Dan Kedoktoran Tahun 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan penggunaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
        1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
           Telefon (hotline): 03-8321 7138
           E-mel : ldp.bt[@]moe.gov.my
       2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
           Telefon (hotline): 03-8884 3823/ 03-8884 3674
           E-mel : helpdesk[@]moe.gov.my

BilTajuk 
1HebahanMuat Turun
2Pengenala ProgramMuat Turun
3Syarat-syarat Cuti BelajarMuat Turun
4Senarai bidang-bidang Peringkat SarjanaMuat Turun
5Senarai bidang-bidang Peringkat KedoktoranMuat Turun
6Jenis-jenis Penyakit KronikMuat Turun
7Tatacara dan Panduan PermohonanMuat Turun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan komen jika sudi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen